Apakah itu Prompt Meme?
Prompt Meme adalah cabaran di mana para peserta boleh menghantar satu atau lebih idea ringkas bagi hasil karya peminat yang boleh dipilih untuk dipenuhi oleh peserta lain.
Di manakah boleh saya cari Prompt Meme?
Untuk mencari Prompt Meme:
- Pilih "Browse" (Layari) dan kemudian "Collections" (Koleksi) pada menu di bahagian atas mana-mana laman Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita) dalam skin laman web asal (di bawah logo laman web).
- Dari situ, pilih "Prompt Meme Challenge" (Cabaran Prompt Meme) sebagai jenis koleksi dalam penyaring di bahagian kanan laman pada desktop, atau melalui butang "Filters" (Penyaring) yang boleh didapati berhampiran bahagian atas laman pada peranti mudah alih. Jika anda tahu nama Prompt Meme tertentu, anda juga boleh mencarinya dengan memasukkan nama tersebut di bawah "Filter by title or name" (Tapis mengikut tajuk atau nama).
Jika anda telah menghantar atau menuntut idea ringkas dalam sebuah Prompt Meme, terdapat cara yang lebih mudah untuk mencarinya semula. Sila lihat Di manakah boleh saya cari Prompt Meme yang telah saya daftarkan? untuk maklumat lanjut.
Di manakah boleh saya cari Prompt Meme yang telah saya daftarkan?
Jika anda telah menghantar idea ringkas ke sebuah Prompt Meme:
- Log masuk dan pergi ke laman Sign-ups (Pendaftaran) anda dengan memilih sapaan “Hi (Hai), [nama pengguna]!" dan kemudian memilih "My Sign-ups" (Pendaftaran Saya) daripada menu.
- Pilih nama Prompt Meme berkenaan daripada senarai pendaftaran.
- Pilih "My Prompts" (Idea Ringkas Saya) daripada menu papan pemuka di sebelah kiri laman tersebut, atau di bahagian atas pada peranti mudah alih.
Sekiranya anda telah menuntut sebuah idea ringkas daripada sebuah Prompt Meme:
- Log masuk dan pergi ke papan pemuka anda dengan memilih sapaan “Hi (Hai), [nama pengguna]!" dan kemudian memilih "My Dashboard" (Papan Pemuka Saya) daripada menu, atau dengan memilih imej profil anda.
- Pilih "Claims (#)" (Tuntutan) daripada menu yang terdapat di sebelah kiri laman, atau di bahagian atas pada peranti mudah alih.
- Secara asal, ini akan membawa anda ke tuntutan anda yang belum dipenuhi. Untuk menyemak semula tuntutan anda yang sudah dipenuhi, pilih butang "Fulfilled Claims" (Tuntutan Sudah Dipenuhi) di bahagian atas laman tersebut.
- Pilih nama koleksi berkenaan daripada blurb idea ringkas yang telah anda tuntut.
Bolehkah saya mengambil bahagian dalam sebuah Prompt Meme tanpa akaun AO3?
Tidak. Untuk mengambil bahagian dalam sebuah Prompt Meme di Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita), anda memerlukan akaun. Untuk mendapatkan maklumat tentang cara membuat akaun, rujuk ke Bagaimanakah cara saya membuat akaun?
Penganjur Prompt Meme berkenaan mungkin boleh mengeluarkan jemputan kepada anda, atau anda boleh meminta jemputan secara langsung dengan memasukkan alamat e-mel anda di laman Invite Requests (Permintaan Jemputan). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke Soalan Lazim Jemputan.
Sekiranya anda sedang menjalankan sebuah Prompt Meme dan anda perlu meminta jemputan untuk para peserta, sila rujuk ke Bagaimanakah cara saya meminta jemputan untuk cabaran yang sedang saya jalankan ?
Bagaimanakah cara saya menambah idea ringkas kepada sebuah Prompt Meme?
Untuk mengambil bahagian dalam sebuah Prompt Meme, anda mesti mempunyai akaun Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita). Sila rujuk ke Bolehkah saya mengambil bahagian dalam sebuah Prompt Meme tanpa akaun AO3? untuk maklumat lanjut.
