Di manakah boleh saya melihat opsyen Pilihan?
Apabila anda sudah log masuk, sila pilih sapaan ("Hi (Hai), [nama pengguna]!") dan pilih "My Preferences" (Pilihan Saya) dari menu. Jika anda berada di laman Dashboard (Papan Pemuka), anda juga boleh ke laman tersebut dengan memilih "Preferences" (Pilihan) di bar sisi (yang boleh dijumpai di bahagian atas laman jika anda menggunakan peranti mudah alih).
Bagaimanakah cara saya mengubah maklumat peribadi yang dipapar di profil saya?
Anda boleh mencari pilihan yang melibatkan privasi di bahagian Privacy (Privasi) di laman Preferences (Pilihan).
Show my email address to other people -Tunjukkan alamat e-mel saya kepada orang lain
Apabila pilihan ini diaktifkan, alamat e-mel yang berkaitan dengan akaun anda akan tersedia secara terbuka di halaman profil pengguna. Tersedia secara terbuka bermaksud seseorang itu tidak perlu log masuk untuk mengakses maklumat ini.
Untuk mengaktifkan pilihan ini, sila tanda kotak semak yang terdapat di bahagian tepi, dan pilih butang "Update" (Kemas Kini) di bahagian bawah laman.
Untuk menyahaktifkan, nyahtanda kotak semak dan pilih butang "Update".
Hal ini mungkin akan menyebabkan alamat e-mel anda dapat dilihat oleh spammerdan bot.
Show my date of birth to other people - Tunjuk tarikh lahir saya kepada pengguna lain
Apabila pilihan ini diaktifkan, tarikh lahir yang berkaitan dengan akaun anda akan tersedia secara terbuka di halaman profil pengguna. Tersedia secara terbuka bermaksud seseorang itu tidak perlu log masuk untuk mengakses maklumat ini.
Untuk mengaktifkan pilihan ini, sila tanda kotak semak yang terdapat di bahagian tepi, dan pilih butang "Update" di bahagian bawah laman. Untuk menyahaktifkan pilihan ini, sila nyahtanda kotak semak dan pilih butang "Update".
Bagaimanakah cara saya menyembunyikan karya daripada pengguna yang bukan ahli AO3?
Sila rujuk kepada Bagaimana cara saya mengawal siapa yang boleh mengakses karya saya? untuk maklumat mengenai cara untuk menghadkan akses karya anda kepada pengguna Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) sahaja.
Hide my work from search engines when possible - Sembunyikan karya saya daripada enjin carian jika mungkin
Mengaktifkan pilihan ini akan menyebabkan enjin carian untuk tidak mengindeks halaman pengguna anda. Sila ambil perhatian bahawa tidak semua enjin carian akan mematuhi tetapan ini. Oleh itu, adalah mustahil untuk memastikannya. Halaman-halaman yang menyenaraikan karya anda—sebagai contoh, halaman karya utama—mungkin juga diindeks.
Untuk mengaktifkan pilihan ini, sila tanda kotak semak yang terdapat di bahagian tepi, dan pilih butang "Update" (Kemas Kini) di bahagian bawah laman. Untuk menyahaktifkan pilihan ini, sila nyahtanda kotak semak dan pilih butang "Update".
Jika anda ingin mengelakkan karya-karya anda daripada diindeks dalam apa jua keadaan, kami mengesyorkan anda menghadkan karya anda kepada pengguna AO3 sahaja.
Hide the share buttons on my work - Sembunyikan butang kongsi pada karya saya
Mengaktifkan pilihan akan menyembunyikan butang "Share" (Kongsi) yang memberikan cara pantas kepada pengguna untuk menerbitkan butiran tentang karya anda kepada laman luaran seperti Twitter dan Tumblr.
Menyahaktifkan butang "Share" pada karya yang mempunyai lebih daripada satu pengarang memerlukan semua pengarang untuk memilih tetapan ini.
