Archive FAQ > Set Tag

Apakah itu set tag?

Set tag merupakan 'ikatan' tag yang boleh digunakan untuk menjalankan Prompt Meme atau Pertukaran Hadiah, tetapi dilakukan secara berasingan. Set tag membolehkan cabaran anda untuk disertai tag-tag yang belum pernah dihasilkan dalam Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita), yang turut mengekalkan akses kepada tag-tag yang telah sedia ada. Beberapa contoh di mana set tag sesuai digunakan ialah:

  • Pertukaran Hadiah yang tertumpu kepada sesebuah fandom yang masih dikira baru dalam AO3 yang melibatkan watak-watak dan hubungan yang belum pernah diguna pakai dalam laman ini.
  • Sesebuah Prompt Meme yang bertujuan mengehadkan pilihan yang ada untuk sesebuah set fandom, hubungan dan/ atau watak yang tertentu.

Anda boleh menambah sebuah set tag kepada Pertukaran Hadiah atau Prompt Meme semasa pertama kali anda membentuknya, atau kemudia melalui laman Challenge Settings (Tetapan Cabaran), dan tag-tag dalam set tersebut akan terpapar pada borang Pendaftaran. Sila rujuk kepada FAQ Pertukaran Hadiah atau FAQ Prompt Meme untuk maklumat lanjut.

Pemilik sesebuah set tag boleh menambah seberapa banyak pemilik bersama dan penyelaras yang diingini untuk membantu pengurusan set tag tersebut. Penyelaras-penyelaras tidak mempunyai akses kepada tetapan set tag, tetapi mereka boleh membantu dengan memproses pencalonan. Untuk maklumat lanjut berkaitan ini, sila layari Bagaimanakah saya menambah atau melucutkan seseorang sebagai pemilik bersama atau penyelaras set tag saya? Turut rujuk kepada Bagaimanakah saya membuka pencalonan? dan soalan-soalan yang berikut untuk maklumat tentang proses pencalonan secara umum.

Set tag yang telah dihasilkan oleh pengguna lain boleh dijumpai di halaman Tag Sets (Set Tag).

Segelintir pemilik set tag mungkin memilih untuk mendedahkan atau menyembunyikan set tag mereka, dan/ atau membenarkan penggunaan set tag mereka kepada pengguna lain dalam cabaran-cabaran masing-masing. Sila ambil perhatian bahawa pengguna yang mencipta sesuatu set tag berhak memadam set tag tersebut atau menukarkannya tanpa amaran, oleh itu, sebelum menggunakan set tag orang lain untuk cabaran anda, sila pastikan yang anda anda yakin bahawa set-set tag tersebut tidak akan ditukar oleh pemiliknya pada masa yang kurang sesuai.

Bagaimanakah saya mencari set tag yang telah dicipta oleh pengguna lain?

Set tag ada tersenarai dalam laman Tag Sets (Set Tag) yang anda boleh akses dengan cara berikut:

  1. Log masuk dan pergi ke "Browse (Cari)" lalu mencari "Tags (Tag-tag)" dalam menu di bahagian atas halaman dalam kulit lazim (di bawah logo laman web tersebut)
  2. Pilih butang "Tag Sets (Set Tag)" pada bahagian atas halaman pada sebelah "Most Popular (Paling Popular)".

Anda boleh mencari set tag melalui laman tersebut, ataupun mencari set tag yang tertentu dengan memasukkan seluruh atau sebahagian nama set tag dalam kotak carian berhampiran butang "New Tag Set (Set Tag Baharu)" dan "Tags".

Sesetengah pemilik set tag mungkin memilih untuk membenarkan penggunaan set tag mereka kepada pengguna lain dalam cabaran-cabaran masing-masing. Sila ambil perhatian bahawa pemilik sesebuah set tag berhak memadam set tag atau menukarkannya tanpa amaran. Oleh itu, sila berhati-hati jika anda ingin menggunakan set tag pengguna lain untuk cabaran anda. Set tag yang boleh digunakan dengan umum akan mempunyai pernyataan "This tag set can be used in challenge settings by anybody (Set tag ini boleh digunakan dalam tetapan cabaran oleh sesiapa juga)". Ini tidak patut dikelirukan dengan "Open to the public (Terbuka kepada umum)", iaitu mesej yang dipaparkan apabila set tag itu sedang menerima pencalonan.

Jika anda sedang cuba mencari set tag anda, rujuk kepada Bagaimanakah saya mencari set tag yang saya miliki atau selaras?

Bagaimanakah saya mencari set tag yang saya miliki atau selaras?

Pada masa ini, kami belum menyediakan kaedah mencari set tag yang anda miliki atau selaras. Walaupun begitu, anda boleh mengubah URL pada bar alamat anda untuk membawa anda ke laman Tag Sets (Set Tag) anda. Salin pautan berikut dan tukar USERNAME kepada nama pengguna anda:
archiveofourown.org/users/USERNAME/tag_sets. Anda juga boleh menggunakan cara ini untuk mencari set tag milik pengguna khusus yag lain.

