Archive FAQ > Bookmark (penanda buku)

Apakah itu bookmark (penanda laman) AO3?

Bookmark atau penanda laman Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) adalah rekod untuk karya-karya yang anda ingin simpan, mencari dengan mudah, atau untuk mencatat nota yang berkenaan. Penanda laman yang dibuat di AO3 juga dapat digunakan sebagai cadangan bacaan kepada pengguna-pengguna yang lain.

Penanda laman adalah berbeza daripada langganan. Untuk maklumat lanjut tentang perbezaan antara penanda laman dan langganan, sila rujuk kepada Apakah perbezaan antara penanda laman, "Mark for Later" (Ditanda untuk Kemudian), dan langganan? Sekiranya anda ingin dimaklumkan sekiranya seseorang pengguna menerbitkan sesuatu karya, sila rujuk kepada Bagaimana cara melanggan atau membatalkan langganan dengan pengguna?

Untuk maklumat lanjut tentang cara penggunaan penanda laman karya di AO3, sila rujuk kepada Apakah yang boleh ditanda dengan penanda laman ?

Apakah yang boleh ditanda penanda laman?

Semua jenis karya atau siri yang diterbitkan di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) boleh ditanda. Anda juga boleh mereka penanda laman untuk karya yang diterbitkan di laman web luaran.

Untuk maklumat lanjut tentang cara untuk mereka penanda laman, sila rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk menanda penanda laman karya di AO3? dan Bagaimanakah cara untuk menanda penanda laman karya yang tidak diterbitkan di AO3?

Bagaimanakah cara untuk menanda penanda laman karya di AO3?

Karya-karya di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) boleh diletakkan penanda laman menggunakan butang "Bookmark". Ketika menggunakan skin laman web tang asal, butang "Bookmark" terletak di bahagian atas dan bawah laman karya tersebut. Untuk sesuatu siri, butang "Bookmark Series" (Tandakan Siri) terletak di bahagian atas laman siri tersebut .

Sinopsis karya dan tag penulis ditambah ke penanda laman secara automatik. Anda juga boleh menambahkan nota anda sendiri atau tag tambahan untuk karya tersebut. Apa-apa jenis nota boleh ditambahkan, seperti ulasan ringkas atau peringatan untuk diri anda sendiri. Tag-tag juga boleh digunakan untuk memudahkan lagi penanda laman anda untuk diasing dan ditapis. Untuk maklumat lanjut tentang cara meletakkan tag pada penanda laman, sila rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk meletakkan tag pada penanda laman?

Tambahkan sebarang maklumat yang anda ingin rekodkan pada penanda laman. Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu nama samaran, anda boleh menetapkan penanda laman tersebut dibawah nama samaran yang tertentu menggunakan menu di atas bahagian penanda laman. Nama samaran yang utama akan dipilih secara automatik. Untuk maklumat lanjut tentang nama samaran, sila rujuk kepada FAQ Nama Samaran.

Untuk meletakkan penanda laman ke dalam koleksi yang sedia ada, masukkan nama koleksi yang dikehendaki di bahagian "Add to collections" (Tambahkan dalam koleksi), dan pilih koleksi tersebut daripada senarai itu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada FAQ Koleksi.

Penanda laman boleh ditandakan sebagai penanda laman Private (Peribadi). Jika anda menandakan penanda laman sebagai peribadi, pengguna yang lain tidak boleh mengakses penanda laman tersebut. Penulis karya tersebut juga hanya akan mengetahui bahawa penanda laman telah ditambahkan– mereka tidak akan mengetahui siapa yang telah menanda karya tersebut, atau apa-apa komen dan tag yang anda telah tambahkan. Apabila anda mengakses penanda laman anda, mana-mana penanda laman yang telah ditandakan sebagai peribadi akan mempunyai ikon kunci. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk menetapkan siapa yang boleh mengakses penanda laman saya?

Anda juga boleh menandakan penanda laman sebagai "Rec". "Rec" ialah singkatan untuk "recommendation" (Cadangan). Jika anda menandakan penanda laman sebagai Rec, karya yang ditanda penanda laman akan termasuk dalam hasil carian apabila pengguna mencari cadangan. Penanda laman yang telah ditanda sebagai Rec akan mempunyai ikon hati. Untuk maklumat lanjut tentang Rec, sila rujuk kepada Apakah perbezaan antara penanda laman dan Rec?

