Aduan
Di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), Aduan boleh merujuk kepada pelanggaran Syarat-syarat Perkhidmatan dan aduan-aduan lain, atau boleh digunakan sebagai singkatan untuk merujuk kepada Jawatankuasa Polisi & Aduan yang bertanggungjawab menangani pelanggaran dan aduan tersebut. Anda juga boleh menghubungi Jawatankuasa Polisi & Aduan melalui borang Laporkan kepada Aduan.
Anda boleh mendapatkan pautan borang Laporkan kepada Aduan di bawah Contact Us (Hubungi Kami) di bahagian bawah setiap laman AO3. Untuk maklumat lanjut mengenai isu yang boleh dilaporkan dan kandungan yang dibenarkan di AO3, sila rujuk kepada FAQ Menghubungi Kakitangan.
Tag Tambahan | Tag Bentuk Bebas
Tag tambahan yang juga dikenali sebagai Tag Bentuk Bebas, adalah tag yang boleh ditambahkan kepada sebuah karya di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) untuk memberi maklumat tambahan mengenai kandungan karya tersebut yang tidak sesuai dengan jenis tag lain. Anda boleh menambahkan sebarang maklumat yang anda ingin para pengguna tahu mengenai karya anda dalam bidang ini. Rujuk kepada Apakah jenis tag yang berbeza? untuk maklumat lanjut.
ADT atau AD&T
Akronim ini merujuk kepada nama Bahasa Inggeris Jawatankuasa Akses, Reka Bentuk & Teknologi, yang bertanggungjawab menyelaraskan reka bentuk dan pembangunan perisian bagi pihak OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif). Jawatankuasa ini menumpukan pada pembinaan OTW-Archive, pakej perisian sumber terbuka yang mengendalikan Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).
AO3
Akronim "AO3" berasal dari huruf awal tajuk laman dalam Bahasa Inggeris Archive of Our Own (Arkib Milik Kita)—satu A dan tiga O. AO3 ialah laman pengacaraan pusat bukan komersial dan bukan keuntungan untuk hasil karya peminat transformatif seperti fanfiction, yang berkeupayaan untuk membenam dan memaparkan imej, video, fail audio, senarai main, dan podfic yang diacarakan di laman luar. Kami berharap dapat berkembang dan mengacarakan lebih banyak format kandungan secara langsung di masa hadapan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi Apakah jenis hasil karya peminat yang boleh saya terbitkan di AO3? atau FAQ Tentang AO3.
Archive of Our Own (Arkib Milik Kita)
Rujuk kepada AO3.
Blurb
Di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), blurb merujuk kepada maklumat karya yang digambarkan secara visual dengan kotak bergaris, yang muncul dalam mana-mana laman yang menyenaraikan karya-karya. Maklumat ini termasuk: tajuk dan pereka, penerima (jika ada), tarikh terbitan atau dikemaskini (yang mana lebih baharu), fandom, penarafan, amaran, hubungan, watak-watak, tag tambahan, ringkasan karya, bahasa, dan maklumat statistik seperti jumlah perkataan atau jumlah kudos. Rujuk kepada tangkapan skrin di bawah sebagai contoh.
Maklumat ringkas di bahagian atas laman karya, di laman siri, atau di laman skin tertentu juga kadangkala dirujuk sebagai blurb, tetapi istilah yang lebih tepat ialah karya, siri atau skin meta.
Penanda Laman
Di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), pengguna yang telah log masuk boleh menggunakan ciri penanda laman untuk menyimpan karya atau siri sebagai rujukan atau untuk diakses kemudian, atau untuk mencadangkan sebuah karya atau siri kepada orang lain. Rujuk kepada FAQ Penanda Laman untuk maklumat lanjut.
Tag Canon
Tag kanon, yang juga dikenali sebagai tag biasa, adalah tag yang ditandakan sebagai "rasmi" oleh penyelaras tag mengikut garis panduan mereka untuk fandom, watak, hubungan atau konsep tag tambahan tertentu. Tag kanon secara umumnya ialah bentuk tag yang paling jelas dan mudah diakses. Semua tag lain yang merujuk kepada konsep yang sama, termasuk ejaan dan variasi nama, akan dipautkan kepada tag kanon berkenaan sebagai tag sinonim. Tag kanon akan muncul di laman fandom, sebagai cadangan dalam bidang auto-lengkap, dan di penapis bar sisi ketika melayari Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Sebagai contoh, Bercium ialah tag tambahan kanon. Ciuman, semua ciuman, dan 亲吻 ialah tag sinonim untuk Ciuman. Carian dengan menggunakan mana-mana tag sinonim ini akan menunjukkan semua hasil untuk tag kanonBercium. Rujuk kepada Bagaimanakah tag kanon berfungsi? untuk maklumat lanjut.