Jika anda sedang mencuba mencari set tag yang lain, rujuk kepada Bagaimanakah saya mencari set tag yang dicipta oleh pengguna lain?

Bagaimanakah saya mencipta set tag baharu?

Setelah anda log masuk ke dalam Archive of Our Own -AO3 (Arkib Milik Kita):

  1. Pilih "Browse (Cari)" kemudian cari "Tags (Tag)" dalam menu di bahagian atas halaman paparan asal (di bawah logo laman web tersebut).
  2. Pilih butang "Tag Sets (Set Tag)" di bahagian atas halaman pada sebelah "Most Popular (Paling Popular)".
  3. Pilih butang "New Tag Set (Set Tag Baharu)".

Ini akan membawa anda ke sebuah halaman di mana anda boleh menetapkan parameter set tag anda, seperti yang telah dijelaskan di bawah.

Management (Pengurusan)

Dalam seksyen Pengurusan, anda boleh menambah (atau melucutkan) pemilik dan penyelaras. Sesiapa sahaja yang anda tambah sebagai pemilik atau penyelaras mesti memiliki akaun dalam AO3.

Masukkan nama pengguna atau nama samaran mereka ke dalam kotak di sebelah "Add/Remove Owners (Tambah/Lucutkan Pemilik)" atau "Add/Remove Moderators (Tambah/Lucutkan Penyelaras)". Jika nama pengguna atau nama samaran tersebut masih belum menjadi seorang pemilik atau penyelaras, mereka akan disertakan sebagai salah satu. Jika mereka sudah menjadi seorang pemilik atau penyelaras, jawatan mereka akan dilucutkan. Anda tidak dibenarkan melucutkan pemilik tunggal set tag. Untuk maklumat lanjut tentang perbezaan antara peranan-peranan ini, sila rujuk kepada Apakah perbezaan antara pemilik bersama dan penyelaras?

Description (Penghuraian)

Dalam seksyen ini, anda menetapkan pilihan-pilihan berikut:

Title (Tajuk)
Bahagian ini wajib diisi. Anda hanya boleh memasukkan teks dalam bidang ini mencecah 255 huruf (simbol-simbol , ^ * < > { } = ` \ dan % tidak boleh digunakan).
Brief Description (Penghuraian Ringkas)
Masukkan huraian set tag anda mencecah 1250 huruf. Anda boleh menggunakan kod HTML dan simbol lain dalam bidang ini (sila ambil perhatian bahawa teks untuk kod ataupun format diambil kira dalam had 1250 huruf tersebut).
Visible tag list? (Senarai tag yang dapat dilihat?)
Tandakan kotak ini untuk membolehkan pengguna lain untuk pra-baca tag-tag yang ada dalam set tag anda.
Usable by others? (Boleh diguna oleh pengguna lain?)
Tandakan kotak ini untuk membenarkan set tag anda untuk digunakan secara umum oleh penyelaras untuk cabaran-cabaran lain. Sila ambil perhatian bahawa pertukaran tetapan ini tidak akan menjejaskan cabaran yang sedang menggunakan set tag anda.
Currently taking nominations? (Sedang mengambil pencalonan?)
Tandakan kotak ini untuk membuka pencalonan—anda perlu berbuat demikian agar anda dapat menetapkan batasan pencalonan anda juga.

Nomination Limits (Had Pencalonan)

Jika anda telah menanda kotak "Sedang mengambil pencalonan?", anda akan disediakan sebuah kawasan untuk menetapkan had yang anda ingin untuk pencalonan. Masukkan nombor maksimum pencalonan Fandom (Fandom), Character (Watak), Relationship (Hubungan), dan Additional (freeform) tag (Tag (freeform) tambahan) yang anda akan terima daripada seseorang peserta. Jika anda membenarkan kedua-dua fandom dan watak/hubungan dalam set tag yang sama, nombor watak/hubungan adalah berdasarkan setiap satu fandom.

Tags In Set (Tag-tag dalam Set)

Terdapat dua memasukkan tag dalam set tag: secara manual atau dengan menerima pencalonan. Anda boleh menggunakan salah satu ataupun kedua-dua cara ini. Jika anda ingin menambah tag dalam set secara manual, anda boleh melakukannya di sini.

Anda boleh menggunakan tag yang sudah wujud dalam AO3, atau mencipta tag baharu. Anda juga boleh memilih tag Categories (Kategori), Ratings (Tahap), and Warnings (Amaran) tag yang dibenarkan.

Sila ambil perhatian bahawa jika anda memasukkan sesebuah fandom ke dalam set tag anda, anda hanya dibenarkan memasukkan fandom yang ada dalam dalam cabaran anda. Jika anda tidak memasukkan fandom dalam set tag anda, anda tidak akan dapat mengaitkan watak atau hubungan yang baharu.

Jika anda ingin menambah beberapa tag yang sudah wujud di AO3, anda mungkin patut mempertimbangkan penggunaan ciri beban kumpulan.