Sekiranya anda menandakan penanda laman sebagai Private (Peribadi) dan Rec, hanya ikon kunci akan dipaparkan, dan Rec tersebut tidak akan muncul dalam hasil carian. Oleh itu, jika anda hendak menetapkan sesuatu penanda laman sebagai Rec, lebih baik anda menjadikannya sebuah penanda laman awam. Penanda laman yang tidak ditanda sebagai peribadi atau Rec akan muncul di dalam koleksi penanda laman anda dan pengguna lain juga dapat mengaksesnya.

Selepas memilih tetapan yang dikehendaki, sila tekan butang "Create" (Hasilkan) untuk menghasilkan penanda laman anda yang baharu.

Bagaimanakah cara saya menanda penanda laman sebuah karya yang tidak diterbitkan di AO3?

Karya-karya di luar AO3 boleh diletakkan penanda laman dengan memilih pautan "My Bookmarks" (Penanda Laman Saya) dibawah menu "Hi (Hai), [nama pengguna]!" di bahagian atas laman Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Dari laman Bookmarks (Penanda Laman), sila pilih butang "Bookmark External Work" (Tandakan Karya Luaran), yang terletak di sebelah kanan atas laman AO3 apabila skin asal laman web digunakan.

Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu nama samaran, anda boleh tetapkan penanda laman tersebut di bawah nama samaran yang tertentu menggunakan menu di atas bahagian penanda laman. Nama samaran utama anda ditetapkan secara automatik. Untuk maklumat lanjut tentang nama samaran, sila rujuk kepada FAQ Nama Samaran.

Maklumat yang telah direkodkan di dua bahagian seterusnya–External Work (Karya Luaran) dan Creator's Tags (Tag Penulis)–tidak boleh diubah selepas penanda laman telah dihasilkan.

Di bahagian Karya Luaran, terdapat beberapa bahagian untuk URL karya, nama penulis, dan tajuk karya tersebut. Bahagian-bahagian ini wajib diisi. Anda juga boleh menambahkan rumusan asal penulis di bahagian "Creator's Summary" (Rumusan Penulis)

Di bahagian Tag Penulis, anda boleh merekodkan maklumat tentang karya tersebut daripada penulis, seperti taraf dan kategori karya, dan juga tag untuk hubungan dan watak-watak karya tersebut. Anda juga perlu meletakkan tag fandom di bahagian "Fandoms". Jika tag yang ingin gunakan tiada di AO3, anda boleh membuat tag yang baharu. Sila rujuk kepada Mengapakah tag yang saya ingin gunakan tiada di AO3? atau FAQ Tag untuk maklumat lanjut mengenai cara menggunakan tag.

Di bahagian Write Comments (Tulis Komen), anda boleh menambah nota tambahan dan tag untuk karya tersebut. Anda juga boleh memasukkan penanda laman tersebut ke dalam koleksi yang sedia ada di AO3. Untuk maklumat lanjut tentang cara untuk membuat demikian, sila rujuk kepada Bagaimanakah cara saya menghasilkan koleksi penanda laman?

Akhir sekali, di bahagian Choose Type and Post (Pilih Jenis dan Terbit), anda boleh menandakan penanda laman tersebut sebagai Private (Peribadi) dan/atau Rec (Cadangan). Untuk maklumat lanjut tentang pilihan-pilihan ini, sila rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk menetapkan siapa yang boleh mengakses penanda laman saya? dan Apakah perbezaan antara penanda laman dan Rec?

Pastikan anda mengkaji dengan teliti bahagian Karya Luar dan Tag Penulis kerana maklumat di dalam bahagian-bahagian tersebut tidak boleh ditukar selepas penanda laman tersebut dihasilkan. Kemudian, selepas anda selesai melengkapkan borang, tekan butang "Create" (Hasilkan) untuk menghasilkan penanda laman anda.

Jika anda membuat keputusan untuk membatalkan penanda laman tersebut, menekan butang "My Bookmarks" (Penanda Laman Saya) akan membawa anda kembali ke laman penanda laman anda tanpa menghasilkan penanda laman yang baharu.

Apakah itu Bookmarklet Penanda Laman Luaran, dan apakah fungsinya?

