Archive FAQ > Tentang AO3

Apakah AO3?

The Archive Of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) ialah laman web bukan komersial dan bukan keuntungan untuk karya-karya transformatif seperti fanfiction, dan pada masa akan datang, karya-karya transformatif yang lain seperti fanart (lukisan), fanvideos (video-video peminat) dan juga podfic. (Buat sementara waktu, media berformat lain boleh dibenamkan di dalam AO3. Sila rujuk pada FAQ Penyiaran dan Penyuntingan untuk maklumat lanjut.)

AO3 dibina berasaskan sumber perisian arkib terbuka yang direka dan dibina oleh dan untuk para peminat. Sumber perisian terbuka tersebut pada masa kini terdapat di GitHub. Server tersebut dimiliki oleh OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) dan dibiayai sepenuhnya oleh pendermaan. Para pengguna tidak perlu membayar yuran dan laman web ini tidak mempunyai iklan.

OTW dan AO3 berdedikasi untuk memelihara dan menyediakan akses kepada karya-karya transformatif. Untuk maklumat lanjut tentang posisi kami terhadap karya-karya transformatif, sila rujuk kepada Kepercayaan Kami: poin 2 dan Polisi Kandungan: Bahagian IV D dalam Syarat-Syarat Perkhidmatan.

Apakah OTW?

OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) adalah organisasi induk kepada Archive Of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). OTW adalah organisasi tanpa keuntungan yang ditubuhkan oleh para peminat untuk memberi layanan kepada minat para peminat dengan menyediakan akses kepada karya-karya, dan juga memelihara sejarahnya dan budaya peminat, dalam bentuknya yang pelbagai.

OTW dihasilkan sebagai salah satu usaha untuk masa hadapan, di mana semua karya-karya peminat diiktiraf sebagai karya yang sah dan transformatif, dan juga sebagai aktiviti yang disahkan kreatif. Kami berminat dalam pelbagai jenis karya-karya transformatif, tetapi keutamaan kami ialah untuk menyokong dan mempertahankan karya-karya di AO3, dan para peminat yang menghasilkan karya-karya tersebut.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang OTW di laman web utama kami di Tentang OTW dan juga FAQ.

Siapakah yang menghasilkan AO3?

Archive Of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) direka dan dihasilkan sepenuhnya oleh para sukarelawan yang bekerja di OTW. Kebanyakkan sukarelawan kami bermula tanpa sebarang pengetahuan tentang pengekodan, rekaan atau dokumentasi, dan mempelajari kemahiran mereka melalui projek tersebut. Kamu berasa bahawa itu adalah sesuatu pencapaian yang memang hebat! Jika anda ingin menyertai kami, anda boleh menjadi sukarelawan melalui Laman Sukarelawan OTW.

Bagaimanakan AO3 dibiayai? Bolehkah saya menderma?

Archive Of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) dibiayai sepenuhnya oleh sumbangan kepada OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif). Para pengguna tidak perlu membayar untuk mengguna laman web ini, dan kami juga tidak menyiarkan iklan. Jika anda ingin memberi sokongan kewangan kepada kami, sila berikan sumbangan.

Kami amat menghargai sumbangan anda yang membantu kami membayar kos server, kos hosting dan juga bandwidth kami. Berikanlah sokongan kepada projek-projek OTW yang lain seperti Fanlore dan Open Doors (Projek Pemeliharan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital). Jika anda menderma US$10 atau lebih, anda akan diberi keahlian OTW yang membolehkan anda untuk mengundi di pilihan raya OTW, agar anda boleh membantu kami untuk membentuk masa depan organisasi ini.

Adakah AO3 mempunyai bahasa lain selain Bahasa Inggeris?