Tag Associations (Perhubungan Tag)

Bahagian ini dikosongkan apabila anda membuat set tag anda. Setelah anda menambahkan tag, atau menerima tag yang telah dicalonkan dalam set tag anda, anda boleh kembali ke bahagian ini untuk menambah atau menyunting gabungan fandom mereka. Rujuk kepada Bagaimanakah saya tambah gabungan kepada tag?

Actions (Tindakan)

Setelah anda berpuas hati dengan pilihan yang telah dibuat, dan telah menambah tag yang diingini secara manual, tekan butang "Submit (Hantar)" pada akhir halaman. Kami cadangkan supaya anda menanda (bookmark) halaman yang terhasil untuk memudahkan navigasi ke set tag anda.

Bagaimanakah saya memadam set tag?

Jika anda mempunyai akses tahap pemilik kepada sesebuah set tag, anda boleh memilih butang "Delete (Padam)" di laman set tag tersebut, dan mengesahkan pemadaman melalui pop-up. Pemadaman set tag adalah segera dan tidak boleh dikembalikan. Semua maklumat dalam set tag, termasuk tag-tag, pencalonan, dan pengaitannya yang ditambah akan dihapuskan dengan segera, dan set tag tersebut tidak akan wujud untuk apa-apa cabaran.

Jika sesebuah set tag ialah satu-satunya set tag yang digunakan dalam sesebuah cabaran semasa pemadamannya, cabaran tersebut akan kembali kepada penetapan iaitu membenarkan kesemua tag-tag dalam Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita)

Bagaimanakah saya mengubah sama ada set tag saya boleh digunakan secara umum?

Dari halaman set tag anda, tekan butang "Edit (Sunting)". Di bidang Description (Penghuraian), tandakan kotak "Usable by others? (Boleh digunakan oleh pengguna lain?)" kemudian pilih "Update (Kemas kini)" untuk membenarkan set tag anda boleh digunakan secara umum oleh pemilik cabaran lain.

Untuk memastikan set tag anda tidak boleh digunakan secara umum, cuma nyahtandakan "Usable by others?", dan pilih "Update" di bahagian bawah halaman. Sila ambil perhatian yang perbuatan demikian tidak akan menjejaskan cabaran yang sudah menggunakan set tag anda itu.

Bagaimanakah saya mengubah sama ada set tag saya tersembunyi atau tidak?

Dari halaman set tag anda, tekan butang "Edit (Sunting)". Di bidang Description (Penghuraian), tandakan "Visible tag list? (Senarai tag dilihat dengAb nyata?)" kemudian pilih "Update (Kemas kini)" untuk membenarkan tag yang telah dimasukkan ke dalam set tag anda dilihat dengan nyata pengguna lain.

Untuk menyembunyikan tag dalam set tag anda, cuma nyahtandakan "Visible tag list?", kemudian pilih "Update" di bahagian bawah halaman.

Bagaimanakah saya membuka pencalonan?

Dari halaman set tag anda, tekan butang "Edit (Sunting)". Di bidang Description (Penghuraian), tandakan "Currently taking nominations? (Sedang menerima pencalonan?)" kemudian pilih "Update (Kemas kini)" untuk membuka (atau membuka semula) pencalonan.

Penandaan kotak ini akan memaparkan sebuah bidang untuk anda tetapkan batasan yang anda inginkan pada pencalonan. Rujuk kepada Bagaimanakah saya menetapkan batasan pada pencalonan? untuk bantuan dengan bidang ini.

Untuk maklumat tentang penutupan pencalonan, rujuk kepada Bagaimana dan bila boleh saya menutup pencalonan?

Bagaimanakah cara menetapkan batasan pada pencalonan?

Dari halaman set tag anda, tekan butang "Edit (Sunting)", dan pastikan kotak "Currently taking nominations? (Sedang menerima pencalonan)" telah ditandakan. Pada bahagian Nomination Limits (Batasan Pencalonan), masukkan nombor maksimum pencalonan Fandom (Fandom), Character (Watak), Relationship (Hubungan), dan Additional (freeform) tag (Tag Tambahan (freeform)) yang anda akan terima daripada seseorang peserta. Jika anda membenarkan kedua-dua fandom dan watak/hubungan dalam set tag yang sama, nombor watak/hubungan adalah untuk setiap satu fandom.

Apabila anda berpuas hati dengan tetapan tersebut, pilih "Update (Kemas kini)" untuk mengesahkan perubahan anda.

Bagaimanakah saya mengubah kesilapan dalam nombor pilihan tag dalam pencalonan?

Anda tidak boleh mengubah pilihan ini jika anda telah mempunyai tag yang dicalonkan. Anda perlu mengkaji semula atau memadam semua pencalonan dulu. Setelah semua pencalonan dipadamkan atau dikaji semula, tekan butang "Edit (Sunting)" pada halaman set tag anda. Anda kemudian boleh membuat sebarang perubahan terhadap set tag anda, termasuk batasan pencalonan.

Bagaimanakah saya meluluskan atau menolak pencalonan?