External Bookmarks Bookmarklet (Bookmarklet Penanda Laman Luaran) di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) adalah pautan Javascript yang boleh ditambahkan kepada penanda laman pelayar anda. Ia boleh diakses di laman Bookmark an External Work (Tandakan Karya Luaran), yang boleh diakses menggunakan pautan "My Bookmarks" (Penanda Laman Saya) di bawah menu "Hi (Hai), [nama pengguna]!" di bahagian atas mana-mana laman di AO3. Dari laman Bookmarks (Penanda Laman), pilih butang "Bookmark External Work" (Tandakan Karya Luaran), yang terletak di bahagian atas laman tersebut apabila skin laman web asal digunakan.

Bookmarklet tersebut membolehkan anda untuk membuat penanda laman AO3 dengan lebih cepat untuk karya yang diterbitkan di laman lain. Apabila anda memilih bookmarklet tersebut ketika di laman yang lain, sistem akan melancarkan laman Tandakan Karya Luaran bersama dengan maklumat tentang karya tersebut yang diisi secara automatik. Anda perlu log masuk ke dalam akaun AO3 anda untuk menggunakan bookmarklet itu.

Proses menambah penanda laman dikendalikan dengan berbeza oleh setiap pelayar. Kebanyakkan pelayar boleh menambahkan bookmarklet kepada bar penanda laman atau favourite pelayar tersebut, dan anda hanya perlu mengaktifkannya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara untuk menambahkan bookmarklet pada pelayar anda, sila rujuk kepada fail bantuan pelayar anda.

Untuk maklumat lanjut tentang cara untuk meletakkan penanda laman pada karya luaran, atau untuk mempelajari cara untuk ke laman New External Work (Karya Luaran Baharu), sila rujuk kepada Bagaimanakah cara saya mereka penanda laman untuk sebuah karya yang tidak diterbitkan di AO3?

Bagaimanakah cara untuk mengedit penanda laman?

Terdapat dua cara untuk mengedit penanda laman: secara terus daripada karya atau siri yang mempunyai penanda laman, atau daripada laman Bookmarks (Penanda Laman) anda.

Apabila anda di laman sesebuah karya atau siri yang anda telah diletakkan penanda laman, terdapat butang "Edit Bookmark" (Edit Penanda Laman) di bahagian atas karya tersebut, atau di bahagian atas laman sesebuah siri. Memilih butang tersebut akan membawa anda ke borang penanda laman, di mana anda boleh membuat perubahan yang dikehendaki.

Apabila mengedit di laman Penanda laman anda, pertama sekali, anda perlu mencari penanda laman yang anda ingin edit. (Laman Penanda laman boleh diakses dari menu "Hi (Hai), [nama pengguna]!".) Pilih butang "Edit" di bawah kenyataan "Bookmarked by (Ditandakan oleh) [nama samaran]". Ia akan memaparkan sebuah borang yang sama seperti borang penghasilan penanda laman, di mana anda boleh mengubahsuai penanda laman tersebut seperti yang dikehendaki. Untuk maklumat lanjut tentang cara untuk mengakses laman penanda laman anda, sila rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk mengakses laman penanda laman saya?

Bagaimanakah cara untuk memadam penanda laman?

Anda boleh memadam penanda laman anda daripada laman Bookmarks (Penanda Laman):

  1. Apabila anda telah log masuk, pilih "My Bookmarks" (Penanda Laman Saya) daripada menu "Hi (Hai), [nama pengguna]!" di bahagian atas laman tersebut.
  2. Daripada laman Penanda laman anda, cari penanda laman yang anda ingin padamkan. Sila ambil perhatian kepada perkara berikut:
    • Laman Penanda laman anda boleh dikemaskini dan ditapis, seperti mana-mana set hasil carian di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), dengan menggunakan borang Sort and Filter (Asing dan Tapiskan) di bahagian tepi laman tersebut. Di peranti mudah alih, pilih "Filters" (Penapis) untuk mengakses borang tersebut.
    • Bergantung kepada bilangan penanda laman yang anda miliki, penanda laman anda mungkin akan merentasi beberapa halaman. Penanda laman yang anda mencari tidak semestinya terletak di halaman yang pertama.
  3. Pilih butang "Delete" (Padamkan) di bawah kenyataan "Bookmarked by (Ditandakan oleh) [nama samaran]"
  4. Anda akan digesa untuk mengesahkan pemadaman penanda laman, dengan sebuah kotak dialog yang bertanya, "Are you sure you want to delete this bookmark?" (Adakah anda pasti bahawa anda ingin memadam penanda laman ini?).
    • Sekiranya anda memilih "OK" (OK), penanda laman tersebut akan dipadam dan laman tersebut akan refresh berserta dengan pesanan "Bookmark was successfully deleted." (Penanda laman berjaya dipadamkan) di bahagian atas.
    • Sekiranya anda memilih "Cancel" (Batalkan), penanda laman tersebut tidak akan dipadamkan.