Apabila pendaftaran dibuka, pautan Prompt Form (Borang Idea Ringkas) akan muncul pada menu di sebelah kiri papan pemuka Prompt Meme tersebut, atau berhampiran bahagian atas pada peranti mudah alih. Isi borang berkenaan seperti yang diarahkan dan pilih "Submit" (Hantar). Pastikan anda menyemak laman profil Prompt Meme berkenaan dan bahagian atas borang pendaftaran tersebut untuk arahan-arahan atau syarat-syarat tambahan, dan pastikan perkara-perkara tersebut tidak anda lupakan sewaktu membuatidea ringkas anda!
Bagaimanakah cara saya menambah idea ringkas tanpa nama kepada sebuah Prompt Meme?
Untuk mengambil bahagian dalam sebuah Prompt Meme, anda mesti mempunyai akaun Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita). Sila rujuk ke Bolehkah saya mengambil bahagian dalam sebuah Prompt Meme tanpa akaun AO3? untuk maklumat lanjut.
Apabila pendaftaran dibuka, pautan Prompt Form (Borang Idea Ringkas) akan muncul pada menu di sebelah kiri papan pemuka Prompt Meme tersebut, atau berhampiran bahagian atas pada peranti mudah alih. Isi borang berkenaan seperti yang diarahkan. Pastikan anda menyemak laman profil Prompt Meme berkenaan dan bahagian atas borang pendaftaran tersebut untuk arahan-arahan atau syarat-syarat tambahan, dan pastikan perkara-perkara tersebut tidak anda lupakan semasa membuat idea ringkas anda!
Untuk membuat sebuah idea ringkas tanpa nama, tandakan kotak di sebelah "Semi-anonymous Prompt?" (Idea Ringkas Separuh Tanpa Nama?). Idea ringkas yang dihantar dengan kotak ini dtandakan akan muncul sebagai idea ringkas "by Anonymous" (oleh Tanpa Nama).
Sekiranya anda ingin mengaitkan nama pengguna anda dengan sebuah idea ringkas, nyahtandakan kotak di sebelah "Semi-anonymous Prompt?".
Setelah anda selesai mengisi borang berkenaan dan memilih sama ada anda ingin menjadikan idea ringkas anda tanpa nama, sila pilih "Submit" (Hantar).
Harap maklum bahawa ciri-ciri tanpa nama ini tidak selamat sepenuhnya. Para pengguna mungkin masih boleh dapat meneka identiti seseorang pengguna antara satu sama lain melalui idea ringkas yang dibuat oleh mereka.
Bagaimanakah cara saya mengedit idea ringkas saya?
Untuk mengedit idea ringkas anda:
- Log masuk dan pilih "My Sign-ups" (Pendaftaran Saya) daripada menu “Hi (Hai), [nama pengguna]!" di bahagian atas laman tersebut. Jika anda berada di papan pemuka anda, anda juga boleh memilih "Sign-ups (#)" (Pendaftaran) di bar sisi navigasi (terdapat di bahagian atas laman apabila anda menggunakan peranti mudah alih).
- Pilih butang "Edit Sign-up" (Edit Pendaftaran) di sebelah atau di bawah pendaftaran yang ingin anda edit. Ini akan membawa anda ke borang di mana anda boleh mengedit idea ringkas anda.
- Setelah anda selesai membuat perubahan anda, pilih butang "Update" (Kemas Kini) di bahagian bawah laman tersebut.
- Sila berhati-hati apabila mengedit sebuah idea ringkas yang sudah dituntut. Tiada mesej akan diberi jika anda mengedit sebuah idea ringkas yang sudah dituntut, dan oleh itu, pihak penuntut tidak akan menerima sebarang amaran bahawa idea ringkas yang mereka tuntut telah diedit.
Anda juga boleh mengedit idea ringkas secara individu:
- Log masuk dan pergi ke laman Sign-ups (Pendaftaran) anda dengan memilih sapaan "Hi (Hai), [nama pengguna]!" dan kemudian memilih "My Sign-ups" daripada menu.
- Pilih nama Prompt Meme untuk mengakses papan pemuka Prompt Meme berkenaan.
- Pilih "My Prompts" (Idea Ringkas Saya) untuk mengakses idea ringkas semasa anda bagi Prompt Meme berkenaan.
- Pilih "Edit Prompt" (Edit Idea Ringkas) di bawah rumusan idea ringkas yang ingin anda edit.
- Setelah anda selesai membuat perubahan anda, pilih butang "Update" di bahagian bawah laman tersebut.