Untuk mengaktifkan pilihan ini, sila tanda kotak semak yang terdapat di bahagian tepi, dan pilih butang "Update" di bahagian bawah laman. Untuk menyahaktifkan pilihan ini, sila nyahtanda kotak semak dan pilih butang "Update".
Sila ambil perhatian bahawa apabila anda menerbitkan karya dalam talian, orang lain masih boleh berkongsi pautan ke karya anda daripada laman web lain. Jika anda ingin menghadkan akses kepada karya anda, kami mengesyorkan anda menghadkan karya anda kepada pengguna AO3 sahaja.
Bagaimanakah cara saya mematikan pengesahan untuk mengakses kandungan dewasa?
Anda akan menjumpai pilihan "Show me adult content without checking" (Tunjukkan saya kandungan dewasa tanpa pengesahan) di bahagian Display (Paparan) pada laman Preferences (Pilihan) anda.
Apabila pilihan ini diaktifkan, anda tidak akan diminta untuk mengesahkan bahawa anda ingin mengakses karya yang dilabel sebagai
Mature (Kandungan Matang), Explicit (Kandungan Eksplisit) atau Not Rated (Tidak Ditaraf) sebelum karya tersebut ditunjukkan.
Untuk mengaktifkan pilihan ini, sila tanda kotak semak yang terdapat di bahagian tepi, dan pilih butang "Update" di bahagian bawah laman. Untuk nyahaktif pilihan ini, sila nyahtanda kotak semak dan pilih butang "Update".
Untuk maklumat lanjut, rujuk kepada Bahagian Polisi Umur pada FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan .
Bagaimanakah cara saya membuka seluruh karya dan bukannya mengikut bab?
Anda akan menjumpai pilihan "Show the whole work by default" (Tunjukkan seluruh karya secara automatik) di bahagian Display (Paparan) di laman Preferences (Pilihan) anda.
Apabila pilihan ini diaktifkan, karya yang mempunyai banyak bab akan dipaparkan di satu laman sahaja. Anda boleh memilih "View chapter by chapter" (Tunjukkan bab demi bab) di karya individu jika diingini.
Untuk mengaktifkan pilihan ini, sila tanda kotak semak yang terdapat di bahagian tepi, dan pilih butang "Update" di bahagian bawah laman. Untuk menyahaktifkan pilihan ini, sila nyahtanda kotak semak dan pilih butang "Update".
Bagaimanakah boleh saya mengubah cara karya dan tag dipaparkan?
Anda akan menjumpai pilihan tersebut di bahagian Display (Paparan) di laman Preferences (Pilihan) anda.
Hide warnings (you can still choose to show them) - Sembunyikan amaran (anda masih boleh memilih untuk memaparkannya)
Apabila pilihan ini diaktifkan, tag amaran di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) akan disembunyikan secara automatik. Anda boleh memilih "Show Warnings" (Paparkan Amaran) untuk paparkan amaran tersebut untuk karya tertentu.
Untuk mengaktifkan pilihan ini, sila tanda kotak semak yang terdapat di bahagian tepi, dan pilih butang "Update" (Kemas Kini) di bahagian tepi laman. Untuk menyahaktifkan pilihan ini, sila nyahtanda kotak semak dan pilih butang "Update".
Hide additional tags (you can still choose to show them) - Sembunyikan tag tambahan (anda masih boleh memilih untuk memaparkannya)
Apabila pilihan ini diaktifkan, tag tambahan pada sesebuah karya akan disembunyikan secara automatik. Anda boleh memilih "Show Additional Tags" (Paparkan Tag Tambahan) untuk memaparkannya di karya tertentu.
Untuk mengaktifkan pilihan ini, sila tanda kotak semak yang terdapat di bahagian tepi, dan pilih butang "Update" di bahagian bawah laman. Untuk nyahaktifkan pilihan ini, sila nyahtanda kotak semak dan pilih butang "Update".
