Apakah itu Langganan dan apakah yang direkodkannya?
Langganan merupakan salah satu cara untuk menjejak kandungan baru yang diterbitkan di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Anda boleh menggunakan langganan untuk menjejak pengemaskinian daripada seseorang pengguna, sesebuah karya tunggal dan juga siri. Apabila anda melanggan kepada seseorang pengguna, anda akan menerima notifikasi berbentuk e-mel yang mengandungi pautan ke karya atau bab baharu yang diterbitkan oleh pengguna tersebut. Apabila anda melanggan kepada sesebuah karya individu atau siri, anda akan menerima notifikasi berbentuk e-mel yang mengandungi pautan ke bab atau kandungan baharu dalam karya atau siri tersebut. Pasukan AO3 masih berterusan membangunkan ciri langganan ini.
Bagaimanakah cara untuk mengurus langganan saya?
Apabila anda log masuk, tekan sambutan "Hi, [nama pengguna]!" dan pilih "My Subscriptions" (Langganan Saya) daripada menu navigasi. Jika anda berada di Dashboard (Papan Pemuka), anda juga boleh mengakses langganan dengan memilih "Subscriptions" (Langganan) daripada menu navigasi di sebelah kiri skin asal laman web atau pada bahagian atas bagi pelayar mudah alih. Pada halaman langganan anda, anda akan mendapati sebuah senarai pengguna dan karya yang telah anda langgani. Setiap karya atau siri dipaparkan sebagai pautan yang akan membawa anda ke halaman karya tersebut, manakala setiap pengguna dipaparkan sebagai pautan yang akan membawa anda ke papan pemuka pengguna tersebut. Anda juga boleh membatalkan langganan anda kepada seseorang pengguna, sesebuah karya atau sesebuah siri pada halaman ini dengan memilih butang "Unsubscribe" (Batal Langganan) yang terletak di sebelah setiap langganan anda.
Terdapat sebuah sistem susunan yang boleh membantu anda untuk mengehadkan senarai langganan anda kepada "Series Subscriptions" (Langganan Siri), "User Subscriptions" (Langganan Pengguna) atau "Work Subscriptions" (Langganan Karya) agar anda boleh mencari apa yang anda kehendaki dengan lebih mudah. Butang untuk mengehadkan senarai langganan menggunakan sistem ini terdapat pada bahagian atas halaman Langganan Saya pada skin asal laman web.
Bagaimanakah cara untuk melanggan atau membatalkan langganan kepada seseorang pengguna?
Anda boleh melanggan kepada seseorang pengguna melalui papan pemuka mereka (http://archiveofourown.org/users/NAMAPENGGUNA). Pilih butang "Subscribe" (Langgan) untuk mula menerima e-mel setiap kali pengguna ini menerbitkan bab atau karya baharu. Anda akan menerima notifikasi berbentuk e-mel bagi setiap karya atau bab yang diterbitkan oleh seseorang pengguna tanpa mengambil kira nama samaran yang digunakan oleh pengguna tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai nama samaran, sila rujuk Apakah itu nama samaran?
Apabila anda telah melanggan kepada seseorang pengguna, papan pemuka mereka akan menunjukkan butang "Unsubscribe" (Batal Langganan) pada bahagian atas halaman pengguna tersebut. Anda boleh menekan butang ini untuk membatalkan langganan dan berhenti menerima e-mel mengenai pengguna ini. Anda juga boleh membatalkan langganan anda kepada seseorang pengguna melalui laman My Subscriptions (Langganan Saya) dengan menekan butang "Unsubscribe from [nama pengguna]" (Batal Langganan kepada [nama pengguna]). Pautan untuk membatalkan langganan juga boleh didapati pada bahagian bawah semua e-mel langganan.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara menguruskan langganan anda, sila rujuk Bagaimanakah cara untuk mengurus langganan saya?
Bagaimanakah cara untuk melanggan atau membatalkan langganan kepada sesebuah karya atau siri?
Sila ke halaman karya atau siri yang anda ingin langgani dan pilih butang "Subscribe" (Langgan) yang terdapat pada bahagian atas halaman untuk mula menerima e-mel apabila bab atau kandungan baharu diterbitkan.