- Sila berhati-hati apabila mengedit sebuah idea ringkas yang sudah dituntut. Tiada mesej akan diberikan jika anda mengedit sesuatu idea ringkas yang sudah dituntut, dan oleh itu, pihak penuntut tidak akan menerima sebarang amaran bahawa idea ringkas yang mereka tuntut telah diedit.
Anda boleh mengedit atau memadam idea ringkas anda pada bila-bila masa semasa pendaftaran masih terbuka. Para pemilik dan penyelaras boleh mengedit atau memadam idea ringkas pada bila-bila masa sahaja. Untuk lebih lanjut mengenai cara memadam idea ringkas, kunjungi Bagaimanakah cara saya memadam idea ringkas saya?
Bagaimanakah cara saya memadam idea ringkas saya?
Untuk memadam kesemua idea ringkas anda:
- Log masuk dan pilih "My Sign-ups" (Pendaftaran Saya) daripada menu “Hi (Hai), [nama pengguna]!" di bahagian atas halaman tersebut. Jika anda berada di papan pemuka anda, anda juga boleh memilih "Sign-ups (#)" (Pendaftaran) di bar sisi navigasi (terdapat di bahagian atas laman berkenaan apabila anda menggunakan peranti mudah alih).
- Cari nama Prompt Meme berkenaan dalam senarai cabaran.
- Pilih "Delete Sign-up" (Padam Pendaftaran) di sebelah atau di bawah Prompt Meme berkenaan.
- Kotak dialog akan muncul bagi meminta supaya anda mengesahkan keputusan anda untuk memadam kesemua idea ringkas di bawah pendaftaran ini. Jika anda ingin meneruskan pemadaman tersebut, pilih "OK" (OK).
- Sila berhati-hati apabila memadam sebuah idea ringkas yang sudah dituntut. Tiada mesej akan diberikan jika anda memadam sebuah idea ringkas yang sudah dituntut, dan oleh itu, pihak penuntut tidak akan menerima sebarang amaran bahawa idea ringkas yang mereka tuntut telah dipadam.
Untuk memadam idea ringkas secara individu:
- Log masuk dan pergi ke laman Sign-ups (Pendaftaran) anda dengan memilih sapaan “Hi (Hai), [nama pengguna]!" dan kemudian memilih "My Sign-ups" daripada menu.
- Pilih nama Prompt Meme untuk mengakses papan pemuka Prompt Meme berkenaan.
- Pilih "My Prompts" (Idea Ringkas Saya) untuk mengakses idea ringkas semasa anda bagi Prompt Meme berkenaan.
- Pilih "Delete Prompt" (Padam Idea Ringkas) di bawah rumusan idea ringkas yang ingin anda padamkan.
- Kotak dialog akan muncul bagi meminta supaya anda mengesahkan keputusan anda untuk memadam semua maklumat yang berkaitan dengan idea ringkas berkenaan. Jika anda ingin meneruskan pemadaman tersebut, pilih "OK".
- Sila berhati-hati apabila memadam sebuah idea ringkas yang sudah dituntut. Tiada mesej akan diberikan jika anda memadam sebuah idea ringkas yang sudah dituntut, dan oleh itu, pihak penuntut tidak akan menerima sebarang amaran bahawa idea ringkas yang mereka tuntut telah dipadam.
Anda hanya boleh memadam idea ringkas secara individu jika anda telah membuat lebih daripada bilangan minimum yang ditetapkan (cth, jika Prompt Meme tersebut membenarkan anda untuk mencipta dua hingga tiga idea ringkas, dan anda membuat tiga). Sekiranya anda hanya mendaftarkan sebanyak bilangan minimum, anda sama ada boleh memadam kesemua idea ringkas anda sekali gus, atau mengedit idea ringkas anda. Sila rujuk ke Bagaimanakah cara saya mengedit idea ringkas saya? untuk maklumat lanjut.
Anda boleh mengedit atau memadam idea ringkas anda pada bila-bila masa sewaktu pendaftaran masih dibuka. Para pemilik dan penyelaras pun boleh mengedit atau memadam pendaftaran pada bila-bila masa sahaja.
Bagaimanakah saya boleh menuntut sebuah idea ringkas?
Untuk menyertai sebuah Prompt Meme, anda perlu memiliki sebuah akaun Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita). Sila rujuk ke Bolehkah saya mengambil bahagian dalam sebuah Prompt Meme tanpa akaun AO3? untuk maklumat lanjut.