Untuk maklumat lanjut tentang tag tambahan, sila ke Apakah jenis-jenis tag yang berlainan ?
Hide Work Skins (you can still choose to show them) - Sembunyikan penyunting rupa grafik (skins) karya (anda masih boleh memilih untuk memaparkannya)
Apabila pilihan ini diaktifkan, penyunting rupa grafik tertentu yang ditetapkan oleh pengguna lain untuk karya mereka tidak akan dipaparkan.
Anda boleh memilih butang "Show Creator's Style" (Tunjukan Gaya Penulis) untuk menulis ganti pilihan ini di karya individu.
Untuk mengaktifkan pilihan ini, sila tanda kotak semak yang terdapat di bahagian tepi, dan pilih butang "Update" di bahagian bawah laman. Untuk menyahaktifkan pilihan ini, sila nyahtanda kotak semak dan pilih butang "Update".
Untuk maklumat lanjut tentang penyunting rupa grafik (skins), sila ke FAQ Penyunting Rupa Grafik dan Antara MukaAO3.
Bagaimankah cara saya mengubah maklumat di bar tajuk di laman?
Anda akan menjumpai pilihan "Browser page title format" (Format tajuk laman pelayar) di bahagian bawah bahagian Display (Paparan) di laman Preferences (Pilihan) anda.
Di sini anda boleh mengubah maklumat tajuk laman karya seperti yang dipaparkan di pelayar anda. Terdapat tiga set pembolehubah; anda boleh menggunakan mana-mana atau kesemuanya dalam mana-mana susunan yang paling membantu anda. Sila ambil perhatian bahawa nama laman web sentiasa akan dipaparkan di bahagian akhir, sebagai "[Archive of Our Own]."
Pembolehubah tersebut adalah (dalam huruf besar):
- TITLE (Tajuk)
- Tajuk karya.
- AUTHOR (Pengarang)
- Nama samaran (dan nama pengguna) pengarang karya
- FANDOM (Fandom)
- Nama fandom dimana karya tersebut ditempatkan. Jika lebih daripada satu fandom disenaraikan, ini boleh menjadi "Multifandom" (Multifandom).
Format tajuk karya hanya boleh mengandungi huruf, nombor, jarak dan beberapa tanda baca terhad (koma, noktah, sempang, garis bawah). Contohnya:
TITLE - AUTHOR - FANDOM
Ini adalah format asal.
TITLE - AUTHOR
Tidak termasuk fandom.
FANDOM_AUTHOR_TITLE
Mulakan dengan fandom, kemudian dengan pengarang, dan tajuk bersama dengan garis bawah.
Bagaimanakah cara saya menetapkan zon waktu?
Di bahagian Display (Paparan) di laman Preferences (Pilihan) anda, menu dapat dijumpai di sebelah label "Your time zone" (Zon waktu anda), dimana anda boleh menetapkan zon waktu anda.
Memilih zon waktu membolehkan laman web memaparkan maklumat masa dan tarikh setempat.
Zon waktu asal adalah GMT-05: 00 (Waktu Timur AS & Kanada).
Bagaimanakah saya boleh mengubah cara saya menerima pemberitahuan komen?
Pilihan tersebut boleh dijumpai di bahagian Comment (Komen) di laman Preferences (Pilihan) anda.
- Turn off emails about comments (Matikan e-mel tentang komen)
- Aktifkan pilihan ini sekiranya anda tidak ingin menerima makluman e-mel apabila seseorang memberi komen pada karya anda atau membalas komen yang telah anda buat. Pemberitahuan komen akan dihantar kepada peti masuk Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) anda, melainkan anda telah memilih untuk nyahaktifkan pilihan tersebut.
- Turn off messages to your inbox about comments (Matikan pemberian mesej kepada peti masuk tentang komen)
- Aktifkan pilihan ini jika anda tidak ingin menerima pemberitahuan dalam peti masuk AO3 anda apabila seseorang memberi komen pada karya anda atau membalas komen yang telah anda buat. Pemberitahuan komen masih akan dihantar kepada anda kecuali sekiranya anda telah memilih untuk menyahaktifkannya.
