Bagaimanakah boleh saya mendapat bantuan teknikal di AO3?
Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telahpun dijawab dalam halaman FAQ AO3 yang lebih umum. Sekiranya anda mengalami masalah atau mempunyai soalan yang tidak dijawab dalam FAQ kami, anda boleh menghubungi Bantuan melalui Borang Bantuan dan Maklum Balas. Anda boleh mencari pautan web untuk Borang Bantuan dan Maklum Balas dalam pengaki di semua laman web AO3. Sekiranya anda mengalami masalah teknikal semasa mengisi borang ini, sila gunakan borang gantian di transformativeworks.org
Sekiranya anda mengalami masalah teknikal dengan laman web ini, anda boleh menolong pihak Bantuan menyelesaikan masalah anda dengan lebih cepat dengan menghantar mesej yang mengandungi maklumat tentang cara-cara anda menggunakan laman web ini. Contohnya, anda boleh menyediakan maklumat seperti nama dan versi pelayar, dan apa langkah tertentu yang telah anda mengambil sehingga mendapat hasil yang anda ingin laporkan. Sila jangan lupa untuk mengisi e-mel anda sekiranya anda ingin menerima jawapan dari kami. Anda harus menyemak folder spam anda untuk memastikan e-mel yang kami hantar tidak terhantar ke sana – untuk mengelakkan masalah ini, sila mempertimbangkan memasuki e-mel dari domain @transformativeworks.org ke dalam senarai putih anda.
Bagaimanakah boleh saya memberitahu anda pendapat saya tentang AO3?
Anda boleh menghantar maklum balas ke pihak Bantuan melalui Borang Bantuan dan Maklum Balas. Anda boleh mencari pautan web untuk Borang Bantuan dan Maklum Balas dalam pengaki di setiap laman web Archive of our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Sekiranya anda mengalami masalah teknikal apabila menggunakan borang di AO3, sila gunakan borang gantian di transformativeworks.org.
Bagaimanakah boleh saya melaporkan pelanggaran Syarat-Syarat Perkhidmatan AO3?
Anda boleh menghantar sesuatu Laporan Aduan untuk memaklumkan kami tentang kemungkinan penyalahgunaan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami.
Terdapat beberapa perkara yang anda harus sedar tentang apabila membuat laporan:
- Sila pastikan bahawa apa yang anda laporkan memang melanggar Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda boleh memastikan ini dengan menyemak Syarat-Syarat Perkhidmatan dan FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan.
- Setiap laporan akan disiasat sepenuhnya menggunakan maklumat yang diberi. Laporan tambahan – kecuali laporan yang mengandungi maklumat baru yang diperlukan – tidak akan meningkatkan keutamaan laporan ini atau kelajuan proses penyelesaian kami. Hal ini kerana kami memang menyiasat setiap laporan yang diterima. Sekiranya kami menerima laporan berganda tentang masalah yang sama, ia boleh menjejaskan kecekapan dan keberkesanan kami menyelesaikan pertanyaan ini dan pertanyaan yang lain.
Bagaimanakah boleh saya mengetahui sama ada kandungan tertentu dibenarkan di AO3?
Pasukan Aduan menyelia semua isu-isu yang berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan dan apa-apa pelanggaran syarat yang berlaku. Untuk mengetahui sama ada kandungan tertentu dibenarkan di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) atau untuk memeriksa sama ada ia melanggar Syarat-Syarat Perkhidmatan, anda boleh menghubungi pasukan Aduan dengan mengisi Borang Aduan. Anda boleh membuat pertanyaan tentang karya anda atau karya pencipta lain–semua laporan Aduan adalah sulit.
Harap maklum bahawa walaupun kami akan melakukan yang terbaik untuk memberikan nasihat yang tepat berdasarkan maklumat yang anda berikan, kami mungkin akan meninjau kembali keputusan kami dalam sesebuah siasatan jikalau kami menerima maklumat baru yang berkaitan.
Bolehkah saya menghubungi kakitangan AO3 secara anonim?
Anda tidak boleh. Kedua-dua Borang Bantuan dan Maklum Balas dan Borang Aduan memerlukan e-mel yang sah, supaya kami boleh menghubungi anda untuk membincangkan pertanyaan atau aduan anda.
Sekiranya anda dilog masuk sementara anda mengakses Borang Bantuan dan Maklum Balas atau Borang Aduan, e-mel anda akan diisi ke dalam borang secara automatik.
Siapa boleh saya hubungi sekiranya terdapat kesilapan dalam FAQ atau ia terlampau mengelirukan?
Sila rujuk kepada Bagaimanakah boleh saya memberitahu anda pendapat saya tentang AO3?
Di manakah boleh saya mendapat maklumat lanjut sekiranya soalan saya tidak dijawab dalam FAQ ini?
Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah dijawab dalam FAQ AO3 dan beberapa istilah umum dijelaskan dalam Glosari. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh merujuk kepada Isu Yang Diketahui. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Bantuan.