Anda boleh mengakses idea ringkas terbuka dengan memilih “Prompts (#)" (Idea Ringkas) daripada papan pemuka Prompt Meme tersebut. Gunakan butang “Claim” (Tuntut) yang bersebelahan mana-mana idea ringkas yang ingin anda tuntut. Anda boleh melakukan ini dengan seberapa banyak idea ringkas yang ingin anda penuhi. Ramai orang boleh menuntut idea ringkas yang sama, dan anda tidak perlu menghantar idea ringkas untuk menuntut mana-mana idea ringkas yang sedia ada. Nama pengguna anda akan disenaraikan sebagai salah seorang penuntut di bawah setiap idea ringkas yang anda tuntut. Di dalam prompt meme tanpa nama, hanya jumlah penuntut tanpa nama yang akan diberikan.
Anda boleh menyemak idea ringkas yang telah anda tuntut tetapi belum penuhi melalui laman My Claims (Tuntutan Saya), yang boleh diakses daripada papan pemuka anda. Sekiranya anda tidak kurang pasti cara untuk ke laman tersebut, rujuk ke Bagaimanakah saya dapat mencari idea ringkas yang belum saya penuhi?
Untuk maklumat lanjut mengenai cara memenuhi tuntutan sebuah idea ringkas, rujuk ke Bagaimanakah saya boleh memenuhi tuntutan idea ringkas saya?
Untuk maklumat lanjut mengenai cara mencari Prompt Meme, sila rujuk ke Di manakah saya boleh mencari Prompt Meme?"
Bagaimanakah saya dapat mencari idea ringkas yang belum saya penuhi?
Untuk mencari tuntutan yang belum anda penuhi:
- Log masuk dan pergi ke papan pemuka anda dengan memilih sapaan "Hi (Hai), [nama pengguna]!" dan pilih "My Dashboard" (Papan Pemuka Saya) dari menu, atau dengan memilih imej profil anda.
- Pilih "Claims (#)" (Tuntutan) dari menu yang terdapat di bahagian tepi laman atau di bahagian atas pada peranti mudah alih.
Secara asal, ini akan membawa anda ke idea ringkas yang belum anda penuhi. Untuk melihat idea ringkas yang telah anda penuhi, pilih butang "Fulfilled Claims" (Tuntutan yang Telah Dipenuhi) di bahagian atas laman.
Bagaimanakah saya boleh memenuhi tuntutan idea ringkas saya?
Untuk mencari tuntutan yang belum anda penuhi, rujuk ke Bagaimanakah saya dapat mencari idea ringkas yang belum saya penuhi?
Anda boleh memenuhi idea ringkas yang telah anda tuntut dengan memilih butang "Fulfill" (Penuhi) di sebelah idea ringkas tersebut. Ini akan membuka borang Terbit Karya Baru dengan butiran tugasan yang telah dilengkapi, koleksi yang telah dipilih, dan idea ringkas yang telah ditambah di awal bahagian Nota. Sekiranya Prompt Meme tersebut diselaraskan, karya anda akan diserahkan kepada koleksi tersebut, tetapi ia perlu diluluskan sebelum ia boleh ditambah secara terbuka.
Sebagai alternatif, anda boleh memenuhi tugasan tersebut dengan menggunakan borang Post New Work (Terbit Karya Baru). Dalam bahagian Associations (Perhubungan), pilih kotak tanda untuk tuntutan terbuka yang ingin anda penuhi. Apabila anda menerbitkan atau prabaca karya anda, butiran Prompt Meme dan penghantar idea ringkas akan ditambah secara automatik bagi anda. Karya ini akan ditambah ke koleksi Prompt Meme, walau bagaimanapun, idea ringkas tersebut tidak akan ditambah secara automatik di awal bahagian Nota.
Untuk arahan lebih terperinci mengenai cara menerbitkan karya ke Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita), sila rujuk ke Tutoria: Menerbitkan Karya di AO3
Bagaimanakah cara saya melepaskan idea ringkas yang telah saya tuntut?
Anda boleh melepaskan tuntutan pada bila-bila masa, termasuk selepas anda menerbitkan karya tersebut. Sekiranya anda ingin mengeluarkan idea ringkas yang telah anda tuntut:
- Log masuk dan pergi ke papan pemuka anda dengan memilih sapaan "Hi (Hai), [nama pengguna]!" dan kemudian "My Dashboard" (Papan Pemuka Saya) dari menu, atau dengan memilih imej profil anda.
