Apakah itu hadiah?
Hadiah ialah karya yang ditujukan kepada seseorang oleh perekanya. Sebagai contoh, karya tersebut mungkin ditulis sempena hari lahir kawan, atau ianya dihasilkan untuk Pertukaran Hadiah.
Blurb karya yang dihadiahkan dipaparkan sebagai "Title by Creator for Gift Recipient" (Tajuk oleh Pereka untuk Penerima Hadiah), dan nota karya berkenaan menyatakan bahawa ia adalah "For Gift Recipient" (Untuk Penerima Hadiah).
Untuk mengakses semua hadiah yang telah anda terima, rujuk kepada "Dimanakah saya boleh mencari hadiah saya?"
Sekiranya anda ingin menujukan karya anda kepada seseorang, lihat "Bagaimanakah saya menghadiahkan karya?" dalam FAQ Penerbitan dan Penyuntingan.
Dimanakah saya boleh mencari hadiah saya?
Sekiranya anda mempunyai akaun Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), anda boleh menemui semua hadiah yang anda terima di halaman Gifts (Hadiah) anda:
- Log masuk dan pergi ke papan pemuka anda dengan memilih sapaan "Hi, (Hai) [terjemahan nama pengguna]" dan kemudian "My Dashboard (Papan Pemuka Saya)" daripada menu, atau dengan menekan imej profil anda.
- Pilih "Gifts (#)" (Hadiah) daripada menu di sisi halaman atau di bahagian atas peranti mudah alih. Ini akan membawa anda ke senarai hadiah anda.
Secara asalnya, anda akan menerima e-mel setiap kali anda menerima hadiah. Rujuk kepada "Bagaimanakah saya boleh mengubah cara menerima pemberitahuan komen?" di FAQ Pilihan untuk mengetahui cara menguruskan pemberitahuan hadiah.
Sekiranya anda tidak mempunyai akaun AO3, anda tidak akan menerima sebarang pemberitahuan dan tidak boleh melihat senarai hadiah yang diterima, tetapi hadiah masih boleh diberikan kepada anda. Lihat "Bagaimanakah saya menghadiahkan karya kepada seseorang?" untuk kaedah terbaik untuk menghadiahkan kepada individu tanpa akaun AO3.
Karya yang anda hadiahkan kepada orang lain disenaraikan di halaman Works (Karya) anda, melainkan ia merupakan sebahagian daripada koleksi tanpa nama atau belum dipamerkan. Lihat "Bagaimanakah saya boleh mencari karya saya yang diterbitkan?" dan "Bagaimanakah saya mencari karya saya yang telah ditambahkan ke koleksi?" untuk maklumat lanjut. Tidak ada cara untuk menapis karya yang telah anda hadiahkan kepada orang lain pada masa ini.
Bagaimanakah saya mengurus siapa yang boleh menghantar hadiah kepada saya?
Anda boleh memilih sama ada pengguna lain boleh menghadiahkan karya kepada anda melalui tetapan Pilihan anda. Untuk mendapatkan bantuan mencari tetapan ini, rujuk kepada "Dimanakah saya boleh mencari senarai Preferences (Pilihan)?"
Sekiranya tetapan ini dinyahaktifkan, anda tidak boleh menerima hadiah selain daripada cabaran. Bagi akaun baharu, tetapan ini dinyahaktifkan secara asalnya.
Sekiranya anda mengaktifkan tetapan ini, semua hadiah akan diterima secara automatik, tetapi anda masih boleh menolaknya secara individu. Untuk mengurus hadiah anda, lihat "Bagaimanakah saya menolak hadiah?" dan "Adakah cara untuk menerima semula hadiah yang telah ditolak?"
Bagaimanakah saya menolak hadiah?
Anda boleh menolak hadiah di Archive of Our Own – AO3(Arkib Milik Kita) dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Log masuk dan pergi ke papan pemuka anda dengan memilih sapaan "Hi, (Hai) [terjemahan nama pengguna]" dan kemudian "My Dashboard (Papan Pemuka Saya)" daripada menu, atau dengan menekan imej profil anda.
- Pilih "Gifts (#)" (Hadiah) daripada menu di sisi halaman atau di bahagian atas peranti mudah alih. Ini akan membawa anda ke senarai hadiah yang telah diterima.
- Pilih butang "Refuse Gift" (Tolak Hadiah) di bawah blurb karya untuk menolaknya.
Karya tersebut akan kekal di AO3, tetapi nama pengguna anda tidak lagi disenaraikan sebagai penerima hadiah sama ada di blurb atau nota karya tersebut. Karya tersebut juga akan dipindahkan daripada halaman "Hadiah" anda ke senarai "Tolak Hadiah" anda, jadi anda boleh mencarinya semula jika anda ingin menerima kembali karya yang ditolak.
Pereka karya tidak akan diberitahu jika anda menolak hadiah, dan karya tersebut tidak boleh dihadiahkan semula kepada anda.
Sekiranya anda pereka karya hadiah yang anda ingin batalkan, rujuk kepada "Bagaimanakah saya membatalkan karya hadiah yang saya telah berikan?" dalam FAQ Penerbitan dan Penyuntingan.
Adakah cara untuk menerima semula hadiah yang telah ditolak?
Anda boleh menerima hadiah yang telah ditolak sebelum ini di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Log masuk dan pergi ke papan pemuka anda dengan cara memilih sapaan "Hi, (Hai) [terjemahan nama pengguna]" dan kemudian "My Dashboard (Papan Pemuka Saya)" daripada menu, atau dengan menekan imej profil anda.
- Pilih "Gifts (#)" (Hadiah) daripada menu di sisi halaman atau di bahagian atas peranti mudah alih. Ini akan bawa anda ke senarai hadiah anda.
- Dari sini, pilih butang "Refused Gifts" (Hadiah Yang Ditolak) di bahagian kanan atas halaman di desktop (atau di bawah tajuk "Gifts for [username]" (Hadiah untuk [nama pengguna]) di peranti mudah alih). Ini akan memaparkan hadiah yang telah anda tolak.
- Pilih butang "Accept Gift" (Terima Hadiah) di bawah blurb sesebuah karya untuk menerimanya.
Karya tersebut akan dipindahkan semula ke senarai hadiah yang telah diterima, dan nama pengguna anda akan sekali lagi disenaraikan sebagai penerima hadiah di blurb dan nota karya tersebut.
Pereka karya tidak akan diberitahu jika anda menerima semula hadiah yang telah ditolak.
Dimanakah boleh saya mendapat maklumat lanjut sekiranya soalan saya tidak dijawab dalam FAQ ini?
Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah dijawab dalam FAQ AO3 dan beberapa istilah umum dijelaskan dalam Glosari. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh merujuk kepada Isu Yang Diketahui. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Bantuan.
