Apakah itu Sejarah saya?
Sejarah anda ialah log untuk segala-gala karya yang anda pernah akses dalam Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) sepanjang anda telah log masuk. Log ini disusun mengikut tarikh (karya yang paling baru diakses didahulukan). Tarikh bilakah anda mengakses sesebuah karya dan berapa kali anda mengaksesnya dapat dicari di bawah work blurb karya tersebut. Jika anda telah menggunakan ciri “Mark for Later” (Tanda untuk Kemudian), anotasi “Marked for Later” (Ditanda untuk Kemudian) juga akan dipaparkan dalam kurungan. Sila layari Apakah fungsi butang “Mark For Later”? untuk lebih maklumat tentang ciri ini.
Fungsi Sejarah tersebut diaktifkan secara automatik. Untuk mematikannya, sila kunjungi seksyen Miscellaneous (Lain-Lain) dalam halaman Preferences (Pilihan) anda, keluarkan tanda semak dari kotak di tepi “Turn on Viewing History” (Aktifkan Sejarah Bacaan), kemudian tekan butang “Update” (Kemas Kini) pada bahagian bawah laman. Segala karya yang diakses oleh anda selepas ini tidak akan direkodkan, dan Sejarah lama anda tidak akan dapat diakses semula. Harap maklum yang ini juga akan mematikan ciri Tanda untuk Kemudian dan senarai Ditanda untuk Kemudian anda tidak akan dapat diakses. Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada FAQ Pilihan.
Di manakah boleh saya mencari Sejarah saya?
Setelah anda log masuk, pilih sapaan yang terpapar (“Hi (Hai), [name samaran]!”) dan pilih “My History” (Sejarah Saya) dari menu. Sekiranya anda berada di Dashboard (Papan Pemuka) anda, anda juga boleh memilih “Sejarah” dalam bar navigasi (terletak pada bahagian atas halaman apabila anda menggunakan peranti mudah alih). Sekiranya anda mempunyai karya dalam senarai “Marked for Later” (Ditanda untuk Kemudian) anda, anda boleh mengakses senarai ini menggunakan butang “Marked for Later” pada halaman Sejarah anda. Laman Utama anda juga akan memaparkan pilihan karya yang telah ditanda untuk kemudian, berikutan dengan pautan kepada “My History”. Sila rujuk kepada Apakah fungsi butang “Mark For Later”? dan soalan-soalan seterusnya untuk maklumat lanjut tentang ciri ini.
Bagaimanakah saya mengedit Sejarah saya?
Anda boleh memadamkan karya individu dari Sejarah anda, memadamkan Sejarah anda sepenuhnya, ataupun mematikan fungsi ini sepenuhnya.
Untuk memadamkan Sejarah anda sepenuhnya, pergi ke halaman Sejarah anda dan pilih butang “Clear History” (Padamkan Sejarah). Harap maklum bahawa pilihan ini tidak dapat dibatalkan dan ia juga akan memadamkan senarai Marked for Later (Ditanda untuk Kemudian) anda.
Fungsi Sejarah adalah diaktifkan secara automatik. Untuk mematikannya, sila kunjungi seksyen Miscellaneous (Lain-Lain) dalam halaman Preferences (Pilihan) anda, keluarkan tanda semak dari kotak di tepi “Turn on Viewing History” (Aktifkan Sejarah Bacaan), kemudian tekan butang “Update” (Kemas Kini) pada bahagian bawah laman. Semua karya yang diakses oleh anda selepas ini tidak akan direkodkan, dan Sejarah lama anda tidak akan dapat diakses semula. Harap maklum yang ini juga akan mematikan ciri Mark for Later (Tanda untuk Kemudian) dan senarai Ditanda untuk Kemudian anda tidak akan dapat diakses. Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada FAQ Pilihan.
Sekiranya anda menghidupkan semula Sejarah anda, Sejarah lama dan senarai Tanda untuk Kemudian akan dibuka aksesnya semula. Sekiranya anda ingin memadam kesemuanya, sila pastikan anda padamkan Sejarah anda sebelum mematikan fungsi ini.
Bagaimanakah saya memadam karya tertentu sahaja tanpa memadamkan Sejarah saya sepenuhnya?
Pada halaman History (Sejarah), cari karya yang anda ingin padamkan dan pilih butang "Delete from History" (Padamkan dari Sejarah) yang terdapat pada work blurb karya tersebut. Sekiranya anda pernah menyertakan karya ini dalam senarai Marked for Later (Ditanda untuk Kemudian) anda, pemadaman karya ini dari Sejarah anda juga akan memadamkannya dari senarai tersebut.
Anda juga boleh memadamkan karya dari Sejarah dan senarai Ditanda untuk Kemudian anda sekiranya ia muncul di bahagian “Is it later already?” (Ingin baca sekarang?) Laman Utama anda. Untuk berbuat demikian, pilih butang “Delete from History” (Padamkan dari Sejarah) di bawah work blurb karya tersebut. Ini akan memadamkan karya tersebut dari kedua-dua Sejarah dan senarai Ditanda untuk Kemudian anda.
Bolehkah saya membuat carian dalam Sejarah saya?
Fungsi membuat carian dari dalam Sejarah anda tidak dapat dilakukan pada masa ini, dan kami kini tiada rancangan untuk menyediakan fungsi ini. Tetapi anda boleh menggunakan fungsi carian dalam pelayar Internet anda untuk mencari kata kunci dalam halaman tersebut.
Apakah fungsi butang “Mark for Later” (Tanda untuk Kemudian)?