- Pilih "Claims (#)" (Tuntutan) daripada menu yang terdapat di bahagian tepi laman atau di bahagian atas pada peranti mudah alih.
- Skrol ke idea ringkas yang ingin anda lepaskan dan pilih butang "Drop Claim" (Lepaskan Tuntutan).
- Kotak dialog pengesahan akan muncul dan bertanyakan sekiranya anda pasti anda ingin melepaskan idea ringkas tersebut. Pilih "OK" (OK).
- Anda akan dilepaskan dari tuntutan tersebut, dan ia tidak akan muncul dalam senarai Tuntutan anda selepas anda segar semula laman tersebut. Sekiranya anda melepaskan tuntutan yang telah anda penuhi, karya tersebut akan tetap berada dalam koleksi Prompt Meme berkenaan, tetapi semua pautan antara karya tersebut dan idea ringkas akan dikeluarkan.
Bagaimanakah saya boleh mencari karya berdasarkan idea ringkas saya?
Untuk mencari semua karya berdasarkan idea ringkas yang telah anda serahkan:
- Log masuk dan pergi ke laman Pendaftaran dengan memilih sapaan "Hi (Hai), [nama pengguna]!" dan pilih "My Sign-ups" (Pendaftaran Saya) daripada menu.
- Pilih nama Prompt Meme tersebut untuk mengakses papan pemukanya.
- Pilih "My Prompts" (Idea Ringkas Saya) untuk mengakses idea ringkas anda bagi Prompt Meme tersebut.
- Karya-karya yang memenuhi idea ringkas anda akan disenaraikan selepas setiap idea ringkas.
Anda juga akan mendapat pemberitahuan e-mel setiap kali sebuah karya diterbitkan menggunakan idea ringkas anda. Harap maklum bahawa anda tidak akan menerima pemberitahuan e-mel sekiranya anda menutupnya di pilihan anda.
Terdapat masalah dengan satu karya yang dicipta untuk idea ringkas saya!
Anda perlu mengemukakan sebarang masalah berkaitan karya-karya berdasarkan idea ringkas anda kepada orang yang mengendalikan Prompt Meme tersebut. Sekiranya karya tersebut melanggar Syarat-Syarat Perkhidmatan kami, anda boleh menghantar Laporan Aduan kepada Jawatankuasa Polisi & Aduan dengan menggunakan pautan di pengaki laman Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita).
Anda juga boleh memilih untuk menolak karya tersebut sekiranya pereka menghadiahkannya kepada anda. Untuk maklumat lanjut mengenai cara ini, sila rujuk ke Bagaimanakah boleh saya menolak hadiah?.
Bagaimanakah cara saya mereka sebuah Prompt Meme?
Untuk mereka sebuah Prompt Meme, anda perlu mereka pengacara koleksi atau subkoleksi. Anda boleh mendapatkan arahan mengenai cara membuatnya di Tutorial: Mereka Sebuah Koleksi. Ketika mereka koleksi anda, pastikan anda memilih "Prompt Meme" (Prompt Meme) dari menu "Type of challenge, if any" (Jenis cabaran, jika ada) di bahagian Pilihan.
Rujuk ke Tutorial: Mengendalikan Sebuah Prompt Meme di AO3 kami untuk arahan langkah demi langkah mengenai cara menubuhkan cabaran anda.
Bagaimanakah cara saya meminta jemputan untuk sebuah Prompt Meme yang saya kendalikan?
Sekiranya anda sedang mengendalikan Prompt Meme dan perlu meminta jemputan untuk para peserta, sila hubungi Bantuan dengan nama dan pautancabaran, tarikh pendaftaran, akaun untuk dihantar jemputan, dan jumlah jemputan yang diperlukan. Sila rujuk ke Bagaimanakah saya boleh meminta jemputan untuk sebuah cabaran yang saya kendalikan? untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakah saya boleh menambah tag ke AO3 untuk digunakan oleh para peserta Prompt Meme saya?
Anda boleh mereka set tag untuk menambah tag baru ke Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita) bagi Prompt Meme anda. Untuk maklumat lanjut, rujuk ke Set Tag FAQ.
Bagaimanakah cara saya mempamerkan para pereka dan karya-karya bagi Prompt Meme tanpa nama dan/atau yang belum dipamerkan?
