Archive FAQ > Mengakses Fanworks (Karya-Karya Peminat)

Pelayar yang manakah sesuai untuk melayari AO3?

Kami berhasrat untuk memastikan Archive of Our Own – AO3 (Laman Milik Kita) serasi dengan pelayar yang sering digunakan, e-reader, screen reader, dan juga pelayar asal yang digunakan oleh peranti mudah alih iOS, Android dan Windows.

Jika anda mendapati bahawa AO3 menghadapi masalah di pelayar anda, sila hubungi Bantuan.

Adakah saya memerlukan plugin dan perisian tambahan untuk melayari AO3?

Terdapat beberapa bahagian di Archive of Our Own – AO3 (Laman Milik Kita) yang tidak dapat berfungsi tanpa JavaScript. Sekiranya anda menghadapi sebarang kesukaran untuk melayari AO3, sila pastikan bahawa JavaScript diaktifkan. Salah satu daripada keutamaan kami ialah untuk memastikan para pengguna tanpa JavaScript masih boleh mengakses bahagian-bahagian yang penting; namun begitu, harap maklum bahawa untuk bahagian tertentu, anda tidak dapat mengaksesnya tanpa JavaScript. Jika JavaScript sudah diaktifkan dan anda mendapati bahawa masih terdapat sebarang kerumitan, sila hubungi Bantuan.

Anda seharusnya masih boleh menggunakan AO3 dengan baik walaupun tanpa JavaScript, tetapi terdapat beberapa bahagian–seperti editor Rich Text–yang bergantung kepada JavaScript untuk berfungsi dengan baik.

Secara pilihan, terdapat juga skrip dan alatan lain yang dihasilkan oleh para pengguna untuk meningkatkan kualiti pengalaman anda di laman web tersebut. Ia disenaraikan di FAQ Alatan Pelayar Tidak Rasmi.

Bagaimanakah caranya untuk mengakses karya di AO3?

Untuk mencari karya di fandom yang tertentu, sila bernavigasi ke laman Works (Karya) fandom tersebut. Di laman itu, anda boleh menapis karya-karya yang anda kehendaki. Secara alternatif, gunakan kotak pencarian untuk mencari karya tertentu. Untuk maklumat lanjut tentang cara untuk mengakses karya, sila rujuk kepada FAQ Mencari dan Melayari Karya .

Apabila anda menjumpai karya yang anda meminati, anda boleh mengaksesnya dengan menekan tajuk karya tersebut, iaitu pautan yang akan membawa anda ke laman karya itu. Anda boleh mengakses karya melalui pelayar anda atau anda boleh memuat turun karya tersebut. Cara untuk memuat turun karya dari AO3 boleh didapati di FAQ Memuat Turun.

Bagaimana boleh saya mengakses karya di dalam sesuatu siri? Bagaimana boleh saya bernavigasi antara karya di dalam siri tersebut?

Sebuah siri ialah suatu set karya di mana penulisnya telah mengumpulkan kesemua karyanya, biasanya kerana karya tersebut mempunyai urutan yang tertentu atau berkongsi alam yang sama. Anda boleh mengakses karya siri dengan menggunakan cara yang sama seperti yang diterangkan sebelum ini (sila rujuk "Bagaimanakah caranya untuk mengakses karya di AO3?" untuk maklumat lanjut).
Walaubagaimanapun, karya-karya siri mempunyai pautan ke laman indeks siri tersebut dan juga pautan ke karya yang sebelumnya atau karya selepasnya di dalam siri itu.

Untuk maklumat lanjut tentang siri dan cara bernavigasi antara karya di dalam siri, sila rujuk kepada FAQ Siri.

Bolehkah saya mengakses karya yang mempunyai banyak bab sebagai satu dokumen yang panjang?

Ya! Jika sebuah karya dipaparkan mengikut bab, tekan “Entire Work” (Keseluruhan Karya) untuk memaparkan kesemua bab di dalam satu dokumen yang panjang. Di dalam skin asal laman AO3, butang tersebut boleh dijumpai di bahagian atas. Anda juga boleh menetapkan “Entire Work” sebagai paparan tetap di ‘Pilihan’. Cara-cara untuk melakukannya boleh didapati di Bagaimanakah cara untuk memaparkan karya sebagai satu dokumen panjang dan bukannya mengikut bab?

Bolehkan saya mengakses karya yang mempunyai bahagian yang banyak mengikut bab?

Ya! Pilihan ini sudahpun diaktifkan. Jika keseluruhan karya tersebut dipaparkan di satu dokumen yang panjang, tekan butang “Chapter by Chapter” (Mengikut Bab) untuk mengaktifkannya hanya untuk karya tersebut sahaja. Pada skin yang asal, ini adalah sebuah butang yang berada di bahagian atas karya tersebut. Secara lalai, pilihan “Chapter by Chapter” akan membawa pengguna ke Bab 1.