Tidak buat masa kini, tetapi ia termasuk dalam Pelan Tindakan kami! Kami amat berdedikasi untuk menterjemahkan muka Archive Of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) — iaitu, semuanya dari butang “Post New” (Muat Naik) kepada mesej error — kepada seberapa banyak bahasa yang kami mampu. Kami bermatlamat untuk menghasilkan arkib pelbagai bahasa supaya, sebagai contoh, peminat dari Bulgaria boleh menggunakannya semudah peminat yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

Sila faham bahawa proses ini mengambil masa yang lama. Seperti semua perkara di AO3, alat-alat penterjemahan dikod menggunakan tangan dan semua penterjemah adalah sukarelawan yang mendedikasikan masa terluang mereka. Jika anda ingin membantu kami atau ingin mempunyai soalan atau cadangan, sila hubungi Bantuan.

Anda sudah boleh menyiarkan karya-karya anda dalam bahasa selain Bahasa Inggeris (rujuk kepada Bolehkah saya menyiarkan karya dalam bahasa selain Bahasa Inggeris?) dan sukarelawan penterjemah kami juga berada dalam proses menterjemah FAQ kami. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila rujuk ke laman FAQ dan jika bahasa asal anda tiada pada ruang paling atas laman tersebut, maka FAQ belum diterjemahkan lagi kepada bahasa asal anda. Untuk mengetahui tentang usaha Jawatankuasa Penterjemahan kami untuk menterjemah FAQ, atau jika anda ingin melibatkan diri, anda boleh merujuk kepada Laman info Jawatankuasa Penterjemah di laman OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif).

Apakah yang sedang anda lakukan untuk membuat AO3 boleh diakses?

Tujuan kami ialah untuk memastikan Archive Of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) serasi dengan pelayar desktop keluaran terkini yang sering digunakan, e-readers, screen-readers dan juga pelayar peranti mudah alih iOS, Android dan Windows.

Beberapa bahagian di dalam AO3 tidak dapat diakses tanpa JavaScript. Jika anda mengalami kesulitan, anda perlu memastikan bawah JavaScript dihidupkan. Salah satu keutamaan kami ialah memastikan para pengguna tanpa JavaScript juga boleh mengakses bahagian-bahagian penting; tetapi untuk beberapa bahagian yang tertentu, hal ini agak mustahil.

Terdapat beberapa penyunting rupa grafik (skins) umum, atau anda boleh mereka CSS anda sendiri untuk mengubah cara AO3 dipaparkan menurut kehendak atau keutamaan anda. Sila rujuk kepada FAQ Rupa dan Interface AO3untuk maklumat lanjut.

Terdapat skin umum yang boleh diakses dan segelintir skin ini disenaraikan di bawah. Untuk memilihnya, sila bernavigasi kepada laman skin yang diingini (daripada skins umum atau dengan memilih link yang disertakan) dan pilih “Use” untuk menggunakannya.

Skin untuk penglihatan rendah
Skin ini ialah untuk memaksimakan ruang dan saiz font untuk pengguna yang mempunyai jurang penglihatan yang rendah. Sila rujuk deskripsi skin untuk penerangan penuh.
Skin Reversi
Ini adalah skin kontras terbalik, yang memaparkan font cerah pada latar belakang yang gelap. Kami mencuba untuk memberi akses kepada seberapa banyak pengguna yang boleh. Jika anda mempunyai sebarang masalah, sila hubungi kami di Bantuan.

Adakah anda akan membuat aplikasi untuk telefon mudah alih?

Ramai orang telah tanya kami tentang aplikasi telefon mudah alih. Kami ingin berbuat demikian. Walaubagaimanapun, pada masa kini kami tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk mereka dan mengekalkan aplikasi telefon mudah alih.

Sebelum kami boleh mereka aplikasi untuk pelbagai platform mudah alih, kami perlu mempunyai Application Program Interface (API). Tanpa API, tiada aplikasi yang boleh mengakses pangkalan data Arkib dalam apa-apa cara yang berguna.

Walaupun matlamat untuk mereka API terdapat dalam pelan tindakan kami, masih terdapat cabaran untuk dihadapi. Untuk mempunyai API, kami perlu mempunyai kod yang stabil yang jarang ditukar atau dikemaskini. Kalau tidak, coder kami (semua yang bersukarela) perlu megemaskini API setiap kali perubahan dilakukan di laman web tersebut, dan perubahan seperti ini masih sering kali berlaku!