- Turn off copies of your own comments (Matikan salinan untuk komen anda sendiri)
- Aktifkan pilihan ini jika anda tidak ingin menerima e-mel untuk komen anda sendiri (sebagai contoh, apabila anda membalas komen pada karya anda sendiri).
- Pilihan ini diaktifkan secara automatik.
- Turn off emails about kudos (Matikan e-mel tentang kudos)
- Aktifkan pilihan ini jika anda memilih untuk tidak menerima pemberitahuan e-mel apabila seseorang meninggalkan kudos pada karya anda.
Pilihan berikut boleh dijumpai di bahagian Collections, Challenges and Gifts (Koleksi, Cabaran dan Hadiah) di laman Preference (Pilihan) anda.
- Turn off emails from collections (Matikan e-mel daripada koleksi)
- Aktifkan pilihan ini jika anda tidak ingin menerima makluman e-mel daripada koleksi, seperti pemberitahuan apabila karya tersembunyi didedahkan. Pemberitahuan akan dihantar ke peti masuk AO3 anda melainkan anda memilih untuk menyahaktifkannya.
- Turn off inbox messages from collections (Matikan mesej peti masuk daripada koleksi)
- Aktifkan pilihan ini jika anda memilih untuk tidak menerima pemberitahuan dalam peti masuk AO3 anda daripada koleksi, seperti pemberitahuan apabila karya tersembunyi didedahkan. Pemberitahuan akan dihantar kepada anda melainkan anda memilih untuk menyahaktifkannya.
- Turn off emails about gift works (Matikan e-mel tentang karya hadiah)
- Aktifkan pilihan ini jika anda lebih memilih untuk tidak menerima makluman e-mel apabila seseorang memberi hadiah kepada anda. Pemberitahuan masih akan dipaparkan pada halaman Gifts (Hadiah).
Untuk mengaktifkan pilihan ini, sila tanda kotak semak yang terdapat di bahagian tepi, dan pilih butang "Update" di bahagian bawah laman. Untuk menyahaktifkan pilihan ini, sila nyahtanda kotak semak dan pilih butang "Update".
Bagaimanakah saya boleh membenarkan orang lain menambahkan saya sebagai pengarang bersama untuk karya atau siri?
Secara asal, pengguna tidak dapat menambahkan anda sebagai pengarang bersama kepada karya atau siri baru. Untuk membolehkan pengguna lain menambah anda sebagai pengarang bersama, ikuti langkah berikut:
- Apabila anda log masuk, pilih "My Preferences" (Pilihan Saya) dari "Hi (Hai), [terjemahan nama pengguna]!" menu di bahagian atas halaman. Jika anda di Dashboard (Papan Pemuka), anda juga boleh memilih "Preferences" di bar sisi navigasi (terdapat di bahagian atas halaman semasa anda menggunakan peranti mudah alih).
- Pergi ke seksyen Privacy (Privasi).
- Tandakan kotak di sebelah"Allow others to invite me to be a co-creator" (Benarkan orang lain menjemput saya untuk menjadi pengarang bersama).
- Pilih butang "Update" (Kemas Kini) di bahagian bawah halaman. Mengemas kini pilihan anda akan mengembalikan anda ke Dashboard.
Apabila pilihan ini diaktifkan, anda akan menerima pemberitahuan e-mel setiap kali seseorang menjemput anda untuk disenaraikan sebagai pegarang bersama pada karya atau siri baru. Anda juga boleh mendapatkan semua jemputan pengarang bersama pada Dashboard di bawah"Creator Invitations" (Jemputan Pengarang).
