Archive FAQ > Statistik

Apakah jenis statistik yang direkod oleh AO3?

Laman Statistics (Statistik) merumuskan data berangka daripada karya anda. Contoh statistik Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) termasuklah kiraan perkataan, jumlah penanda laman sesebuah karya, User Subscription (Langganan Pengguna), Work Subscription (Langganan Karya), dan Hits (Kunjungan). Maklumat ini dipaparkan dalam bentuk angka dan graf. Maklumat ini juga boleh dibahagikan kepada beberapa hitungan seperti semua karya anda, karya yang daripada sebuah fandom yang khusus, atau sebuah karya tunggal.

Untuk mana-mana karya individu, laman Statistik mempunyai hampir semua maklumat yang terdapat pada blurb karya tersebut pada laman karya (sila rujuk kepada Mengapakah kiraan penanda laman pada laman Statistics berbeza daripada kiraan pada blurb karya? untuk maklumat lebih lanjut jika terdapat perbezaan). Namun, hanya laman Statistik merupakan laman di mana anda boleh menjumpai data yang digabung daripada karya yang berganda.

Di manakah Statistik boleh dijumpai?

Apabila anda log masuk, tekan (“Hi (Hai), [nama pengguna]!”), kemudian tekan Dashboard (Papan Pemuka), dan pilih “Statistics” (Statistik) dari menu navigasi. Anda juga boleh jumpa statistik untuk sesebuah karya pada blurb karya tersebut, yang boleh diakses dari laman karya, laman profil pengguna, laman fandom, laman koleksi, atau di hasil carian. Statistik yang boleh dilihat melalui cara ini adalah kiraan perkataan karya, kiraan bab, jumlah kudos, jumlah penanda laman awam, dan kiraan kunjungan. Statistik ini boleh dilihat oleh semua tetamu laman sesebuah karya, sama ada mereka mempunyai sebuah akaun Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) atau tidak.

Apakah yang dikira dalam Statistics?

Laman Statistics (Statistik) anda mengira Langganan, Kunjungan, Kudos, Komen, Jaluran komen, dan Penanda laman karya anda. Maklumat ini boleh dijumpai dalam kotak statistik setiap karya pada laman Statistik. Anda boleh pilih untuk menyusun maklumat ini dalam “Fandoms View” (Pandangan Fandom), di mana maklumat akan disusun mengikut fandom, atau dalam “Flat View” (Pandangan Am), di mana maklumat akan digabung dan dikumpulkan dari semua fandom. Dalam skin asal, “Fandoms View” dan “Flat View” boleh dipilih melalui dua butang yang terdapat di tengah laman Statistik (di tengah graf dan senarai karya).

Tambahan pula, laman Statistik juga mengira semua statistik untuk akaun anda. Di bahagian atas laman terdapat sebuah kotak yang dilabel dengan “Totals” (Jumlah Keseluruhan). Dalam kotak ini, anda akan menemui jumlah keseluruhan Langganan Pengguna, sekali dengan jumlah keseluruhan Kudos, Comment Threads (Jaluran Komen), Bookmarks (Penanda Laman), Subscriptions (Langganan), Word Count (Kiraan Perkataan), dan Hits (Kunjungan) dari semua karya anda dari setiap pseuds (nama samaran) anda. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Langganan, Langganan Pengguna, dan perbezaan antara kedua-dua ini, sila rujuk kepada Apakah itu Langganan?

Apakah Langganan Pengguna?

Langganan Pengguna adalah sistem notifikasi untuk pengguna yang berminat akan anda sebagai penulis. Pengguna yang melanggan kepada anda akan menerima sebuah notifikasi setiap kali anda mencipta sebuah karya baru atau sebuah bab baru untuk sesebuah karya. Jumlah pengguna Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) yang melanggan kepada anda boleh dijumpai dalam kotak Totals (Jumlah Keseluruhan) pada laman Statistics (Statistik) anda (sila rujuk kepada Di manakah Statistik boleh dijumpai? untuk arahan). Langganan Pengguna adalah untuk akaun anda, dan tidak boleh dibezakan untuk setiap nama samaran atau fandom.