Cabaran
Cabaran adalah "aktiviti yang dianjurkan di mana para peserta bersetuju untuk mengadakan aktiviti-aktiviti atau menghasilkan karya peminat mengikut kriteria yang telah ditentukan." (Fanlore).
Di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), cabaran boleh dijalankan sebagai prompt meme atau pertukaran hadiah.
Tuntutan
Di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), kami menggunakan tuntutan untuk memberi dua maksud:
Apabila menyertai prompt meme, anda boleh menuntut idea ringkas yang ingin anda penuhi. Rujuk kepada Bagaimanakah cara menuntut idea ringkas? untuk maklumat lanjut.
Anda juga boleh menuntut karya-karya dengan menggunakan akaun AO3 anda apabila Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) mengimport arkib hasil karya peminat yang mempunyai karya-karya anda. Rujuk kepada tutorialMenuntut Karya Selepas Import Automatik Open Doors untuk maklumat lanjut.
Koleksi Tertutup
Koleksi tertutup di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) adalah sebuah koleksi yang telah ditutup oleh pemiliknya untuk penyertaan baharu. Sebagai contoh, sebuah koleksi atau cabaran dengan jangka masa tertentu (seperti "Pertukaran Fiksyen Santa Rahsia Krismas 2023") mungkin ditutup selepas tempoh masa tersebut berlalu. Rujuk kepada Apakah maksud koleksi yang Terbuka atau Tertutup, Diselaraskan atau Tidak Diselaraskan, Belum Dipamerkan, atau Tanpa Nama? untuk maklumat lanjut.
Pereka Bersama | Penulis Bersama
Pereka bersama dan penulis bersama bermaksud pereka atau penulis yang bekerjasama dengan seseorang atau lebih individu untuk mencipta karya. Istilah pereka bersama dan penulis bersama kini digunakan secara bertukar ganti, ketika penggunaan bahasa Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) mula beralih daripada penggunaan bahasa bertumpukan fanfiction.
Koleksi
Di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), koleksi adalah himpunan karya dan/atau penanda laman yang dikumpulkan bersama di bawah satu tema. Sebagai contoh, koleksi boleh mengandungi semua karya yang telah direka untuk sebuah cabaran, semua karya yang anda terbitkan pada tahun tertentu, atau semua cadangan anda yang ditanda lamankan untuk hubungan, watak, atau fandom tertentu.
Koleksi boleh dikumpulkan bersama di bawah sebuah koleksi induk untuk membentuk subkoleksi dan boleh dijadikan Terbuka atau Tertutup, Diselaraskan atau Tidak Diselaraskan, Tidak Dipamerkan dan/atau Tanpa Nama. Rujuk kepada Apakah maksud koleksi yang Terbuka atau Tertutup, Diselaraskan atau Tidak Diselaraskan, Tidak Dipamerkan atau Tanpa Nama? untuk maklumat lanjut.
Koleksi juga boleh digunakan untuk mengacarakan Pertukaran Hadiah dan Prompt Meme.
Untuk maklumat lanjut, rujuk kepada FAQ Koleksi.
Komen
Komen adalah respons yang diberikan kepada sebuah karya sebagai maklum balas kepada pereka atau pereka bersama. Rujuk kepada Apakah itu komen? untuk maklumat lanjut.
Gaya Penulis
Gaya penulis merujuk kepada skin yang digunakan oleh pereka pada sebuah karya. Rujuk kepada FAQ Skin dan Antara Muka AO3 untuk maklumat lanjut.
Papan Pemuka
Papan pemuka merupakan laman utama untuk para pengguna, siri, dan koleksi (termasuk prompt memes dan pertukaran hadian) di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).