Buat masa kini, kami mempunyai skin mobile yang membolehkan anda untuk menavigasi AO3 dengan pelayar di alat mudah alih anda. Anda tidak perlu memilih skin ini untuk menggunakannya, ia diaplikasikan secara automatik. Anda juga boleh memuat turun karya-karya untuk diakses secara offline melalui e-reader atau aplikasi yang serupa.
Sebagai langkah keselamatan, jika aplikasi atau laman web lain yang meminta maklumat log masuk AO3 anda, sila teruskan dengan berhati-hati, dan memberikan maklumat anda atas risiko anda sendiri. Sila pastikan anda tukar kata laluanjika anda berasa bahawa akaun anda telah dikompromi.

Anda boleh mendapat butiran terperinci dalam pemberitaan kami tentang perkara tersebut: Aplikasi Mudah Alih AO3. Untuk maklumat lanjut tentang cara memuat turun karya, sila rujuk kepada FAQ Memuat Turun Karya.

Logo untuk Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) direka pada 2009 oleh coder sukarelawan Bingeling dengan input daripada Ahlijawatankuasa Akses, Rekaan, & Teknologi. Sepatutnya logo tersebut hanyalah untuk sementara sahaja, tetapi orang ramai menyukainya sehingga logo tersebut kekal hingga ke hari ini.

Ia mengabungkan aksara A, O, dan 3 dengan bayangan tangan yang dinaikkan dalam kegembiraan, melambangkan kebahagiaan ciptaan fannish di AO3. Singkatan “AO3” diambil dari nama laman web Inggeris iaitu Archive of Our Own– satu huruf A dan tiga O.

Apakah ikon hubungan kategori tersebut? Bagaimanakah ia terpilih?

Imej-imej yang menggambarkan pilihan kategori hubungan yang berbeza di Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita) ialah berdasarkan simbol astronomi.

F/F
Ikon hubungan Female/Female ialah simbol bagi Zuhrah pada latar belakang berwarna merah jambu. Simbol Zuhrah tersebut sering digunakan di budaya Barat untuk melambangkan wanita.
F/M
Ikon hubungan Female/Male ialah simbol bagi Zuhrah (wanita) dan Marikh (lelaki) dengan sebuah bulatan pada latar belakang berwarna ungu.
Gen
Ikon General (tiada hubungan romantik atau seksual, atau hubungan yang bukan tumpuan utama karya tersebut) ialah simbol untuk Matahari pada latar belakang berwarna hijau.
M/M
Ikon hubungan Male/Male ialah simbol untuk Mars pada latar belakang berwarna biru. Simbol Marikh tersebut sering digunakan oleh budaya Barat untuk mewakili lelaki.
Multi
Ikon bagi Multi (lebih daripada satu jenis hubungan, atau hubungan dengan pasangan yang lebih) ialah segi empat sama yang dibahagi kepada suku yang diwarnakan, mengikut arah jam dari bahagian atas sebelah kiri, warnanya ialah hijau, ungu, biru dan merah jambu. Warna-warna ini dipilih kerana warna-warna ini merupakan latar belakang bagi ikon-ikon yang lain, oleh itu, warna-warna tersebut melambangkan keempat-empatnya.
Other
Ikon hubungan Other ialah simbol bagi Uranus pada latar belakang warna hitam. Simbol Uranus itu digunakan secara luas oleh Barat untuk mewakili konsep-konsep ketidakpatuhan dan fleksibility. Pasukan pereka berasa bahawa simbol ini sesuai untuk mewakili hubungan-hubungan yang tidak termasuk di dalam kategori-kategori yang lain.

Di manakah boleh saya mendapat maklumat lanjut sekiranya soalan saya tidak dijawab dalam FAQ ini?

Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah dijawab dalam FAQ AO3 dan beberapa istilah umum dijelaskan dalam Glosari. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh merujuk kepada Isu Yang Diketahui. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Bantuan.