Sila ambil perhatian bahawa Langganan Pengguna adalah tidak sama dengan Langganan; Langganan Pengguna menjana notifikasi untuk setiap kemaskinian karya atau bab/karya baru oleh penulis yang dilanggan, manakala Langganan menjana notifikasi untuk karya tunggal atau siri. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Langganan, sila rujuk kepada Apakah itu Langganan?

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Langganan Pengguna, sila rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk melanggan atau membatalkan langganan kepada seseorang pengguna?

Apakah itu Kudos?

Kudos merupakan tanda bahawa seseorang pembaca telah meminati karya anda. Jumlah kudos dalam kotak Totals (Jumlah Keseluruhan) pada laman Statistics (Statistik) ada (sila rujuk kepada Di manakah Statistik boleh dijumpai? untuk arahan) adalah jumlah keseluruhan kudos yang diterima oleh anda dari setiap karya anda. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kudos dan fungsinya, sila rujuk kepada
FAQ Kudos dan Komen.

Apakah Jaluran Komen? Bagaimanakah Jaluran Komen boleh dijejaki?

Jaluran Komen adalah seperti perbualan: seorang pengguna meninggalkan komen, dan semua jawapan yang berikutan kepada komen tersebut adalah sebahagian kepada sebuah jaluran komen. Sebagai contoh, jika seseorang meninggalkan komen pada salah satu karya anda seperti “Wah! Hebatnya, ada tak karya lain yang awak tulis di sini?” dan anda membalas dengan “Ya! Inilah pautan kepada salah satu karya saya!”, komen pertama dan semua jawapan kepadanya adalah satu jaluran komen. Komen pertama yang memulakan jaluran komen juga dikenali sebagai komen aras tinggi.

Satu jaluran mungkin terdiri daripada hanya satu komen atau beberapa komen. Jumlah Jaluran Komen dalam kotak Totals (Jumlah Keseluruhan) pada laman Statistics (Statistik) anda (sila rujuk kepada Di manakah Statistik boleh dijumpai? untuk arahan) adalah jumlah jaluran komen yang ditinggalkan pada setiap karya anda. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai jaluran komen dan komen, sila rujuk kepada FAQ Kudos dan Komen.

Apakah Penanda Laman? Bagaimanakah Penanda Laman boleh dijejaki?

Penanda Laman adalah sebuah pautan yang menyediakan akses yang pantas kepada sesebuah karya, tidak kira jika pada laman Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) atau tidak. Penanda Laman kerap digunakan untuk menyimpan rekod atas karya yang anda ingin mencari pada masa yang lain. Penanda Laman boleh ditetapkan sebagai am atau peribadi. Penanda Laman Am boleh dilihat oleh semua pengguna AO3. Penanda Laman Peribadi hanya boleh dilihat oleh pengguna AO3 yang mencipta penanda laman tersebut.

Jumlah Penanda Laman am sesebuah karya adalah ditunjukkan pada blurb karya tersebut. Namun begitu, jumlah Penanda Laman dalam kotak Totals (Jumlah Keseluruhan) pada laman Statistics (Statistik) anda (sila rujuk kepada Di manakah Statistik boleh dijumpai? untuk arahan) adalah jumlah keseluruhan Penanda Laman yang pengguna lain telah meletakkan pada karya anda, termasuklah sekali dengan Penanda Laman peribadi. Sila rujuk kepada Mengapakah kiraan penanda laman pada laman Statistics berbeza daripada kiraan pada blurb karya? untuk penerangan yang lebih terperinci.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penanda laman, dan juga perbezaan antara penanda laman am dan peribadi, sila rujuk kepada FAQ Penanda Laman.

Apakah itu Langganan?

Langganan adalah sebuah sistem notifikasi untuk pengguna yang berminat kepada sebuah karya atau siri yang tertentu. Pengguna yang melanggan kepada sebuah karya atau siri akan menerima notifikasi setiap kali penulis menambahkan bab baru kepada karya atau karya baru kepada siri. Langganan kerap digunakan untuk mengikuti sesebuah karya atau siri yang masih belum selesai.