Apabila anda menggunakan butang “Tanda untuk Kemudian” dalam halaman sesebuah karya, karya tersebut akan disertakan dalam senarai Marked for Later (Tanda untuk Kemudian) anda. Sebaik sahaja karya disertakan, butang tersebut akan berubah menjadi "Mark as Read" (Tandakan Sebagai Telah Dibaca).
Senarai "Marked for Later" anda ialah sebuah subseksyen History (Sejarah) anda dan ia membenarkan anda untuk menandakan karya yang anda ingin kembali membaca pada masa akan datang. Tiga buah karya dari senarai ini akan dipilih secara rawak dan dipaparkan pada Laman Utama anda, jika anda telah log masuk, atau anda boleh mengakses senarai ini di mana sahaja anda boleh mengakses Sejarah anda. Rujuk kepada Bagaimanakah saya mengakses karya yang telah saya tandakan untuk kemudian? untuk maklumat lanjut.
Siapakah yang boleh mengakses Sejarah atau senarai Ditanda untuk Kemudian saya?
Hanya anda yang boleh mengakses Sejarah dan senarai Ditanda untuk Kemudian anda. Ia tidak terbuka kepada orang lain di laman ini, termasuk pihak penyelaras laman.
Bagaimanakah saya mengakses karya yang telah saya tandakan untuk kemudian?
Anda boleh mengakses senarai Marked for Later (Ditanda untuk Kemudian) anda melalui halaman History (Sejarah) anda. Setelah anda log masuk, pilih sapaan yang terpapar (“Hi (Hai), [name samaran]!”) dan pilih “My History” (Sejarah Saya) dari menu. Sekiranya anda berada di Dashboard (Papan Pemuka) anda, anda juga boleh memilih “Sejarah” dalam bar navigasi (terletak di bahagian atas halaman apabila anda menggunakan peranti mudah alih). Dari Laman Utama anda, anda boleh memilih pautan "My History" dalam bahagian “Is it later already?” (Ingin baca sekarang?).
Sebaik sahaja anda berada di halaman Sejarah anda, pilih butang "Marked for Later" (Ditanda untuk Kemudian) di bahagian atas halaman.
Anda juga boleh mengakses sesebuah karya anda telah tanda untuk kemudian terus melalui Laman Utama—sekiranya ia muncul dalam senarai “Is it later already?” (Ingin baca sekarang?) yang dijana secara rawak—dengan memilih pautan tajuk karya tersebut di sana.
Mengapakah tiada butang “Mark for Later” pada sesebuah karya?
Ciri Ditanda untuk Kemudian, termasuk butang-butang "Mark for Later" (Tanda untuk Kemudian) dan "Mark as Read" (Tandakan Sebagai Telah Dibaca) hanya terdapat pada karya pengguna lain sekiranya anda telah log masuk dan Sejarah anda diaktifkan (Bagaimanakah saya mengaktifkan/mematikan Sejarah saya?).
Apabila anda telah log masuk dan Sejarah anda diaktifkan, anda mungkin pernah sertakan karya tersebut dalam senarai Ditanda untuk Kemudian anda. Satu cara mudah untuk memeriksa kejadian tersebut adalah untuk memeriksa halaman bab ataupun karya tersebut. Sekiranya anda pernah menyertakannya dalam senarai anda, sebuah butang “Tandakan Sebagai Telah Dibaca” akan muncul pada bahagian atas dan bahagian bawah halaman bab/karya tersebut.
Mengapakah sesebuah karya yang saya baru sahaja tanda untuk kemudian tidak berada dalam senarai saya?
Kemas kini maklumat tidak akan dipaparkan secara segera dalam senarai Marked for Later (Ditanda untuk Kemudian) anda; ia mungkin akan mengambil masa sehingga setengah jam. Semak lagi kemudian dan karya-karya tersebut akan pasti berada dalam senarai tersebut.
Bagaimanakah saya memadam sebuah karya dari senarai Marked for Later (Ditanda untuk Kemudian) saya?
Untuk memadam sesebuah karya dari senarai Ditanda untuk Kemudian anda, layari halaman karya tersebut dan pilih butang "Mark as Read" (Tandakan Sebagai Telah Dibaca) pada bahagian atas atau bahagian bawah halaman tersebut. Karya tersebut akan dipadam dari senarai Ditanda untuk Kemudian anda, tetapi akan kekal dalam Sejarah anda. Harap maklum bahawa ia akan mengambil masa untuk senarai anda untuk dikemas kini.
Untuk memadam karya dari senarai Ditanda untuk Kemudian dan Sejarah anda, anda boleh memilih butang "Delete from History" (Padamkan dari Sejarah) dalam work blurb pada halaman Ditanda untuk Kemudian anda, atau di bawah work blurb karya tersebut pada bahagian “Is it later already?” (Ingin baca sekarang?) dalam Laman Utama anda. Harap maklum bahawa pemadaman sesebuah karya dari senarai Ditanda untuk Kemudian anda juga akan memadamkannya dari Sejarah anda, dan sebaliknya.
Bagaimanakah saya memadamkan Sejarah saya, tetapi senarai Marked for Later (Ditanda untuk Kemudian) saya dikekalkan?
Pada masa ini, ia tidak mungkin untuk memadamkan History (Sejarah) anda tanpa turut memadamkan senarai Marked for Later anda, kerana kedua-dua senarai ini berkait rapat.
Di manakah boleh saya mendapat maklumat lanjut sekiranya soalan saya tidak dijawab dalam FAQ ini?
Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah dijawab dalam FAQ AO3 dan beberapa istilah umum dijelaskan dalam Glosari. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh merujuk kepada Isu Yang Diketahui. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Bantuan.