Apabila “Chapter by Chapter” dipilih, terdapat pilihan yang lain untuk mengawal navigasi anda iaitu “Previous/Next Chapter” (Bab Sebelum/Selepas) dan “Chapter Index” (Indeks Bab). Dalam skin laman yang asal, kedua-duanya dipaparkan sebagai butang di bahagian atas karya tersebut. “Chapter Index” ialah senarai bab-bab yang terdapat di dalam karya itu. Dalam skin yang asal dengan JavaScript, “Chapter Index” ialah menu drop-down.

Indeks secara dokumen penuh juga disediakan. Untuk mengaksesnya, sila tekan butang “Chapter Index”, dan pilih butang “Full-page Index” (Indeks halaman penuh) di sebelah menu “Chapter Index”. Sila ambil perhatian bahawa menu “Chapter Index” dan juga butang “Full-page Index” hanya boleh diakses jika JavaScript diaktifkan. Jika anda mengakses laman AO3 tanpa JavaScript, butang “Chapter Index” akan membawa anda ke “Full-page Index” dan bukannya menu.

Untuk menetapkan “Chapter by Chapter” sebagai pilihan anda, sila ke Pilihan anda (seperti yang diterangkan di FAQ Pilihan), sila ke bahagian Display (Paparan), buang tanda semak di “Show the whole work by default” (Paparkan keseluruhan karya secara lalai”, dan pilih “Update” (Kemaskini).

Bolehkah saya mematikan format tertentu (work skins)?

Ya! Kami membolehkan para pengguna untuk menetapkan kod mereka sendiri yang terhad secara manual dengan HTML, tetapi format yang lebih kompleks (font berlainan, teks berwarna, dll.) boleh diaplikasikan dengan menggunakan CSS dari skin karya. Untuk maklumat lanjut tentang membuat dan menggunakan skin, sila rujuk kepada FAQ Skin dan Rupa AO3.

Jika terdapat skin tertentu yang diaktifkan, anda boleh mematikannya dengan memilih “Hide Creator’s Style” (Sembunyikan Gaya Pereka), yang mengembalikan karya tersebut kepada skin yang telah anda tetapkan. Di skin asal, “Hide Creator’s Style” ialah sebuah butang di bahagian atas. Untuk mematikan semua skin CSS tertentu, sila ke “Preference” dan aktifkan “Hide work skins (you can still choose to show them)” [“Sembunyikan skin karya (anda masih boleh memilih untuk memaparkannya)]

Jika anda memilih untuk “Hide work skins (you can still choose to show them)” [“Sembunyikan skin karya (anda masih boleh memilih untuk memaparkannya)], anda masih boleh mengaktifkan skin karya tertentu di dalam karya individu. Pada karya dengan skin tertentu yang dimatikan, ia mempunyai pilihan untuk “Show Creator’s Style” (Tunjukkan Gaya Pereka). Di skin asal, ini dipaparkan sebagai butang di bahagian atas. Memilih pilihan ini akan mengaktifkan skin tertentu untuk karya itu sahaja.

Bagaimanakah saya dapat menjejaki karya-karya yang saya ingin mengakses pada masa lain?

Sekiranya anda sudah log masuk ke akaun Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) anda, anda boleh memasukkan karya-karya yang anda ingin mengakses pada masa akan datang ke dalam senarai yang dipanggil “Mark for Later” (Tanda untuk Masa Lain). Sila rujuk kepada FAQ Sejarah dan Tanda untuk Masa Lain untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Anda juga boleh menggunakan Penanda Buku untuk menanda karya untuk diakses di masa akan datang. Sila rujuk kepada FAQ Penanda Buku

Untuk maklumat lanjut tentang cara untuk mendapatkan akaun AO3, sila rujuk kepada FAQ Jemputan.

Bolehkah saya mencetak karya daripada AO3?

Ya! Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) menjadikan format laman web tersebut sesuai untuk dicetak secara automatik. Anda hanya perlu memilih fungsi mencetak dari pelayar anda dan format yang mesra pencetak akan digunakan secara automatik.

Bolehkah saya memuat turun karya untuk diakses dalam peranti mudah alih?

Ya! Sila rujuk kepada FAQ Memuat Turun.

Apakah cara yang boleh saya gunakan untuk mencari karya-karya di dalam AO3 yang menggunakan bahasa selain Bahasa Inggeris?

Anda boleh menapis karya-karya mengikut bahasa pada laman karya untuk fandom atau tag yang tertentu. Anda juga boleh menggunakan bahasa sebagai kriteria pencarian di laman “Advanced Search” (Pencarian Terperinci). Sila rujuk kepada FAQ Pencarian dan Pelayaranuntuk butiran lanjut.

Di manakah boleh saya mendapat maklumat lanjut sekiranya soalan saya tidak dijawab dalam FAQ ini?

Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah dijawab dalam FAQ AO3 dan beberapa istilah umum dijelaskan dalam Glosari. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh merujuk kepada Isu Yang Diketahui. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Bantuan.