Papan pemuka anda adalah laman utama anda di AO3, dan di mana anda boleh menguruskan semua pilihan, nama samaran, dan rekaan (karya, penanda laman, dan siri), serta Profil dan Jemputan anda. Apabila dilog masuk, anda boleh mengakses papan pemuka anda dengan memilih ucapan "Hi (Hai), [nama pengguna]!" dan pilih "My Dashboard" (Papan Pemuka Saya) daripada menu, atau dengan memilih imej profil anda.
Papan pemuka koleksi ialah laman yang anda akses apabila anda memilih nama berpautan sebuah koleksi. (Rujuk kepada Bagaimanakah cara mencari koleksi tertentu? untuk senarai tempat yang anda boleh pergi untuk mendapatkannya.) Papan pemuka koleksi mengandungi pautan kepada koleksi karya dan penanda laman dan tag dan fandom berkaitan dengan koleksi tersebut, serta tetapan koleksi. Sekiranya koleksi tersebut mengacarakan pertukaran hadiah atau prompt meme, papan pemuka koleksi tersebut juga akan mengandungi tetapan cabaran, pendaftaran dan pautan berkenaan yang lain.
Skin Utama
Skin utama merujuk kepada penyampaian utama Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) untuk pengunjung laman dan pengguna yang telah log masuk yang tidak menggunakan skin laman yang disuaikan. Rujuk kepada Apakah itu skin? untuk maklumat lanjut.
Membatalkan (dan Meluluskan Semula)
Dalam Pertukaran Hadiah, membatalkan tugasan membolehkan anda menarik diri daripada pertukaran tersebut sebagai pemberi. Permintaan anda masih tersedia untuk dipenuhi oleh pemberi yang ditugaskan kepada anda.
Mereka yang menjalankan Pertukaran Hadiah juga boleh membatalkan penyertaan para pengguna (sebagai contoh, sekiranya seseorang perlu keluar dari Pertukaran Hadiah, atau belum melengkapkan karya mereka sebelum tarikh akhir pertukaran hadiah). Mereka kemudiannya boleh menghantar tugasan yang dibatalkan kepada pengganti, yang akan melengkapkan tugasan tersebut di tempat pemberi asal.
Sekiranya anda membatalkan sebuah tugasan, anda tidak boleh membalikkan langkah tersebut sendiri. Walau bagaimanapun, para pemilik dan penyelaras Pertukaran Hadiah boleh meluluskan semula tugasan tersebut untuk mengembalikannya kepada orang yang terakhir ditugaskan kepada tugasan tersebut.
Rujuk kepada Bagaimanakah boleh saya menarik diri daripada Pertukaran Hadiah?, Bagaimanakah boleh saya membatalkan penyertaan seorang peserta Pertukaran Hadiah? dan Bagaimanakah boleh saya meluluskan semula peserta Pertukaran Hadiah? dalam FAQ Pertukaran Hadiah untuk maklumat lanjut.
DMCA
DMCA ialah akronim untuk Digital Millennium Copyright Act (Akta Hak Cipta Millenium Digital). Untuk maklumat lanjut mengenai akta ini dan polisi kami mengenai tuntutan DMCA, sila rujuk ke laman DMCA Policy kami (dalam Bahasa Inggeris).
FAQ
FAQ adalah akronim untuk Frequently Asked Question(s) (Soalan Lazim). FAQ memberikan jawapan untuk sesetengah soalan lazim para pengguna mengenai Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) dan boleh ditemui dengan memilih "About" (Tentang) dan kemudian "FAQ" (Soalan Lazim) pada menu di bahagian atas laman dalam skin laman utama (di bawah logo laman). Anda juga boleh menemui pelbagai Tutorial dalam indeks tersebut.
FPF
FPF ialah akronim untuk Fictional Person Fiction (atau Fictional People Fiction) (Fiksyen Orang Rekaan). Ini merangkumi hasil karya peminat mengenai watak rekaan seperti Lara Croft daripada permainan video Tomb Raider, atau gambaran rekaan orang sebenar seperti Abraham Lincoln dalam filem Abraham Lincoln: Vampire Hunter. Kategori-kategori fandom yang berkemungkinan mengandungi FPF di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) termasuk Anime & Manga, Buku-buku & Sastera, dan Filem.
Untuk maklumat lanjut, rujuk kepada laman FPF di Fanlore.
