Archive FAQ > Muat turun hasil kerja perminat

Bolehkah saya muat turun kerja dari AO3 untuk diakses kemudian?

Ya, Archive of Our Own - AO menyokong pemuatan turun kerja kepada empat format. Anda tidak perlu memilih “Entire Work” (Keseluruhan Kerja) untuk muat turun keseluruhan kerja, fail muat turun tersebut akan mengandungi keseluruhannya secara automatik. Ini juga bermaksud bahawa anda tidak boleh muat turun bab secara selektif atau anggaran bab dari kerja; muat turun tersebut akan sentiasa mengandungi bab yang boleh didapati.

Sila ingat bahawa muat turun hanya mengandungi teks dan kemungkinan imej, bergantung kepada format muat turun tersebut. Video dan audio tidak akan dimuatkan turun. Untuk informasi lebih bagi apa yang termasuk dalam muat turun, tolong rujuk kepada Adakah imej/audio/video/akan muncul dalam hasil kerja dimuat turun?

Format apa yang saya boleh muat turun dalam fanworks?

Kami menawarkan muat turun dalam HTML, PDF, MOBI dan EPUB. Format tersebut boleh diakses dari komputer dan dari pelbagai peranti mudah alih, termasuk tetapi tidak terhad kepada telefon (e.g. Apple iPhones, Samsung Galaxy), e-readers (e.g Amazon Kindle), dan tablet (e.g. Apple iPads, Amazon Fire). Untuk informasi lanjut bagi apa yang termasuk untuk setiap format muat turun, sila rujuk kepada Adakah imej/audio/video/akan muncul dalam hasil kerja dimuat turun?

Adakah imej / audio / video muncul dalam karya yang dimuat turun?

Ini bergantung pada peranti anda dan format muat turun.

Imej akan disimpan jika format muat turun adalah PDF atau HTML (Bagi format HTML, imej akan disimpan hanya jika anda memilih muat turun sebagai seluruh halaman web yang lengkap). Ini kerana imej pada masa ini tidak boleh dihoskan dalam Archive of Our Own– AO3 , ini perlu dihos secara luaran. Ini bermaksud pilihan yang lain akan tanam imej dalam fail, dan imej akan di papar jika peranti anda beri mengizinkan dan mempunyai sambungan internet.

Bergantung kepada format muat turun, kerja yang dimuat turun dengan video terbenam mungkin atau mungkin tidak menyimpan imej dari video ke muat turun. Penyematan audio tidak akan disimpan. Jika kerja yang dimuat turun anda tiada fail terbenam, anda perlu melawat karya asal pada AO3 untuk mengaksesnya. Untuk akses yang lebih mudah, semua kerja yang dimuat turun termasuk pautan ke kerja asal pada AO3.

Bagaimana saya boleh muat turun kerja dalam komputer atau peranti mudah alih?

Ikut arahan tersebut untuk muat turun hasil kerja:

  1. Dalam muka surat hasil kerja, terdapat pilihan "Download" (Muat turun) (Untuk kulit lalai laman web, terdapat butang terletak di atas kanan laman). Empat format pilihan akan muncul apabila anda memilih pilihan "Download".
  2. Pilih format yang anda lebih suka: MOBI, EPUB, HTML, or PDF.
  3. Jika tergesa, pastikan muat turun di muat turun dan berada di tempat yang anda mahu simpan fail tersebut.
  4. Jika menggunakan peranti mudah alih, ia boleh menggesa anda untuk memilih aplikasi untuk membuka fail di muat turun. Anda boleh pergi ke e-reading app, dan membuka fail dimuat turun dari situ.
    • Jika peranti mudah alih anda tidak disokong secara langsung, anda boleh muat turun hasil kerja dalam komputer dahulu dan kemudiannya buka dalam peranti anda. Tolong rujuk kepada peranti anda punya fail tolong untuk arahan bagi cara untuk melakukannya.

Bagi peranti mudah alih, terdapat aplikasi e-reading yang menyokong pelbagai format fail tersedia untuk muat turun bagi kedai/pasaran peranti anda. Kebanyakan peranti mudah alih menyokong, atau memiliki aplikasi yang sedia ada untuk menyokong sekurangnya, satu format muat turun yang kita tawarkan (MOBI, EPUB, PDF, dan HTML). Kami tidak boleh menyediakan sokongan bagi peranti yang lain, tetapi jika ada soalan atau maklum balas tentang pengalaman anda menggunakan muat turun dengan alat peranti yang lain, sila hubungi kami melalui Adakah imej/audio/video/akan muncul dalam hasil kerja dimuat turun?