Apabila anda melanggan kepada sesebuah karya atau siri, butang "Subscribe" yang terdapat pada bahagian atas halaman karya atau siri tersebut akan berubah menjadi butang "Unsubscribe" (Batal Langganan). Anda boleh menekan butang ini untuk membatalkan langganan dan berhenti menerima e-mel mengenai karya atau siri tersebut. Anda juga boleh membatalkan langganan anda melalui laman My Subscriptions (Langganan Saya) dengan menekan butang "Unsubscribe from [tajuk karya]" (Batal Langganan kepada [tajuk karya]). Pautan untuk membatalkan langganan juga boleh didapati pada bahagian bawah semua e-mel langganan.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara menguruskan langganan anda, sila rujuk Bagaimanakah cara untuk mengurus langganan saya?
Bolehkah saya melanggan kepada sesebuah Koleksi atau Cabaran?
Tidak buat masa sekarang.
Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi, sila rujuk FAQ Koleksi dan Cabaran.
Bolehkah saya menjejak langganan saya tanpa menerima e-mel?
Buat masa sekarang, langganan hanya melalui sistem e-mel sahaja.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara-cara lain untuk anda menikmati dan menjejak karya di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) - sila rujuk FAQ Cari dan Semak Imbas, FAQ Mengakses Fanwork, FAQ Penanda Laman, FAQ Sejarah dan Tanda untuk Kemudian, dan FAQ Muat Turun.
Bagaimanakah notifikasi e-mel langganan dikeluarkan?
Notifikasi e-mel dikeluarkan dalam kumpulan secara berkala. Jika karya atau siri yang anda langgani dikemas kini dengan banyak, atau pengguna yang anda langgani membuat beberapa pengemaskinian sekali gus, anda akan menerima satu e-mel yang mengandungi pautan-pautan ke semua pengemaskinian tersebut.
Sila ambil perhatian bahawa terdapat beberapa sistem e-mel yang mengasingkan e-mel langganan ke dalam fail spam. Semua e-mel langganan dikirim oleh [email protected], dan anda boleh menyertakan alamat ini dalam whitelist (senarai putih) anda untuk memastikan bahawa anda menerima e-mel daripada alamat ini. Sila rujuk fail bantuan perkhidmatan e-mel anda untuk mengetahui cara-cara menyenarai putih sesebuah alamat e-mel.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk melanggan kepada seseorang pengguna, sila rujuk Bagaimanakah cara untuk melanggan atau membatalkan langganan kepada seseorang pengguna? Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk melanggan kepada sesebuah karya atau siri, sila rujuk Bagaimanakah cara untuk melanggan atau membatalkan langganan kepada sesebuah karya atau siri?
Apakah itu suapan dan apakah yang dijejaknya?
Suapan merupakan cara untuk menghasilkan "halaman berita" anda sendiri yang menyatukan semua notis pengemaskinian daripada pelbagai tag di satu tempat. Anda boleh menggunakan suapan untuk melanggan kepada kebanyakan tag canon termasuk metatag, tag-tag hubungan dan tag-tag watak, namun tidak termasuk tag-tag tambahan. Anda akan mendapati semua karya yang berkaitan dengan tag yang terdapat dalam suapan anda kerana tag canon mengumpulkan semua tag yang bersinonim dengannya—contohnya, #tag SPN yang bersinonim dengan tag canon tag Supernatural—bersama. Walau bagaimanapun, jika berlakunya perubahan yang menyebabkan tag yang anda langgani tidak lagi ditandakan sebagai canon, suapan anda masih akan berfungsi, tetapi tag tersebut tidak akan mengumpulkan tag sinonim lagi. Suapan hanya akan dikemas kini apabila sesebuah karya itu diterbitkan; suapan tidak akan mengeluarkan notifikasi untuk karya yang dikemas kini oleh pereka. Sesebuah suapan boleh dikumpul oleh pembaca suapan yang ditetapkan untuk kegunaan peribadi, atau boleh disindiketkan di laman-laman web seperti Livejournal, Dreamwidth dan Tumblr yang boleh diikuti oleh sesiapa sahaja. Anda tidak akan menerima notifikasi berbentuk e-mel secara terus daripada Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) untuk sebarang tag.
Untuk maklumat lanjut mengenai tag canon, sila rujuk Bagaimanakah tag canon berfungsi?
Bagaimanakah cara untuk memasang pembaca suapan?