Jika anda mempunyai pencalonan yang perlu dikaji semula, butang "Review Nominations (Mengkaji Pencalonan)" akan terpapar pada halaman set tag anda. Tekan butang tersebut untuk membuka halaman Review Nominations untuk set tag tersebut. Halaman ini terbahagi kepada beberapa bahagian, dan pemformatan tag tersebut akan memberikan anda maklumat tertentu tentangnya. Rujuk kepada Mengapakah tag pencalonan diformat secara berbeza? untuk maklumat lanjut. Jika sesebuah tag telah dicalonkan lebih daripada sekali, ia akan dinyatakan dengan tanda kotak "+" dengan "(x#)", e.g. (x2).

Tag baharu yang dicalonkan untuk fandom yang telah anda luluskan akan disenaraikan pada seksyen pertama. Tag baharu yang dicalonkan kepada fandom yang belum anda luluskan pula berada pada seksyen kedua. Seksyen ketiga dan terakhir mengandungi semua Additional (freeform) tags (Tag tambahan (freeform)) yang telah dicalonkan.

Dalam setiap seksyen, anda boleh menggunakan butang "Approve All (Terima semua)" atau "Reject All (Tolak semua)" untuk menanda semua kotak yang terbabit, dan butang "Approve None (Tidak terima apa-apa)" atau "Reject None (Tidak tolak apa-apa)" untuk menyahtandakan kotak yang terbabit.

Untuk pemprosesan satu per satu, tandakan kotak "+" untuk meluluskan, atau kotak "x" untuk menolak. Jika anda ingin meluluskan tag tetapi ingin membuat perubahan (contohnya, seseorang mencalonkan "Divine Cassandra" tetapi anda inginkan tag tersebut sebagai "Cassandra Pentaghast"), anda boleh memasukkan tag yang betul pada kotak kosong di sebelah kotak lulus/tolak (ataupun di bawah kotak tersebut jika menggunakan telefon bimbit) dan luluskan seperti biasa.

Jika tag yang dicalonkan telah diselaras sebagai sinonim (contohnya, Strawberry telah dibuat bersinonim dengan Strawberries), tag kanonikal akan dicadangkan pada barisan tag tersebut, ataupun di bawahnya dalam skrin yang lebih kecil. Anda boleh menandakan kotak untuk meluluskan tag kanonikal tersebut.

Sila ambil perhatian yang tag yang dicalonkan pada set tag mesti unik. Sistem akan menjadi amat keliru jika anda cuba mencalonkan "Dazai Osamu" untuk dua fandom berbeza. Anda perlu mengubah pencalonan kepada "Dazai Osamu (Bungou Stray Dogs)" dan "Dazai Osamu (Literary RPF)". Rujuk kepada Bagaimanakah saya membetulkan tag calonan jika saya ingin meluluskannya dalam bentuk yang berbeza?

Memandangkan tag yang dicalonkan berkait rapat dengan penyelarasan Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita), kadangkala susunan kata perlu amat spesifik supaya tagnya menjadi unik. Contohnya, seorang peserta mencalonkan "Natasha Romanov (Comics)" dalam fandom "Marvel 616". Oleh kerana tag ini dianggap sama dengan tag kanonikal "Natasha Romanov", sistem akan mengaitkannya secara automatik dengan setiap fandom Marvel yang mempunyai watak tersebut, maka pengguna boleh membuat pendaftaran untuk cabaran anda untuk Natasha Romanov dalam mana-mana fandom Marvel dan bukan sahaja fandom Marvel 616. Anda dikehendaki mengubah pencalonan supaya ia menjadi lebih spesifik, contohnya "Natasha Romanov (Marvel 616 Winter Exchange)".

Rujuk kepada Bagaimanakah saya menambah pengaitan kepada tag? untuk maklumat tentang cara menambah pengaitan fandom. Penyelaras tag akan dapat mengaitkan tag atau perhubungan baharu dengan betul selepas tag tersebut digunakan dalam karya yang telahpun diterbitkan atau didedahkan. Untuk maklumat lanjut tentang pendedahan karya, rujuk kepada Bagaimanakah saya mendedahkan karya atau menukarkan ketanpanamaannya dalam koleksi milik saya? di FAQ Koleksi.

Setelah anda membuat pilihan, pergi ke hujung halaman dan tekan butang "Submit (Hantar)". Tiada perubahan akan dibuat sehingga butang ini ditekan.

Setelah tag diterima ke dalam set tag, ia boleh dibuangkan dengan memadamkannya dari set tag, tetapi anda tidak boleh mengembalikannya ke senarai tag pencalonan. Rujuk kepada Bagaimanakah saya memadam tag daripada set tag saya? untuk maklumat lanjut.

Mengapakah tag pencalonan diformat secara berbeza?