Untuk mempamerkan para pereka dan/atau karya-karya dalam Prompt Meme tanpa nama dan/atau yang belum dipamerkan:
- Navigasi ke laman Collection Settings (Tetapan Koleksi) anda dan skrol ke bahagian Preferences (Pilihan). Sekiranya anda kurang pasti cara berbuat demikian, rujuk ke Bagaimanakah saya boleh kembali ke laman Tetapan Koleksi saya?
- Untuk mempamerkan karya-karya, pastikan kotak bersebelahan atau dibawah "This collection is unrevealed" (Koleksi ini belum dipamerkan) tidak dipilih. Untuk mempamerkan para pereka, pastikan kotak bersebelahan atau dibawah "This collection is anonymous" (Koleksi ini tanpa nama) tidak dipilih.
- Selepas anda memastikan kotak-kotak tersebut tidak dipilih, pilih butang "Update" (Kemas Kini) berhampiran bawah laman.
Untuk maklumat lanjut, rujuk ke Bagaimanakah cara saya boleh mempamerkan karya-karya atau mendedahkan nama dalam koleksi yang saya miliki?
Bagaimanakah saya boleh tangani idea ringkas atau karya yang tidak sesuai?
Sekiranya terdapat idea ringkas yang tidak sesuai, anda boleh padamkan idea ringkas atau pendaftaran tersebut dari laman Prompts dengan memilih butang "Delete Prompt" (Padam Idea Ringkas) atau butang "Delete Sign-up" (Padam Pendaftaran). Pemadaman idea ringkas akan mengeluarkan idea ringkas tersebut. Pemadaman pendaftaran akan memadamkan segala idea ringkas yang diminta oleh pengguna tersebut, termasuk semua idea ringkas tanpa nama yang telah direka oleh pengguna itu.
Anda hanya boleh memadamkan idea ringkas individu sekiranya peserta telah mencipta lebih daripada jumlah minimum yang diperlukan (cth. sekiranya Prompt Meme membenarkan anda mencipta dua atau tiga permintaan, dan mereka telah mencipta tiga). Sekiranya seseorang telah mendaftar dengan nombor minimum, anda boleh memadamkan semua permintaan dan/atau tawaran mereka dengan sekali gus.
Sekiranya terdapat karya-karya yang tidak memenuhi idea ringkas tersebut, anda tidak boleh memadamkan karya orang lain, tetapi anda boleh mengeluarkan karya tersebut dari koleksi. Rujuk ke Bagaimanakah saya boleh mengeluarkan karya atau penanda laman dari sebuah koleksi? untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakah saya boleh memadamkan sebuah Prompt Meme?
Untuk memadamkan sebuah Prompt Meme, pergi ke laman Challenge Settings (Tetapan Cabaran) anda dan pilih butang "Delete Challenge" (Padam Cabaran) di bahagian atas kanan laman (atau dibawah pengepala “Setting Up the [Name] Prompt Meme” (Menubuhkan [Nama] Prompt Meme) di peranti mudah alih). Ini akan mengeluarkan sebuah kotak dialog yang anda perlu mengesahkan lalu pilih "OK" (OK). Sekiranya anda kurang pasti cara ke laman ini, rujuk ke Bagaimanakah saya boleh kembali ke laman Tetapan Cabaran saya?
Walaupun anda memadamkan Prompt Meme anda, semua karya akan kekal berada dalam koleksi tersebut.
Sekiranya anda ingin memadamkan koleksi tersebut, sila rujuk ke Bagaimanakah saya boleh memadamkan sebuah Koleksi?
Dimanakah boleh saya mendapat maklumat lanjut sekiranya soalan saya tidak terjawab di sini?
Sekiranya anda perlukan panduan untuk bahagian tertentu mencipta koleksi atau cabaran, sila rujuk ke:
- FAQ Koleksi
- Tutorial: Mencipta Koleksi
- FAQ Penukaran Hadiah
- Tutorial: Pengendalian Penukaran Hadiah di AO3
- Tutorial: Pengendalian Prompt Meme di AO3
- FAQ Set Tag
Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang AO3 telah dijawab dalam FAQ AO3, dan beberapa istilah umum dijelaskan dalamGlosari. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh merujuk kepada Isu yang Diketahui. Untuk bantuan tertentu mengenai Prompt Meme anda yang tidak diliputi dalam FAQ atau Tutorial, sila tambah AO3_Support sebagai pemilik bersama kemudian hubungi kami dan kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu anda.