Sekiranya anda tidak lagi mahu pengguna menjemput anda untuk menjadi pengarang bersama, ikuti langkah di atas dan nyahtandakan kotak di sebelah "Allow others to invite me to be a co-creator", dan pilih butang "Update". Mematikan pilihan ini secara automatik akan melarang penyenaraian anda sebagai pengarang bersama di mana-mana karya atau bab baru, dan anda tidak akan diberitahu tentang jemputan. Ini tidak akan menyingkirkan anda dari karya yang dibuat bersama sebelumnya dan juga tidak mempengaruhi mana-mana pengarang bersama yang lain. Bab baru yang anda karang bersama akan tetap diberi pengiktirafan kepada anda, dan anda atau pengarang bersama masih boleh menambah karya bersama ke siri.
Tetapan pilihan ini tidak akan menghalang pengarkib Open Doors (Open Doors) dari menambah akaun anda sebagai pengarang apabila mengimport arkib berisiko. Anda masih akan menerima pemberitahuan e-mel jika anda ditambahkan ke kerya dengan cara ini. Sekiranya anda ingin memberi penghargaan kepada pengarang bersama yang tidak mengaktifkan pilihan ini dan yang tidak dapat anda hubungi, anda mungkin mahu menggunakan halamanNotes (Nota). Lihat Bagaimana saya menambah pautan menggunakan tanda HTML? jika anda ingin memautkan ke halaman Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita) apabila memberi mereka penghargaan.
Bagaimanakah cara saya membolehkan orang lain untuk memasukkan karya saya ke dalam koleksi tanpa pengesahan setiap kali?
Secara automatik, jika pengguna lain meminta untuk menambah karya anda ke koleksi, anda akan diminta untuk mengesahkan atau menolak permintaan itu. Jika anda ingin pembaca dapat menambahkan karya anda ke koleksi tanpa menunggu pengesahan daripada anda, tandakan kotak semak di sebelah "Automatically agree to your work being collected by others in the Archive" (Setuju secara automatik apabila karya dimasukkan ke dalam koleksi orang lain di dalam Arkib) pada bahagian Collections, Challenges and Gifts (Koleksi, Cabaran dan Hadiah) di laman Preferences (Pilihan) anda dan pilih butang "Update" (Kemas Kini) di bahagian bawah laman. Untuk menyahaktifkan, nyahtanda kotak semak dan pilih butang "Update"
Perhatian: Ciri ini adalah dalam process pembangunan–pada masa ini, pengguna boleh menambah penanda laman pada koleksi, tetapi bukan karya itu sendiri. Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada Siapakah yang boleh menambah karya kepada koleksi? di dalam FAQ Koleksi dan Cabaran
Bagaimanakah cara saya mematikan/menghidupkan Sejarah saya?
Sejarah diaktifkan secara automatik. Ia boleh dinyahaktifkan di bahagian Miscellaneous (Pelbagai) pada halaman Preference (Pilihan) anda dengan menyahtanda kotak semak di sebelahnya dan memilih butang "Update" ("Kemas Kini") di bahagian bawah halaman.
History (Sejarah) anda menyimpan log setiap karya yang anda akses dalam Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) semasa dilog masuk. Anda boleh memadamkan karya individu dari Sejarah anda atau membersihkan Sejarah keseluruhan. Sekiranya anda mengaktifkan pilihan ini dan kemudian mematikannya, karya yang diakses sementara pilihan diaktifkan masih akan disimpan (tetapi anda perlu mengaktifkan Sejarah sekali lagi untuk mencarinya).
Sila ambil perhatian jika anda menyahaktifkan Sejarah anda, anda juga akan menyahaktifkan ciri Mark for Later (Tanda untuk Kemudian).
Maklumat lanjut: FAQ Sejarah dan Tanda untuk Kemudian.
Bagaimanakah boleh saya mematikan/menghidupkan banner di bahagian atas setiap halaman?
Terdapat dua jenis banner: banner"help" (bantuan) yang dipaparkan untuk pengguna baru dan bannerpemberitahuan. Pilihan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan bannerini terdapat di bahagian Miscellaneous (Pelbagai) di laman Preferences (Pilihan) anda.