Sesetengah pelayar mempunyai pembaca suapan standard dan bersepadu yang boleh diakses secara terus daripada menu pelayar. Kebanyakan pelayar boleh menggunakan pembaca suapan pasang tambah sebagai alternatif kepada ciri-ciri standard, namun sesetengah pelayar memerlukan pasang tambah atau sambungan supaya dapat digunakan. Terdapat juga pembaca suapan atas talian dan aplikasi pembaca suapan yang tidak dikaitkan dengan mana-mana pelayar. Pemilihan pembaca yang latar sesuai bergantung kepada kesukaan dan keselesaan anda sendiri. Walau bagaimanapun, terdapat satu syarat untuk mengakses latar Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), iaitu pembaca latar tersebut perlulah menyokong format latar Atom. Sila ambil perhatian bahawa setiap pembaca suapan berfungsi secara berbeza. Fail bantuan pembaca suapan anda boleh membantu anda menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin anda hadapi dalam memulakan penggunaan pembaca suapan.
Setelah anda memilih dan memuat turun atau mengaktifkan pembaca suapan yang ingin digunakan, anda hanya perlu melanggan kepada tag pilihan anda. Sila rujuk Bagaimanakah cara untuk melanggan atau membatalkan langganan kepada sesebuah suapan?
Sila ambil perhatian bahawa AO3 tidak mengawal cara pengguna memilih untuk menanda karya mereka, dan sebarang karya yang berkaitan dengan tag yang anda pilih akan muncul dalam suapan anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai tag canon, sila rujuk Bagaimanakah tag canon berfungsi? dalam soalan FAQ Tag.
Bagaimanakah cara untuk melanggan atau membatalkan langganan kepada sesebuah suapan?
Untuk menambahkan langganan kepada pembaca suapan anda, anda hanya perlu memilih sebuah tag—contohnya, tag fandom Naruto—kemudian memilih butang "RSS Feed" (Suapan RSS) yang boleh didapati pada bahagian atas sebelah kanan halaman tag tersebut pada skin asal laman web. Untuk pembaca suapan bersepadu atau terintegrasi pelayar, biasanya anda hanya perlu memilih butang "RSS Feed" pada halaman tag dan anda akan diminta untuk melanggan. Jika anda menggunakan pembaca suapan atas talian, anda mungkin perlu menyalin URL suapan ke dalam kotak carian "tambah suapan" pada pembaca suapan anda. URL suapan terdapat pada halaman yang terbuka apabila anda memilih butang "RSS Feed".
Jika anda sedang mempertimbangkan penggunaan pembaca suapan tetapi ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Bagaimanakah cara untuk memasang pembaca suapan?
Untuk melanggan kepada suapan yang disindiketkan di laman web lain seperti LiveJournal, Dreamwidth atau Tumblr, anda perlu mencari suapan yang anda minati, kemudian ikut atau langgan kepada blog ataupun jurnal tersebut. LiveJournal dan Dreamwidth kedua-duanya menyediakan fail bantuan mengenai suapan, dan kedua-dua laman ini menyediakan pilihan carian mudah untuk mencari suapan sedia ada. Bagi Tumblr pula, anda hanya perlu mencari blog suapan yang anda minati, kemudian ikut blog tersebut. Anda akan menjumpai semua karya untuk tag yang anda ikuti pada papan pemuka Tumblr anda.
Jika anda ingin membatalkan langganan kepada sesebuah suapan, anda perlu melakukan sedemikian melalui pembaca suapan anda, atau di laman web yang anda gunakan. Sila rujuk fail bantuan pembaca suapan anda atau laman web yang anda gunakan untuk mengetahui cara-cara membatalkan langganan.
Sila ambil perhatian bahawa pensindiketan merupakan hasil buatan pengguna dan diacarakan di laman web lain. Suapan bersindiket tidak diuruskan atau ditapis oleh mana-mana pasukan Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). AO3 juga tidak mengawal cara pengguna memilih untuk menanda karya mereka dan sebarang karya yang berkaitan dengan tag pilihan anda akan muncul dalam suapan anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai suapan dan pensindiketan di LiveJournal, Dreamwidth, Tumblr atau mana-mana laman web yang anda pilih, sila rujuk fail bantuan laman-laman web tersebut.
Bagaimanakah cara untuk memasang suapan bersindiket jika suapan ini belum wujud untuk fandom saya?
Sekiranya anda telah melakukan carian di laman web yang anda ingin gunakan dan suapan sindiket belum lagi wujud untuk tag yang anda ingin langgani, anda boleh mencipta suapan sindiket untuk tag ini. Sila rujuk Bagaimanakah cara untuk melanggan atau membatalkan langganan kepada sesebuah suapan? untuk bantuan mengenai cara mencari suapan. Terdapat pelbagai laman web yang menyokong pensindiketan, dan setiap laman web mempunyai syarat atau langkah yang berbeza untuk melakukan pensindiketan.