Pertukaran Hadiah
Di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), pertukaran hadiah adalah sebuah cabaran yang memadankan para peserta berdasarkan permintaan pendaftaran dan tawaran mereka. Para peserta kemudian akan mencipta hasil karya peminat untuk orang yang dipadankan dengan mereka dan menerima hasil karya yang dicipta untuk mereka sebagai balasan. Rujuk kepada FAQ Pertukaran Hadiah untuk maklumat lanjut.
Sejarah
Sejarah adalah log kepada setiap karya yang anda akses di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) semasa log masuk. Rujuk kepada FAQ Sejarah dan Ditanda untuk Kemudian untuk maklumat lanjut.
Kunjungan
Kunjungan adalah bilangan apabila sesebuah karya diakses. Rujuk kepada Apakah itu kunjungan? untuk maklumat lanjut.
Kudos
Kudos adalah sebuah token digital yang diberikan kepada sesebuah karya untuk memberitahu pereka karya berkenaan bahawa ia disukai. Rujuk kepada Apakah itu Kudos? untuk maklumat lanjut.
Ditanda untuk Kemudian
Ditanda untuk Kemudian adalah subseksyen Sejarah anda. Ia adalah satu pilihan yang membolehkan anda ingin simpan untuk dibaca kemudian. Rujuk kepada href="/faq/history-and-mark-for-later#markforlater">Apakah fungsi butang "Mark for Later" (Ditanda untuk Kemudian)? untuk maklumat lanjut.
Metatag
Metatag adalah tag kanon dengan subtag dibawahnya yang digunakan untuk mengumpulkan tag yang berkaitan untuk memudahkan pelayaran. Apabila anda menapis menggunakan metatag, semua karya yang ditag dengan kedua-dua metatag (dan sinonimnya) dan subtag (dan sinonimnya) akan muncul. Beberapa metatag menghubungkan fandom dan watak yang berkaitan, cth. Star Trek, manakala yang lain akan berfungsi sebagai tag-tag kurang jelas untuk mengumpulkan istilah-istilah yang tidak berkaitan, cth. Alternate Universe (Alam Semesta Alternatif). Alternate Universe (Alam Semesta Alternatif) akan merangkumi tag semua tag tambahan tidak berkaitan yang mungkin merujuk kepada Alternate Universe, sepertiAlternate Universe - Flower Shop atau Alternate Universe - Spies & Secret Service. Rujuk kepada FAQ Tag untuk maklumat lanjut.
Koleksi yang Diselaras
Di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), koleksi yang diselaras adalah koleksi yang memerlukan kelulusan pemilik atau penyelaras sebelum karya yang dihantar muncul dalam koleksi tersebut. Rujuk kepada Apakah maksud koleksi yang Terbuka atau Tertutup, Diselaras atau Tidak Diselaras, Belum Dipamerkan, atau Tanpa Nama? untuk maklumat lanjut.
Akaun Yatim
"Orphan_account" ("Akaun yatim") adalah nama pengguna dan pseud utama yang dicipta khas untuk mana-mana karya yang diyatimkan di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Semua karya yang diyatimkan dipindahkan secara kekal ke akaun ini. Sebarang komen atau balasan yang mungkin ditinggalkan oleh pereka pada karya sebelum karya tersebut diyatimkan juga dipindahkan ke orphan_account. Sekiranya pengguna memilih untuk menyimpan nama samaran yang dikaitkan dengan karya mereka semasa diyatimkan, semua karya dan komen akan dipaparkan sebagai PSEUD (orphan_account).
Untuk maklumat lanjut, rujuk kepada FAQ Meyatimkan.
Meyatimkan
Meyatimkan adalah pilihan alternatif kepada pemadaman sesebuah karya sepenuhnya. Meyatimkan karya akan memisahkan akaun anda daripada karya-karya anda secara kekal, tetapi karya-karya tersebut akan terus ada dan boleh diakses di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) untuk pengguna dan pelawat yang lain. Rujuk kepada FAQ Meyatimkan untuk maklumat lanjut.
OTW
"OTW" adalah akronim untuk Organization for Transformative Works (Organisasi Karya-karya Transformatif) yang merupakan organisasi induk Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). OTW adalah sebuah organisasi bukan keuntungan yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh para peminat, didedikasikan untuk akses kepada hasil karya peminat dan pemeliharaan sejarah dan budaya peminat. Rujuk kepada Laman Mengenai OTW untuk maklumat lanjut tentang OTW, dan Visi dan Misi OTW untuk maklumat lanjut mengenai perkara yang diperjuangkan oleh OTW.