Anda perlu berbuat demikian untuk semua penanda laman yang anda ingin padam. Buat masa sekarang, anda tidak boleh memadam lebih daripada satu penanda laman dalam satu masa.

Sekiranya anda ingin menyimpan penanda laman anda, tetapi ingin mengubah maklumatnya, anda boleh rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk mengedit penanda laman?

Bagaimanakah cara untuk mengakses penanda laman saya?

Apabila anda sudah log masuk, pilih "My Bookmarks" (Penanda Laman Saya) dari menu "Hi (Hai), [nama pengguna]!" di bahagian atas laman tersebut. Sekiranya anda di bahagian Dashboard (Papan Pemuka), anda juga boleh memilih "Bookmarks" (Penanda Laman) di bar sisi (di bahagian atas laman tersebut apabila peranti mudah alih digunakan).

Bagaimanakah cara saya mencari penanda laman pengguna yang lain?

Anda boleh mencari penanda laman pengguna lain melalui pelbagai cara: dengan melakukan pencarian, pelayaran, atau daripada Dashboard (Papan Pemuka) pengguna lain.

Anda boleh mencari penanda laman dengan memilih pilihan "Bookmarks" (Penanda Laman) dari menu "Search" (Cari) di bahagian atas laman apabila skin laman web asal digunakan. Anda boleh mencari istilah yang dikehendaki dengan menggunakan bahagian "Any Field" (Bahagian Pelbagai), yang akan melakukan pencarian di dalam pelbagai bahagian. Anda boleh mengkhususkan lagi julat pencarian penanda laman anda dengan menambahkan lagi butiran tambahan atau kriteria pencarian di dalam bahagian yang lain.

Anda boleh cari penanda laman terkini dengan memilih pilihan "Bookmarks" daripada menu "Browse" (Layar) di bahagian atas laman apabila skin laman web asal digunakan. Ini akan memaparkan 20 penanda laman yang terbaru. Secara alternatif, anda boleh mengikuti pautan "Bookmarks" di mana-mana senarai karya. Dengan mengikut tag Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), senarai semua penanda laman karya yang berkaitan dengan tag tersebut akan dipaparkan.

Untuk melihat Dashboard (Papan Pemuka) pengguna lain, anda boleh melakukan satu daripada yang berikut:

  • Membuat Pencarian Pengguna dengan memilih pilihan "People" (Pengguna) dari menu "Search" di bahagian atas laman apabila skin laman web asal digunakan. Masukkan nama pengguna/nama samaran atau sebahagian daripada nama pengguna/nama samaran di bahagian pencarian, dan pilih daripada hasil pencarian. Selepas itu, anda boleh memilih pautan "Bookmarks" daripada bar sisi (terdapat di bahagian atas laman apabila peranti mudah alih digunakan). Untuk maklumat lanjut tentang pencarian penanda laman yang telah ditanda sebagai rec oleh pengguna lain, sila lihat Bagaimanakah cara untuk mencari Rec (Cadangan) sahaja?

Apakah perbezaan antara penanda laman, "Mark for Later" (Tanda untuk Kemudian), dan langganan?

Ciri Penanda laman di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) membolehkan anda untuk mengakses karya pada masa yang lain, dan juga membolehkan anda menyediakan Rec atau menyediakan senarai karya kepada pengguna yang lain yang mungkin berminat dengan karya yang sama seperti anda, melainkan jika anda memilih untuk menetapkan penanda laman tersebut sebagai penanda laman peribadi. Untuk maklumat lanjut tentang cara untuk menandakan penanda laman sebagai peribadi, sila ke Bagaimanakah cara untuk menetapkan siapa yang boleh mengakses penanda laman saya?

Berbeza daripada penanda laman, senarai Marked for Later (Ditanda untuk Kemudian) anda hanya boleh diakses oleh diri anda sahaja melalui laman History (Sejarah) di Dashboard (Papan Pemuka) anda. Anda juga boleh menanda sesebuah karya sebagai "Marked for Later" (Ditanda untuk Kemudian) sekiranya anda ingin membacanya lagi pada masa yang lain, tanpa membuat penanda laman. Untuk maklumat lanjut tentang ciri 'Ditanda untuk Kemudian', sila rujuk kepada FAQ Sejarah dan Ditanda untuk Kemudian.