Untuk maklumat lanjut mengenai suapan dan pensindiketan di LiveJournal, Dreamwidth, Tumblr atau mana-mana laman web yang anda pilih, sila rujuk fail bantuan laman-laman web tersebut.
Sila ambil perhatian bahawa pensindiketan merupakan hasil buatan pengguna dan diacarakan di laman web lain. Suapan bersindiket tidak diuruskan atau ditapis oleh mana-mana pasukan Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). AO3 juga tidak mengawal cara pengguna memilih untuk menanda karya mereka dan sebarang karya yang berkaitan dengan tag yang anda pilih akan muncul dalam suapan anda.
Bolehkah saya melanggan kepada atau menghasilkan suapan menggunakan metatag?
Ya. Sila maklum sekiranya anda melanggan kepada metatag yang mempunyai subtag yang banyak bahawa anda akan menerima notis pengemaskinian untuk semua tag yang dikaitkan dengan metatag tersebut. Sebagai contoh, melanggan kepada tag fandom Marvel akan menyertakan tag Captain America (Filem), tag X-Men: First Class (2011), tag Marvel 616, tag Iron Man (Komik), dan tag-tag lain yang dikaitkan dengan metatag tersebut.
Sila rujuk Bagaimanakah cara untuk melanggan atau membatalkan langganan kepada sesebuah suapan? untuk mendapatkan bantuan mengenai cara untuk melanggan kepada sesebuah suapan. Atau rujuk Bagaimanakah cara untuk memasang suapan bersindiket jika suapan ini belum wujud untuk fandom saya? untuk mendapatkan bantuan mengenai cara untuk menghasilkan suapan.
Sila ambil perhatian bahawa pensindiketan merupakan hasil buatan pengguna dan diacarakan di laman web lain. Suapan bersindiket tidak diuruskan atau ditapis oleh mana-mana pasukan Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). AO3 juga tidak mengawal cara pengguna memilih untuk menanda karya mereka dan sebarang karya yang berkaitan dengan tag yang anda pilih akan muncul dalam suapan anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai metatag, sila rujuk Metatag.
Untuk maklumat lanjut mengenai tag, anda boleh menyemak Tutorial: Tag dalam AO3.
Bolehkah saya melanggan kepada atau menghasilkan suapan menggunakan tag hubungan?
Ya. Suapan ini akan berfungsi sama seperti suapan yang lain dan akan dikemas kini bersama semua karya yang berkaitan dengan tag hubungan yang anda pilih serta semua variasi yang telah dikaitkan dengan tag hubungan tersebut.
Sila rujuk Bagaimanakah cara untuk melanggan atau membatalkan langganan kepada sesebuah suapan? untuk mendapatkan bantuan mengenai cara untuk melanggan kepada sesebuah suapan. Atau rujuk Bagaimanakah cara untuk memasang suapan bersindiket jika suapan ini belum wujud untuk fandom saya? untuk mendapatkan bantuan mengenai cara untuk menghasilkan suapan.
Sila ambil perhatian bahawa pensindiketan merupakan hasil buatan pengguna dan diacarakan di laman web lain. Suapan bersindiket tidak diuruskan atau ditapis oleh mana-mana pasukan Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). AO3 juga tidak mengawal cara pengguna memilih untuk menanda karya mereka dan sebarang karya yang berkaitan dengan tag yang anda pilih akan muncul dalam suapan anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai tag, anda boleh menyemak Tutorial: Tag dalam AO3.
Bolehkah saya melanggan kepada atau menghasilkan suapan menggunakan tag watak?
Ya. Suapan ini akan berfungsi sama seperti suapan yang lain dan akan dikemas kini bersama semua karya yang berkaitan dengan tag watak yang anda pilih serta semua variasi yang telah dikaitkan dengan tag watak tersebut.
Sila rujuk Bagaimanakah cara untuk melanggan atau membatalkan langganan kepada sebuah suapan? untuk mendapatkan bantuan mengenai cara untuk melanggan kepada suapan. Atau rujuk Bagaimanakah cara untuk memasang suapan bersindiket jika suapan ini belum wujud untuk fandom saya? untuk mendapatkan bantuan mengenai cara untuk menghasilkan suapan.