Tag yang telah dicalonkan boleh dijumpai apabila anda menekan butang "Review Nominations (Kaji Semula Pencalonan)" pada halaman set tag anda. Format teks akan memaklumkan anda tentang status tag tersebut dalam Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), seperti berikut:

Tag kanonikal 'Coffee', ditebalkan dengan hiperpautan bertitik di bawah
Ditebalkan dengan hiperpautan bermaksud tag tersebut merupakan tag kanonikal dalam AO3 (tag yang ditanda sebagai 'biasa' dan muncul di penapis laman).
Tag baharu 'Mauve Chair', tanpa format
Teks biasa (tanpa format) bermakna ia tag baharu yang tidak pernah digunakan dalam AO3. Oleh itu, ia tidak mempunyai pengaitan mahupun sinonim.
Tag tanpa format 'Dessert'. Tag kanonikal 'Desserts & Sweets' berada dalam kurungan di sebelahnya, ditebalkan dengan hiperpautan bertitik untuk menunjukkan ia kanonikal.
Teks biasa dengan hiperpautan yang ditebalkan pada tag kanonikal yang wujud dalam kurungan di sebelahnya bermakna tag yang dicalonkan telah dihubungkan kepada tag kanonikal sebagai sinonim. Dalam kes sebegini, pilihan untuk memilih tag kanonikal akan muncul pada barisan tag tersebut.
Tag tanpa penyelarasan 'Limes', dalam teks biasa tanpa format dengan sorotan kelabu
Teks biasa dengan sorotan kelabu bermakna tag tersebut pernah digunakan di AO3, tetapi masih belum dijadikan kanonikal atau sinonim kepada tag kanonikal
Tag kanonikal 'Lena', tidak ditebalkan dengan hiperpautan bertitik di bawah
Teks biasa dengan hiperpautan bermakna tag tersebut ialah tag kanonikal di AO3, tetapi tidak berhubung dengan fandom yang telah dicalonkan bersama.

Untuk lebih maklumat tentang cara tag diselaraskan di AO3, sila rujuk kepada FAQ Tag.

Bolehkah saya meluluskan atau menolak tag semasa pencalonan dibuka?

Ya, anda boleh. Anda tidak perlu menutup pencalonan sebelum anda mula memprosesnya. Rujuk kepada Bagaimanakah saya meluluskan atau menolak pencalonan? untuk panduan.

Bagaimanakah saya membetulkan tag pencalonan jika saya ingin menerimanya dalam bentuk berbeza?

Jika anda ingin meluluskan tag tetapi perlu mengubahkannya (contohnya, jika sesuatu tag salah dieja, ataupun seseorang mencalonkan "Clara Oswald" tetapi anda inginkan tag itu sebagai "Clara Oswin Oswald"), anda boleh masukkan tag yang betul dalam kotak kosong di sebelah kotak tanda lulus/tolak (ataupun di bawah jika menggunakan peranti mudah alih). Tekan butang "Submit (Hantar)" pada hujung halaman untuk membuat perubahan anda.

Bagaimana dan bilakah saya boleh menutup pencalonan?

Dari halaman set tag, tekan butang "Edit (Sunting)". Di bidang Description (Penghuraian), nyahtanda "Currently taking nominations? (Sedang mengambil pencalonan?)" kemudian tekan butang "Update (Kemas kini)" pada hujung halaman untuk menutup pencalonan.

Bila anda melakukan ini adalah terpulang kepada anda. Anda boleh melakukannya apabila telah menerima pencalonan yang mencukupi, atau pada tarikh dan masa yang telah pun ditetapkan—contohnya, jika anda mengumumkan bahawa pencalonan akan dibuka dari [Tarikh] hingga [Tarikh]—ataupun pada bila-bila masa yang sesuai dengan anda. Tiada membuka atau menutup pencalonan secara automatik. Ini perlu dilakukan secara manual dengan menanda atau menyahtanda kotak pada masa yang sesuai.

Anda boleh membuka semula pencalonan pada bila-bila masa. Rujuk kepada Bagaimanakah saya membuka pencalonan? untuk peringatan tentang cara melakukannya.

Bagaimanakah untuk membersihkan pencalonan?

Dari halaman set tag anda, tekan butang "Clear Nominations (Bersihkan Pencalonan)". Ini akan membawa anda ke halaman pengesahan. Tekan butang "Yes, Clear Tag Set Nominations (Ya, Bersihkan Pencalonan Set Tag)" untuk memadamkan semua pencalonan set tag anda. Pengguna boleh mengemukakan pencalonan lagi selepas anda memadamkan pencalonan sebelumnya, jika pencalonan masih dibuka.

Nota: Ini akan memadamkan semua pencalonan yang belum dikaji semula daripada set tag anda dan tidak boleh dikembalikan, jadi sila berhati-hati. Rujuk kepada Bagaimanakah saya luluskan atau menolak pencalonan? untuk maklumat lanjut tentang cara mengkaji pencalonan.

Bagaimanakah saya menambah tag kepada set saya sendiri?

Dari halaman set tag, tekan butang "Edit (Sunting)". Dalam bidang Tags In Set (Tag dalam Set), anda boleh menambah Fandom (Fandom), Character (Watak), Relationship (Hubungan), dan Additional (freeform) tags (Tag tambahan (freeform)) dengan menggunakan kotak teks "Add (Tambah):" di bawah kategori yang relevan. Anda juga boleh menetapkan Categories (Kategori), Ratings (Tahap), dan Warnings (Amaran) yang dibenarkan dalam cabaran anda dengan menanda (atau menyahtanda) kotak yang diberikan, jika anda ingin menggunakan tag itu untuk padanan.