Pinch Hit / Pinch Hitter
Pinch hit (Gantian) atau pinch hitter (pengganti) yang juga dikenali sebagai "write-in giver," adalah seseorang yang diminta mengambil alih tempat orang lain. Di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), istilah ini digunakan untuk merujuk kepada orang-orang yang ditugaskan untuk menghasilkan karya hasil peminat apabila orang yang ditugaskan pada asalnya tidak menyelesaikan karya mereka dan tidak dapat terus mengambil bahagian. Para pengganti tidak perlu mendaftar untuk cabaran berkenaan, tetapi mesti mempunyai akaun AO3. Rujuk kepada Bagaimanakah cara menugaskan pinch hitter? untuk maklumat lanjut.
Podfic
Fanlore menjelaskan podfic sebagai "rakaman audio fanfic, dibaca nyaring oleh seorang (atau beberapa orang) peminat."
Kami mencadangkan menggunakan tag Podfic apabila menerbitkan podfic di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) supaya orang lain dapat mencari karya anda dengan mudah. Untuk mendapatkan bantuan lanjut mengenai penerbitan podfic, rujuk kepada Bagaimanakah cara saya menerbitkan kandungan audio, seperti podficatau senarai main? dalam FAQ Penerbitan dan Pengeditan.
Idea Ringkas
Di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), idea ringkas adalah permintaan yang dihantar kepada pertukaran hadiah atau prompt meme oleh seorang peserta. Idea ringkas bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pereka hasil karya peminat yang lain, dan sering diberikan dalam bentuk penerangan bertulis. Penerangan ini mungkin dalam bentuk latar, senario, atau trop, seperti "Middle Earth", "watak-watak dalam kumpulan muzik", atau "AU 1920-an". Para peserta pertukaran hadiah akan ditugaskan kepada orang lain, dan mesti memenuhi salah satu idea ringkas mereka. Para peserta prompt meme pula boleh memilih untuk menuntut dan
memenuhi satu atau lebih idea ringkas.
Rujuk kepada Bagaimanakah cara menyertai pertukaran hadiah?, Bagaimanakah cara menambah idea ringkas untuk Prompt Meme?, dan Bagaimanakah cara menuntuk idea ringkas? untuk maklumat lanjut.
Prompt Meme
Di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), prompt meme adalah sebuah cabaran di mana para peserta boleh menyumbang satu atau lebih idea ringkas hasil karya peminat yang boleh dipilih oleh peserta lain untuk dipenuhi. Rujuk kepada FAQ Prompt Meme untuk maklumat lanjut.
Nama Samaran & Nama Samaran Utama
Pseud (nama samaran) adalah singkatan untuk pseudonym, atau nama pena. Di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), nama samaran adalah nama tambahan pilihan untuk akaun anda. Apabila anda menerbit karya menggunakan nama samaran, nama samaran tersebut akan muncul bersama nama pengguna anda. Nama samaran utama anda adalah nama samaran yang digunakan untuk semua karya, komen, siri, dan penanda laman anda, melainkan anda memilih sebaliknya.
Sekiranya anda tidak memilih nama yang lain, nama pengguna anda akan digunakan sebagai nama samaran utama.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara nama samaran berfungsi dan digunakan di AO3, rujuk kepada FAQ Nama Samaran.
Cadangan
Rec adalah singkatan untuk recommendation (cadangan). Di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), Cadangan adalah subset Penanda Laman anda. Menanda laman sebagai Cadangan menunjukkan bahawa anda mencadangkan karya tersebut kepada pengguna lain. Rujuk kepada href="/faq/bookmarks#bookmarkrec">Apakah perbezaan antara penanda laman dan Cadangan? untuk maklumat lanjut.
RPF
RPF adalah akronim untuk Real Person Fiction atau Real People Fiction (Fiksyen Orang Sebenar). Ia merangkumi semua hasil karya peminat mengenai orang sebenar, seperti selebriti atau tokoh bersejarah. Kategori fandom yang mungkin mengandungi RPF di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) termasuk Selebriti & Orang Sebenar dan juga Muzik dan Kumpulan Muzik.