Sila ambil perhatian bahawa Langganan adalah tidak sama dengan Langganan Pengguna; Langganan menjana notifikasi bagi karya tunggal atau siri manakala Langganan Pengguna menjana notifikasi bagi setiap karya atau bab baru oleh penulis yang dilanggan. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Langganan Pengguna, sila rujuk kepada Apakah itu Langganan Pengguna?

Jumlah Langganan dalam kotak Totals (Jumlah Keseluruhan) pada laman Statistics (Statistik) anda (sila rujuk kepada Di manakah Statistik boleh dijumpai? untuk arahan) adalah jumlah keseluruhan Langganan yang dibuat oleh pengguna lain ke atas semua karya anda. Jumlah ini tidak termasuk sekali dengan langganan yang dibuat ke atas sebuah siri. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Langganan, sila rujuk kepada FAQ Feed dan Langganan.

Apakah itu kiraan perkataan?

Kiraan perkataan menjumlahkan bilangan patah perkataan dalam sesebuah karya. Anda boleh mencari kiraan perkataan untuk sebuah karya tunggal di blurb karya tersebut, atau pada laman Statistik yang terdapat di tepi judul karya. Kiraan Perkataan dalam kotak Totals (Jumlah Keseluruhan) pada laman Statistics (Statistik) anda adalah jumlah keseluruhan patah perkataan dari semua karya anda.

Apakah itu kunjungan?

Kunjungan adalah kiraan berapa kali sesebuah karya diakses. Satu kunjungan didaftar setiap kali seseorang pengguna melawat laman sesebuah karya, yang terikat dengan pengecualian berikut:

  • Jika dua lawatan berturut-turut dibuat dari alamat IP yang sama, hanya lawatan pertama yang direkod.
  • Membaca bab-bab dalam sebuah karya hanya akan direkod sebagai satu kunjungan, bukan satu kunjungan setiap bab.
  • Jika anda sudah log masuk, kunjungan tidak direkod jika anda melawat karya anda sendiri.

Sila ambil perhatian bahawa kunjungan hanya merekod jumlah lawatan kepada karya, bukan tempoh masa bagi sesuatu lawatan. Jumlah Kunjungan dalam kotak Totals (Jumlah Keseluruhan) pada laman Statistics (Statistik) anda (sila rujuk kepada Di manakah Statistik boleh dijumpai? untuk arahan) adalah jumlah keseluruhan kunjungan yang diterima dari semua karya anda.

Bagaimanakah cara untuk mengetahui siapa yang melanggan kepada saya?

Malangnya, tidak ada cara untuk mengetahui siapa yang melanggan kepada anda, namun anda dapat mengetahui bilangan pengguna yang melanggan kepada anda. Dalam kotak Totals (Jumlah Keseluruhan) pada laman Statistics (Statistik) anda (sila rujuk kepada Di manakah Statistik boleh dijumpai? untuk arahan lanjut), anda akan lihat jumlah keseluruhan Langganan Pengguna dan Langganan. Sila rujuk kepada Apakah Langganan? and Apakah Langganan Pengguna? untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkara ini.

Jumlah pelanggan bagi karya tunggal boleh dijumpai di bahagian bawah laman Statistik dalam kotak statistik karya. Sebagai contoh, kotak statistik mungkin memaparkan “Subscribers: 5” (Pelanggan: 5). Jika sebuah karya tidak mempunyai pelanggan, bahagian Pelanggan tidak akan dipaparkan dalam kotak statistik karya.

Bagaimanakah cara untuk mengetahui siapa yang meninggalkan penanda laman ke atas karya-karya saya?

Anda boleh melihat pengguna yang telah meninggalkan penanda laman am ke atas karya anda. Anda boleh mencari senarai nama pengguna yang telah meninggalkan penanda laman am ke atas sebuah karya tertentu melalui blurb karya tersebut, yang boleh diakses melalui laman karya, laman profil pengguna, laman fandom, laman koleksi, atau di hasil carian. Sebagai contoh, blurb karya mungkin memaparkan “Bookmarks: 9” (Penanda Laman: 9). Nombor tersebut akan menjadi pautan kepada semua penanda laman am yang diletakkan ke atas karya tersebut. Penanda laman peribadi tidak akan dipaparkan. Jika tiada bahagian “Bookmarks” (Penanda Laman) dalam blurb atau kotak informasi, itu bermaksud bahawa karya tersebut tidak mempunyai penanda laman am.

Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai penanda laman, sila rujuk kepada FAQ Penanda Laman.

Mengapakah kiraan penanda laman berbeza dalam laman Statistik berbanding dengan kiraan dalam blurb karya?

Blurb karya menunjukkan kiraan penanda laman yang berbeza kerana blurb karya hanya menunjukkan bilangan penanda laman am yang diletakkan ke atas karya tersebut. Laman Statistics (Statistik) menunjukkan jumlah keseluruhan penanda laman bagi setiap karya, termasuk sekali dengan penanda laman peribadi.

Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai penanda laman, sila rujuk kepada FAQ Penanda Laman.

Bagaimanakah cara untuk mengaturkan statistik?

Anda boleh mengaturkan statistik mengikut tahun penerbitan sebuah karya, tarikh kemas kini, Hits (Kunjungan), Kudos, jumlah Comment Threads (Jaluran Komen), Bookmarks (Penanda Laman), Subscriptions (Langganan), atau Word Count (Kiraan Perkataan), dalam susunan menaik atau menurun. Pilihan ini (wujud sebagai butang dalam skin laman yang asal) adalah di bawah kotak Totals (Jumlah Keseluruhan). Butang yang dipilih akan menunjukkan statistik mengikut aturan yang dipilih.

Setiap pilihan mempunyai penanda anak panah yang menunjukkan jika karya diaturkan dalam turutan menaik atau menurun. Untuk mengubah turutan, tekan pilihan sekali lagi (dalam skin asal, tekan butang yang dipilih) dan turutan akan berubah.

Anda juga boleh menapis laman statistik untuk menunjukkan statistik bagi karya yang diterbit dalam tahun yang tertentu. Pilihan ini (wujud sebagai butang dalam skin laman yang asal) adalah di atas kotak “Totals”. Anda boleh memilih sesuatu tahun (atau semua tahun) dan kemudian mengatur statistik melalui pilihan yang tersenarai di atas.

Apabila anda menapis statistik anda berdasarkan tahun tertentu, hanya karya yang siap pada tahun itu yang akan ditunjuk. Namun, statistik bagi karya yang ditapis adalah yang semasa. Sebagai contoh, jika anda menetap laman statistik anda untuk menunjukkan statistik bagi karya yang siap pada tahun 2012, karya yang disiapkan dalam tahun yang lain tidak akan ditunjukkan. Bagi karya yang ditunjukkan, kiraan Kunjungan, Kudos, dll. akan dipadankan kepada masa semasa, dan bukan 2012.

Jumlah Langganan Pengguna dalam kotak Totals akan sentiasa menggambarkan jumlah semasa Langganan Pengguna walaupun tahun sudah ditetapkan.

Karya boleh diaturkan mengikut statistik pada laman fandom atau pada laman hasil carian. Untuk maklumat lebih lanjut tentang bagaimana statistik boleh digunakan untuk mencari karya, sila rujuk kepada Field Tutorial “Search Within Results” (Hasil Carian Dalaman).

Bagaimanakah cara untuk mengumpulkan statistik saya mengikut fandom?

Butang “Fandoms View” (Pandangan Fandom) dan “Flat View” (Pandangan Am) membenarkan anda untuk melihat statistik karya anda dalam cara yang berbeza. Apabila anda memilih “Pandangan Fandom”, karya anda dan statistiknya akan dikumpulkan mengikut fandom mereka. Bagi karya yang ditag dengan beberapa fandom, karya akan muncul sekali bagi setiap fandom yang ditag. Sebaliknya, apabila anda memilih “Flat View”, semua karya anda dan statistiknya akan dikumpulkan bersama.

Di manakah boleh saya mendapat maklumat lanjut sekiranya soalan saya tidak dijawab dalam FAQ ini?

Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah dijawab dalam FAQ AO3 dan beberapa istilah umum dijelaskan dalam Glosari. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh merujuk kepada Isu Yang Diketahui. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Bantuan.