Anda juga boleh memuat secara kumpulan tag beberapa watak atau hubungan, asalkan tag-tag tergolong dalam fandom yang sama. Rujuk kepada Bagaimanakah saya menambah beberapa tag pada masa yang sama? untuk arahan.

Untuk memadam tag dari set tag, rujuk kepada Bagaimanakah saya memadam tag dari set tag saya?

Bagaimankah saya menambah beberapa tag pada masa yang sama?

Dari laman set tag anda, tekan butang "Batch Load (Muat Secara Berkumpulan)" pada bahagian atas laman. Anda boleh menambah tag dengan format: Fandom,Watak,Watak, Watak,,... (dipisahkan dengan koma tanpa jarak) untuk menambah tag fandom dan tag wataknya, atau tandakan kotak di sebelah "Relationships instead? (Hubungan pula)" untuk menambah tag fandom dan tag hubungannya dengan format:
Fandom, Watak/Watak, Watak & Watak,.... Anda tidak dibenarkan memasukkan tag Character (Watak) dan Relationship (Hubungan) pada masa yang sama.

Sila ambil perhatian bahawa anda hanya boleh gunakan Batch Load (Muat Secara Berkumpulan) untuk menambah tag Fandom (Fandom), Character (Watak), dan Relationship (Hubungan) yang telah dibuat kanonikal. Untuk maklumat lanjut tentang tag kanonikal, rujuk kepada Apakah tag kanonikal? Untuk menambah tag-tag baharu ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) untuk kegunaan set tag anda sendiri, anda perlu menambah tag secara individu di laman Edit (Sunting)..

Beberapa contoh:

  • 방탄소년단 | Bangtan Boys | BTS,Jeon Jungkook,Park Jimin (BTS),Min Yoongi | Suga,Jung Hoseok | J-Hope,Kim Taehyung | V,Kim Seokjin | Jin,Kim Namjoon | Rap Monster
  • Homestuck,Dave Strider & Dirk Strider,John Egbert/Dave Strider,Jake English/Dirk Strider,Rose Lalonde/Kanaya Maryam,Dave Strider/Karkat Vantas,John Egbert/Karkat Vantas

Bagaimanakah saya menambah perhubungan kepada tag?

Selepas tag diterima untuk ditambah kepada set tag, apa-apa tag yang dikemukakan dalam sesebuah fandom yang tidak berhubung secara kanonikal akan terpapar apabila anda memilih "Review Associations (Kaji Semula Perhubungan). Anda boleh meluluskan perhubungan baharu dengan menanda kotak bersebelahan tag yang disenaraikan berserta perhubungan yang baharu, kemudian tekan "Submit (Hantar)" ketika hampir ke bawah halaman.

Untuk melaraskan perhubungan secara manual, tekan butang "Edit (Sunting)". Tatal bawah ke seksyen Tag Associations (Perhubungan Tag) (hampir dengan bawah halaman) dan pilih "Add Association (Tambah Perhubungan)". Ini akan membuka menu input tambahan, di mana anda boleh memilih salah satu tag untuk mencipta perhubungan yang menggunakan menu "Tag (Tag)". Kemudian pilih fandom untuk dihubungkan daripada menu "Parent tag (Tag induk)". Menu-menu ini akan dipenuhi dengan tag-tag yang telah diterima untuk kegunaan dalam set tag anda.

Jika anda telah membuat kesilapan, anda boleh membuang apa-apa perhubungan yang telah ditambah daripada seksyen ini. Tandakan kotak bersebelahan perhubungan tersebut untuk membuangnya, dan tambah perhubungan yang betul seperti yang diterangkan sebelum ini.

Anda boleh menekan butang "Add Association (Tambah Perhubungan) seberapa banyak kali yang anda mahu. Setelah anda mempunyai pasangan untuk kesemua tag dan fandom mereka, tekan butang "Update (Kemas kini)" pada bawah halaman.

Ini harus diingatkan bahawa apa-apa tag yang anda gunakan yang sudah wujud dalam Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) akan dipaparkan dengan perhubungan mereka dalam tag set. Anda boleh menambah perhubungan tambahan, tetapi anda tidak boleh membuang mana-mana yang telah diletakkan oleh AO3. Jika anda ingin menggunakan tag tetapi tidak termasuk semua perhubungan, cara yang terbaik adalah dengan menggunakan tag yang belum lagi diselaraskan dalam AO3. Anda boleh mengetahui sinonim tag seperti berikut:

  1. Pilih "Search (Pencarian)" daripada menu utama pada atas halaman, kemudian "Tags (Tag)".
  2. Masukkan nama tag kanonikal yang anda ingin cari, seperti "Apples", kemudian tekan butang "Search tags (Cari tag)".
  3. Senarai tag yang berpadanan akan dipaparkan. Tag kanonikal ditebalkan. Pilih salah satu yang anda ingin kaji semula.
  4. Halaman tag tersebut akan mempunyai seksyen yang bertajuk "Tags with the same meaning (Tag yang mempunyai maksud sama)"
  5. Tambah tag dalam set tag anda yang tidak terpapar dalam senarai "Tags with the same meaning".