Langganan anda juga tidak boleh diakses atau dilihat oleh pengguna-pengguna yang lain. Langganan memberi pemberitahuan kepada anda tentang karya yang baru atau bab-bab yang baru dalam sesebuah karya. Untuk maklumat lanjut tentang Langganan, sila rujuk kepada FAQ Langganan dan Pemberitahuan.

Apakah perbezaan antara penanda laman dan Rec (Cadangan)?

Rec adalah subset bagi penanda laman. Menanda penanda laman sebagai Rec menunjukkan bahawa karya tersebut dicadangkan oleh pengguna.

Untuk menanda penanda laman sebagai rec, pilih kotak semakan "Rec" (Cadangan) apabila membuat atau mengedit penanda laman anda. Mana-mana penanda laman yang ditanda sebagai Rec akan mempunyai ikon hati. Penanda laman anda juga akan termasuk di dalam hasil pencarian apabila seseorang pengguna mencari Rec. Sila rujuk kepada Bagaimanakah cara saya mencari Rec? untuk maklumat lanjut tentang perkara ini.

Bagaimanakah cara saya mencari Rec?

Rec adalah subset bagi penanda laman. Perbezaan antara penanda laman dan Rec diterangkan di Apakah perbezaan antara penanda laman dan Rec?

Untuk mencari Rec, pilih pilihan "Bookmarks" (Penanda Laman) daripada menu "Search" (Cari) di bahagian atas laman apabila skin laman web asal digunakan. Di laman Bookmark Search (Pencarian Penanda Laman), tanda di kotak semakan "Rec" (Cadangan) apabila anda memasukkan kriteria pencarian anda. Ini akan mengehadkan hasil pencarian anda kepada penanda laman yang telah ditanda Rec.

Untuk mencari Rec ketika sedang melayar penanda laman pengguna lain, pilih kotak semakan "Recs Only" (Cadangan Sahaja) di borang Sort and Filter (Asing dan Tapiskan), di bahagian tepi laman (yang boleh diakses dengan memilih butang "Filters" (Penapis) di peranti mudah alih), dan seterusnya, pilih butang "Sort and Filter".

Untuk maklumat lanjut tentang cara untuk mencari penanda laman pengguna lain, sila rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk mencari penanda laman pengguna yang lain?. Untuk maklumat lanjut tentang mencari dan melayar, sila rujuk kepada FAQ Pelayaran dan Pencarian.

Bagaimanakah cara untuk menetapkan siapa yang boleh mengakses penanda laman saya?

Penanda laman pada asalnya dihasilkan untuk diakses oleh orang ramai. Untuk menanda penanda laman sebagai peribadi, sila tanda kotak semakan "Private bookmark" (Penanda Laman Peribadi) apabila menghasil atau mengedit penanda laman. Sekiranya anda menandakan sebuah penanda laman sebagai peribadi, hanya anda boleh mengakseskannya. Penanda laman yang telah ditanda sebagai peribadi akan mempunyai ikon kunci.

Untuk maklumat lanjut tentang cara untuk mengedit penanda laman, sila rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk mengedit penanda laman?

Bagaimanakah cara saya menghasilkan koleksi penanda laman?

Untuk memasukkan penanda laman ke dalam sebuah koleksi, koleksi tersebut mestilah merupakan koleksi yang sedia ada. Untuk maklumat lanjut tentang penghasilan koleksi, sila rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk menghasilkan koleksi?

Anda boleh memasukkan penanda laman ke dalam sebuah koleksi apabila anda menghasilkan atau mengedit penanda laman tersebut. Mulakan dengan memasukkan nama koleksi ke dalam bahagian "Add to collections" (Tambahkan ke koleksi). Sebuah senarai yang telah dilengkapkan secara automatik akan muncul supaya anda boleh memilih koleksi yang dikehendaki. Pilih koleksi tersebut dan pilih "Edit" (Edit) atau "Create" (Hasilkan). Untuk maklumat lanjut tentang cara mengedit penanda laman, sila rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk mengedit penanda laman?

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang koleksi, sila rujuk kepada FAQ Koleksi dan Cabaran.

Di manakah boleh saya mendapat maklumat lanjut sekiranya soalan saya tidak dijawab dalam FAQ ini?

Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah dijawab dalam FAQ AO3 dan beberapa istilah umum dijelaskan dalam Glosari. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh merujuk kepada Isu Yang Diketahui. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Bantuan.