Untuk maklumat lanjut, rujuk kepada laman RPF di Fanlore.
Skin
Skin adalah templat gaya tersuai yang digunakan di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) dan dicipta dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan CSS. Terdapat dua jenis skin di AO3: skin laman dan skin khas. Skin laman mengubah rupa laman AO3 hanya apabila anda log masuk. Skin khas pula mengubah rupa karya anda untuk pengguna lain, tetapi mereka boleh mematikannya jika mereka mahu. Rujuk kepada Apakah itu skin? untuk maklumat lanjut.
Tag Sinonim
Tag sinonim, yang juga dikenali sebagai sinonim atau syn adalah tag yang mempunyai maksud yang sama dengan tag lain dan dipautkan pada tag kanon. Ini termasuk tag-tag dengan konsep yang berkaitan, tag-tag berkaitan dalam bahasa lain, variasi ejaan, atau nama panjang atau singkatan. Apabila anda memilih sebarang tag sinonim dalam suatu kumpulan, tapisan akan memberikan hasil tag kanon dan semua tag sinonim yang lain. Sebagai contoh, strong>Yuri!!! on Ice (Anime) adalah tag kanon. ユーリ!!! on ICE, yuri on ice, dan yoi - Fandom ialah tag sinonim untuk tag kanon tersebut, dan carian Yuri!!! On Ice (Anime) akan memberikan hasil daripada semua tag sinonim ini. Rujuk kepada Bagaimanakah tag kanon berfungsi? untuk maklumat lanjut.
Subtag
Subtag adalah tag kanon di bawah sebuah metatag. Apabila anda menapis subtag, anda akan mendapat hasil daripada semua karya yang ditag dengan subtag tersebut dan tag sinonimnya, tetapi anda tidak akan melihat hasil karya yang ditag dengan metatag tersebut (melainkan kedua-dua jenis tag telah digunakan untuk karya tersebut). Sebagai contoh, Fire Emblem Series adalah tag kanon. Fire Emblem Heroes, Fire Emblem Engage, dan Fire Emblem: The Sacred Stones adalah semua subtag daripada tag kanon tersebut. Carian karya menggunakan mana-mana subtag tersebut akan hanya menunjukkan hasil karya dengan subtag tersebut atau tag sinonim mereka, dan bukan semua karya dalam metatag Fire Emblem Series. Walau bagaimanapun, carian metatag Fire Emblem Series akan memberikan hasil daripada semua subtagnya, termasuk Fire Emblem Heroes, Fire Emblem Engage, dan Fire Emblem: The Sacred Stones. Rujuk kepada Mengapakah hasil karya saya muncul dalam senarai tag yang saya tidak gunakan? untuk maklumat lanjut.
Tag
Tag adalah kata kunci atau frasa yang ditambahkan kepada hasil karya peminat atau penanda laman untuk memberikan maklumat mengenai hasil karya peminat berkenaan dan menjadikan karya tersebut lebih mudah dicari. Rujuk kepada FAQ Tag untuk maklumat lanjut.
Set Tag
Set tag adalah tag "himpunan" yang boleh digunakan untuk menjalankan Prompt Memes atau Pertukaran Hadiah, tetapi disediakan secara berasingan. Set tag membolehkan cabaran untuk memasukkan tag yang tidak wujud pada masa ini di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), sambil turut membenarkan akses kepada tag sedia ada. Set tag juga boleh digunakan untuk mengehadkan tag yang tersedia untuk digunakan dalam cabaran kepada subset tertentu, sama ada dicalonkan oleh para pengguna atau dipilih oleh pemilik set teg. Rujuk kepada FAQ Set Tag untuk butiran lanjut.
Penyelaras Tag
Penyelaras tag adalah sekumpulan sukarelawan yang mengatur (atau menyelaras) tag di belakang tabir. Rujuk kepada Bagaimanakah tag diatur? untuk maklumat lanjut.
ToS
"ToS" adalah akronim untuk Terms of Service (Syarat-syarat Perkhidmatan) yang merupakan persetujuan antara anda dan OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) yang mengawal penggunaan Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) anda. Untuk maklumat lanjut, rujuk kepada laman Syarat-syarat Perkhidmatan atau FAQ Syarat-syarat Perkhidmatan.