Bagaimanakah saya memadamkan sesuatu tag daripada set tag saya?

Dari halaman set tag anda, tekan butang "Edit (Sunting)". Pada seksyen "Tags in Set (check to remove) (Tag dalam Set (tanda untuk buang)", anda boleh prabaca semua tag yang telah ditambah ke dalam set tag anda, disusun mengikut jenis.

Tandakan kotak untuk tag-tag yang anda ingin buang, kemudian tekan butang "Update (Kemas kini)" pada bawah halaman. Jika anda menambah sebarang Categories (Kategori), Ratings (Tahap), atau Warnings (Amaran) lazim dan ingin membuangnya, nyahtanda kotak yang relevan dan kemudian tekan butang "Update (Kemas kini)".

JIka anda terpadam tag secara tidak sengaja, anda boleh menambah semula secara manual. Rujuk kepada Bagaimanakah saya menambah tag ke dalam set tag? untuk maklumat tentang cara melakukannya.

Bagaimanakah saya menambah set tag ke dalam cabaran saya untuk digunakan oleh orang lain?

Anda boleh menambah set tag ke dalam Gift Exchange (Pertukaran Hadiah) atau Prompt Meme (Prompt Meme ketika anda pertama kali menciptanya, atau pada kemudiannya pada halaman Challenge Settings (Tetapan Cabaran) tersebut. Untuk ke halaman ini, pilih "My Collections (Koleksi Saya)" dari menu "Hi (Hai), [nama pengguna]!", dan kemudian pilih cabaran daripada senarai tersebut. Setelah itu, pilih "Challenge Settings (Tetapan Cabaran)" daripada menu di sebelah kiri (atau di atas dalam peranti mudah alih).

Pergi ke seksyen Tag Options (Pilihan Tag) dan masukkan nama set tag yang anda ingin guna dalam bidang teks bersebelahan "Tag Sets To Use (Set Tag Untuk Diguna)". Ini merupakan bidang autolengkap, yang bermaksud anda boleh masukkan nama set tag dan senarai cadangan akan dipaparkan. Anda boleh memasukkan beberapa set tag.

Ini harus diingatkan jika anda menyertakan fandom dalam set tag anda, anda akan terhad kepada fandom tersebut dalam cabaran anda. Jika anda tidak menyertakan fandom dalam set tag, anda tidak akan dapat menghubungkan watak atau hubungan baru.

Jangan lupa untuk set tetapan Character (Watak) dan Relationship (Hubungan) anda:

  • Membiarkan kedua-dua kotak dinyahtanda membolehkan sebarang tag dalam set tag untuk digunakan dalam mana-mana kombinasi. Ia tidak membenarkan peserta untuk menggunakan mana-mana tag Archive of our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) yang tiada dalam set tag. Pilihan ini sahaja yang membolehkan peserta untuk mendaftar pada cabaran anda tanpa memilih fandom.
  • Menandakkan "Fandom only (Fandom sahaja)" memerlukan peserta untuk meilih fandom daripada yang disertakan dalam set tag. Mereka boleh kemudian menggunakan mana-mana tag watak atau hubungan berhubungan dengan fandom tersebut, samada mereka berada dalam set tag atau tidak. Ini boleh merupakan perhubungan fandom yang sudah wujud AO3, atau yang telah ditambah oleh anda melalui set tag. Jika anda tidak mempunyai fandom yang telah dijelaskan dalam set tag anda dan memilih pilihan ini, peserta anda tidak akan dapat melengkapkan pendaftaran.
  • Menandakan "Tag set fandom only (Set tag fandom sahaja)" memerlukan peserta untuk memilih fandom daripada yang disertakan dalam set tag. Mereka kemudian boleh menggunakan mana-mana tag watak atau hubungan yang wujud dalam set tag tersebut, samada mereka berhubungan dengan fandom yang dipilih atau tidak.
  • Menandakan kedua-dua kotak mempunyai hasil fungsi yang sama seperti menanda "Fandom only". has the same functional result as checking "Fandom only". Walaubagaimanapun, "Fandom only" memenuhi bidang autolengkap tag watak dan hubungan dengan tag yang berhubungan di seluruh AO3, menandakan kedua-dua kotak memenuhi autolengkap dengan tag yang telah ditambah dalam set tag anda sahaja. Peserta masih boleh menambah tag dari AO3 yang tidak termasuk dalam set tag dengan menaip secara manual berbanding dengan mengharapkan autolengkap.

Setelah anda memilih set-set tag anda dan tetapan Character (Watak) dan Relationship (Hubungan), pergi ke bawah halaman dan tekan butang "Update (Kemas kini)" untuk mengesahkan perubahan.

Apakah perbezaan antara pemilik bersama dengan penyelaras?