Sila ambil perhatian bahawa pensindiketan merupakan hasil buatan pengguna dan diacarakan di laman web lain. Suapan bersindiket tidak diuruskan atau ditapis oleh mana-mana pasukan Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). AO3 juga tidak mengawal cara pengguna memilih untuk menanda karya mereka dan sebarang karya yang berkaitan dengan tag yang anda pilih akan muncul dalam suapan anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai tag, anda boleh menyemak Tutorial: Tag dalam AO3.
Bolehkah saya melanggan kepada atau menghasilkan suapan menggunakan tag tambahan?
Tidak. Anda tidak akan dapat melanggan kepada atau menghasilkan suapan untuk tag tambahan, atau juga dikenali sebagai tag bentuk bebas, yang didapati di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).
Untuk maklumat lanjut mengenai tag, anda boleh menyemak Tutorial: Tag dalam AO3.
Bolehkah saya melanggan kepada atau menghasilkan suapan yang ditapis?
Tidak. Anda tidak akan dapat, contohnya, menghasilkan suapan yang hanya mengumpulkan karya yang ditag dengan Spock/Nyota Uhura yang terdapat dalam tag fandom Star Trek: Alternate Original Series (Filem). Anda akan mendapati semua karya yang ditanda dengan tag hubungan "Spock/Nyota Uhura", dan sebarang variasi yang telah dikaitkan dengan tag ini, dalam suapan anda. Sekalipun anda memilih "RSS Feed" (Suapan RSS) pada halaman hasil carian yang ditapis mengikut tag pilihan anda, anda masih akan mendapat semua karya yang termasuk dalam, dan dikaitkan dengan, tag tersebut.
Sila rujuk Bagaimanakah cara untuk melanggan atau membatalkan langganan kepada sesebuah suapan? untuk mendapatkan bantuan mengenai cara untuk melanggan kepada suapan. Atau rujuk Bagaimanakah cara untuk memasang suapan bersindiket jika suapan ini belum wujud untuk fandom saya? untuk mendapatkan bantuan mengenai cara untuk menghasilkan suapan.
Adakah saya akan mendapat e-mel atau notifikasi suapan untuk karya-karya yang tidak dipamerkan atau tanpa nama?
Karya-karya yang tidak dipamerkan merupakan karya yang telah diterbitkan tetapi tersembunyi daripada paparan. Sekiranya pengguna yang anda langgani menerbitkan karya yang tidak dipamerkan, anda tidak akan menerima notifikasi langganan sehingga karya tersebut dipamerkan. Karya-karya terdahulu yang tidak dipamerkan mungkin tidak akan muncul dalam suapan walaupun setelah dipamerkan, disebabkan oleh penetapan tarikh penerbitan karya-karya ini yang telah pun berlalu.
Karya tanpa nama merupakan karya yang diterbitkan dengan paparan 'oleh Anonymous' sebaris dengan tajuk karya, di mana nama pengguna pereka disembunyikan. Jika pengguna yang anda langgani menerbitkan karya tanpa nama, anda tidak akan menerima notifikasi langganan melainkan mereka memansuhkan status Anonymous. Walau bagaimanapun, karya tanpa nama akan muncul dalam suapan, di bawah nama pereka "Anonymous".
Sila rujuk Bagaimanakah cara untuk melanggan atau membatalkan langganan kepada seseorang pengguna? untuk bantuan mengenai cara untuk melanggan kepada seseorang pengguna.
Adakah saya akan mendapat e-mel atau notifikasi suapan untuk karya-karya terhad?
Karya-karya terhad merupakan karya di mana pereka telah mengedit keizinan akses karya supaya hanya pengguna Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) yang telah log masuk sahaja boleh mengaksesnya. Notifikasi berbentuk e-mel masih akan dihantar untuk karya-karya terhad jika anda telah melanggan kepada karya atau siri terhad, ataupun pengguna yang menerbitkan karya terhad, tetapi karya-karya ini tidak akan muncul dalam suapan.
Sila rujuk Bagaimanakah cara untuk melanggan atau membatalkan langganan kepada seseorang pengguna? untuk mendapatkan bantuan mengenai cara untuk melanggan kepada seseorang pengguna. Atau rujuk Bagaimanakah cara untuk melanggan atau membatal langganan kepada sesebuah karya atau siri? untuk mendapatkan bantuan mengenai cara untuk melanggan kepada sebuah karya atau siri.
Di manakah boleh saya mendapat maklumat lanjut sekiranya soalan saya tidak dijawab dalam FAQ ini?
Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah dijawab dalam FAQ AO3 dan beberapa istilah umum dijelaskan dalam Glosari. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh merujuk kepada Isu Yang Diketahui. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Bantuan.