Turn the new user help banner back on - Hidupkan banner untuk pengguna baharu
Ini diaktifkan secara automatik. Anda boleh mematikannya dengan menyahtanda kotak semak di sebelahnya dan memilih butang "Update" (Kemas Kini) di bahagian bawah halaman.
Menyahaktifkan pilihan ini akan mematikan maklumat bannerdan petunjuk untuk mula di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita)
Turn off the banner showing on every page - Matikan banner yang ditunjuk di setiap halaman
Kadangkala, kakitangan AO3 boleh memberitahu pengguna mengenai peristiwa penting atau perubahan dengan menyiarkan bannerdi semua halaman di laman web ini. Jika anda ingin membuang bannerini semasa anda log masuk, aktifkan pilihan ini dengan menyemak kotak semak di sebelahnya dan pilih butang "Update" (Kemas Kini) di bahagian bawah halaman. Ambil perhatian bahawa ini hanya menyembunyikan banneryang aktif pada masa anda mengaktifkan pilihan. Jika bannerdiubah, bannerbaru akan dipaparkan sehingga anda mengaktifkan pilihan ini lagi.
Apakah lagi yang boleh diakses di laman Pilihan?
Di penyunting rupa grafik asal, terdapat beberapa butang di bawah tajuk Set My Preferences (Tetapkan Pilihan Saya). Butang-butang ini membolehkan anda mengakses profil-profil lain dan halaman pilihan seperti yang digariskan dibawah.
Edit My Profile - Edit Profil Saya
Ini akan membawa anda ke laman Edit Profile (Edit Profil), dimana anda boleh mengubah maklumat yang dipaparkan apabila pengguna lain ke laman profil anda. Untuk maklumat lanjut, sila ke FAQ Profil.
Manage My Pseuds - Mengurus Nama Samaran Saya
Ini akan membawa anda ke laman Pseuds (Nama Samaran) di mana anda boleh mengakses dan edit Pseuds yang sedia ada atau menambah Pseud yang baharu. Untuk maklumat lanjut, sila ke FAQ Nama Samaran.
Change My User Name - Ubah Nama Pengguna Saya
Ini membawa anda ke laman Change My User Name (Ubah Nama Pengguna Saya)
Sila gunakan ciri ini dengan berhati-hati. Melainkan anda hanya menukar saiz huruf, kami tidak akan mengubah hala (redirect) nama pengguna lama anda kepada yang baru. Penanda halaman dan pautan luar ke laman pengguna lama anda, termasuk nama samaran yang dikaitkan dengan nama pengguna lama anda tidak akan berfungsi lagi. Nama lama juga boleh digunakan oleh orang lain yang dan dalam hal ini, pautan lama akan diarahkan kepada pengguna baru.
Untuk maklumat lanjut, sila ke FAQ Akaun Anda.
Orphan My Works - Yatimkan Karya Saya
Butang ini akan membawa anda ke laman Orphan Works (Yatimkan Karya) Penyatiman adalah kekal. Ia tidak boleh dibatalkan.
Kami tidak boleh menekankan hal ini dengan secukupnya. Dengan meyatimkana karya anda, anda telah secara kekal menyerahkan semua kawalan anda ke atas karya-karya anda, termasuklah keupayaan untuk edit atau memadam karya-karya tersebut.
Sekiranya anda ragu-rag, jangan melakukannya!
Untuk maklumat lanjut, sila ke FAQ Penyatiman.
Di manakah boleh saya mendapat maklumat lanjut sekiranya soalan saya tidak dijawab dalam FAQ ini?Di manakah boleh saya mendapat maklumat lanjut sekiranya soalan saya tidak dijawab dalam FAQ ini?
Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah dijawab dalam FAQ AO3 dan beberapa istilah umum dijelaskan dalam Glosari. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh merujuk kepada Isu Yang Diketahui. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Bantuan.