Bagaimana saya boleh muat turun hasil kerja untuk akses dalam iPad, iPod Touch, or iPhone?

Proses muat turun bagi peranti Apple seperti iPad, iPod Touch, atau iPhone, adalah sama seperti proses untuk kebanyakan peranti yang lain. Tolong rujuk kepada Bagaimana saya boleh muat turun hasil kerja untuk komputer atau peranti mudah alih anda? bagi maklumat lanjut.

Walau bagaimanapun, peranti Apple yang modal lama atau peranti tanpafirmwareterkini, anda mungkin mendapati bahawa anda tidak boleh muat turun Archive of Our Own – AO3 fail secara langsung. Jika anda mengalami masalah, anda boleh muat turun fail di komputer dan hantar kepada iPad, iPod Touch, atau iPhone anda melalui aplikasi urusan fail. Tolong rujuk kepada fail bantuan peranti untuk arahan khusus tentang cara melakukannya.

Bolehkah saya menyimpan hasil kerja dalam AO3 melalui servis bookmarking luar?

Ya, tetapi terdapat beberapa had. Sesetengah perkhidmatan mungkin tidak menyokong cookiesatau butiran log masuk sesi. Ini bermaksud jika anda cuba menyimpan hasil kerja yang terhad kepada pengguna Archive of Our Own – AO3 , atau kerja yang mengandungi amaran kandungan dewasa, anda akan mendapat halaman pengesahan login atau halaman pengesahan kandungan dewasa daripada hasil kerja sebenar. Untuk menyimpan hasil kerja yang terhad atau kerja kandungan dewasa untuk diakses kemudian, anda perlu muat turun hasil kerja dahulu. Tolong rujuk kepada Bagaimana anda boleh muat turun hasil kerja ke komputer atau peranti mudah alih anda? untuk maklumat lanjut.

Adakah CSS styling (“kulit khas”) akan muncul dalam kerja yang dimuat turun?

Tidak. Apabila karya dimuat turun, kerya tersebut akan dapat format yang lalai—iaitu,
rupa karya anda apabila anda memilih “Hide Creator’s Style” (Sembunyikan gaya penulisan)—rujuk kepada Bolehkah anda melumpuhkan format tersuai(kulit khas)dalam kerja? untuk informasi lanjut. Peranti berbeza mengawal e-book dan susun atur imej dalam pelbagai cara. Gaya dan kulit akan menyebabkan isu kebolehcapaian bagi beberapa pengguna. Tetapi apablia tidak termasuk kulit,muat turun tersebut akan menjadi lebih mesra pengguna tidak kira di mana atau bagaimana kandungan tersebut di akses. Apabila mengayakan kerja anda, pastikan kerja tersebut masuk akal dengan kulit khas anda dilumpuhkan.

Bolehkah saya melumpuhkan muat turun pada karya saya?

Tidak. Salah satu sebab utama kami untuk menyediakan pilihan muat turun ialah akses. Pengguna mungkin tidak boleh mengakses kerja-kerja di Archive of Our Own– AO3secara langsung. Muat turun membantu pengguna ini dengan memberi mereka lebih banyak kawalan ke atas bila dan di mana mereka mengakses kerja dan peranti apa yang mereka boleh gunakan untuk melakukannya. Untuk memastikan AO3 kekal sebagai boleh dicapai, kami ingin memastikan pilihan ini tersedia untuk semua karya anda.

Sekiranya anda ingin mempunyai lebih banyak kawalan ke atas siapa yang mengakses karya anda, anda boleh memilih untuk menunjukkan kerja anda kepada pengguna AO3 yang berdaftar (rujuk kepada Bagaimanakah anda boleh mengawal siapa yang boleh mengakses karya anda? untuk butiran terperinci). Walau bagaimanapun, ini tidak menonjol kerana pengguna AO3 boleh menyimpan dan berkongsi kerja anda dengan orang lain walaupun anda telah menyekat akses kepada karya.

Di manakah boleh saya mendapat maklumat lanjut sekiranya soalan saya tidak dijawab dalam FAQ ini?

Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah dijawab dalam FAQ AO3 dan beberapa istilah umum dijelaskan dalam Glosari. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh merujuk kepada Isu Yang Diketahui. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Bantuan.