Pemilik-pemilik boleh mengakses semua pilihan penyelenggaraan set tag. Ini bermaksud, mereka boleh menyunting tetapan (seperti menambah atau membuang pemilik bersama atau penyelaras, termasuk pemilik asal), memadam set tag, prabaca (terima atau tolak) atau membersihkan pencalonan, prabaca perhubungan, dan muat tag secara berkumpulan.

Penyelaras pula hanya boleh prabaca (terima atau tolak) pencalonan dan perhubungan.

Untuk mempelajari menambah seseorang ke peranan tersebut, rujuk kepada Bagaimanakah saya menambah atau membuang seseorang sebagai pemilik bersama atau penyelaras set tag saya?

Bagaimanakah saya menambah atau melucutkan seseorang sebagai pemilik bersama atau penyelaras set tag saya?

Dari halaman set tag anda, tekan butang "Edit (Sunting)". Pada seksyen Management (Penyelenggaraan), masukkan nama pengguna atau nama samaran dalam kotak teks bersebelahan "Add/Remove Owners (Tambah/Lucutkan Pemilik)" atau "Add/Remove Moderators (Tambah/Lucutkan Penyelaras)" dan kemudian tekan butang "Update (Kemas kini)". Jika nama pengguna atau nama samaran belum menjadi seorang pemilik atau penyelaras, mereka akan ditambah sebagai salah satu. Jika mereka sudah menjadi seorang pemilik atau penyelaras, mereka akan dikeluarkan. Anda tidak dibenarkan mengeluarkan pemilik tunggal set tag.

Untuk keterangan lanjut tentang perbezaan antara peranan-peranan ini, rujuk kepada Apakah perbezaan antara pemilik bersama dan penyelaras?

Apakah yang dimaksudkan jika tag fandom berada dalam Uncategorized Media (Media Tidak Berkategori)?

Fandom yang masih belum diletakkan di kategori media yang sesuai oleh penyelaras tag akan ditambah secara automatik ke dalam kategori "Uncategorized Media". Ini akan berlaku jika, sebagai contoh, anda menambah sesuatu tag fandom yang belum pernah digunakan dalam Archive of Our Own – AO3 (Akrib Milik Kita) sebelum ini.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Mengapakah tag saya di kategori yang salah?

Apa yang saya perlu lakukan jika tag fandom berada di kategori media yang salah?

Ini harus diingatkan bahawa fandom yang menyertakan teks "Ambiguous Fandom (Fandom Taksa) atau "All Media Types (Semua Jenis Media)" mungkin tidak dikategorikan dengan betul. Sila rujuk kepada Apakah maksud '- Ambiguous Fandom' dan '- All Media Types'? untuk maklumat lanjut.

Jika anda menambah tag fandom yang serba baru melalui set tag anda, ia tidak akan dikategorikan sehingga ia digunakan untuk karya yang telah diterbitkan. Ia akan berada di dalam Uncategorized Fandoms (Fandom Tidak Berkategori) sehingga masa tersebut tiba. Sila ambil perhatian bahawa pengkategorian fandom merupakan tugas manual yang dilakukan oleh penyelaras tag, dan perubahan tidak berlaku secara segera.

Jika anda merasakan bahawa sesuatu fandom tidak dikategorikan dengan betul, sila rujuk aya rasa saya telah menjumpai sesuatu kesilapan pada tag, apakah yang perlu saya lakukan?.

Apa yang saya perlu lakukan jika tag dihubungkan dengan fandom yang salah?

Penyelaras tag berkerja sedaya upaya meraka untuk menghubungkan tag dengan fandom yang betul, dan sesetengah tag dikongsi dengan pelbagai fandom (seperti fandom yang berada dalam francais yang sama, yang mana selalunya berkongsi watak). Sebagai contoh, watak "Zelda (Legend of Zelda)" dihubungkan dengan lebih daripada sepuluh fandom permainan, disebabkan watak tersebut muncul pada setiap satu.
Anda boleh menambah perhubungan fandom tambahan secara manual melalui halaman Edit Tag Set (Sunting Set Tag); sila rujuk kepada Bagaimanakah saya menambah pengaitan kepada tag? untuk panduan tentang cara melakukannya. Walaubagaimanapun, anda tidak boleh membuang mana-mana yang telah wujud dalam Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).
Jika anda merasakan bahawa sesuatu fandom tidak dikategorikan dengan betul, sila rujuk Saya rasa saya telah menjumpai sesuatu kesilapan pada tag, apakah yang perlu saya lakukan?.

Di manakah boleh saya mendapat maklumat lanjut jika soalan saya tidak dijawab di sini?

Jika anda memerlukan bimbingan berkenaan bahagian tertentu koleksi atau penciptaan cabaran, sila lawati:

Maklumat lanjut mengenai tag-tag Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) boleh dijumpai di FAQ Tag.

Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang AO3 telah dijawab dalam FAQ Arkib dan beberapa istilah umum dijelaskan dalam Glosari. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh menyemak laman Isu Yang Diketahui kami. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Bantuan.

Untuk bantuan dengan cabaran spesifik anda yang tidak diungkit dalam FAQ ini atau Tutorials, sila tambah AO3_Support sebagai pemilik bersama dan kemudian hubungi kami dan kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda.