Apakah itu tag?
Tag ialah kata kunci atau frasa yang memberi maklumat tentang sebuah karya, dan boleh dibuat oleh sesiapa yang mencipta hasil kerja seperti karya atau penanda laman di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Tag-tag ini digunakan untuk menyatakan yang mana adalah Rating (Penarafan), Warnings (Amaran), Fandoms (Fandom), Categories (Kategori), Characters (Watak-watak), dan Relationships (Hubungan) yang digunakan. Maklumat lain boleh ditambah dengan menggunakan Additional Tags (Tag Tambahan). Untuk penjelasan lebih lanjut untuk maksud tag-tag ini, sila rujuk Apakah jenis-jenis tag yang ada?
Tag juga membolehkan anda untuk mencari atau menapis karya. Dengan memilih tag, ia akan secara automatik mengembalikan semua karya atau penanda laman di laman yang menggunakan tag yang tertentu, atau tag canonical yang dipautkan. Ia berlainan dengan cara tag digunakan di laman-laman lain. Sila rujuk Bagaimanakah tag canonical berfungsi? untuk maklumat lebih lanjut.
Bagaimanakah tag disusun?
Tag disusun oleh penyelaras tag (ahli sukarela dalam jawatankuasa Penyelaras Tag) menurut Wrangling Guidelines (Garis Panduan Penyelarasan) (dalam bahasa Inggeris).
Penyelaras tag membina kaitan diantara tag-tag yang terletak pada struktur tersebut:
-
Media (Media) - Rancangan TV
-
Fandom (Fandom) - 쓸쓸하고 찬란하神 - 도깨비 | Goblin (TV)
-
Characters (Watak-watak) - Choi Tae Hee, Happy (Goblin), Kim Sun | Sunny
- Relationships (Hubungan) - Choi Tae Hee/Ji Eun Tak, Kim Sun | Sunny/Wang Yeo | Grim Reaper
- Additional Tags (Tag Tambahan) - Diinspirasi oleh Goblin (K-drama)
-
Characters (Watak-watak) - Choi Tae Hee, Happy (Goblin), Kim Sun | Sunny
-
Fandom (Fandom) - 쓸쓸하고 찬란하神 - 도깨비 | Goblin (TV)
Penyelaras-penyelaras tag bertanggungjawab untuk mencipta dan menyusun tag canonical menurut format. Mereka juga akan menyertakan tag yang merujuk kepada fandom yang sama, watak-watak, hubungan atau maklumat lebih lanjut tentang tag canonical. Untuk maklumat lebih lanjut tentang tag canonical dan fungsinya di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), sila rujukBagaimanakah tag canonical berfungsi?
Bagaimanakah tag bukan bahasa Inggeris disusun?
Tag dihasilkan secara canonical menurut Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) Wrangling Guidelines (Garis Panduan Penyelarasan) (dalam bahasa Inggeris). Secara amnya, garis panduan direka untuk menjelaskan bentuk tag yang paling biasa, tetapi ini tidak semestinya. Contohnya, fandom dan watak-watak dari sumber bukan bahasa Inggeris selalunya disertakan dengan bahasa asal yang ditulis menggunakan abjad Latin.
Anda dialu-alukan untuk membuat tag (dan karya!) dalam apa jua bahasa yang anda ingini. Namun begitu, disebabkan kekangan teknikal dan sumber manusia, tag-tag disusun menggunakan abjad Latin dan mengikut maksudnya dalam bahasa Inggeris. Bila anda membuat tag dalam bahasa selain dari bahasa Inggeris, ia akan diterjemahkan oleh ahli-ahli sukarela kami dan disusun sepertimana ia sepatutnya disusun jika ia dalam bahasa Inggeris. Sila rujuk Bagaimanakah tag disusun? untuk maklumat lebih lanjut.
Sebagai contoh:
- Jika anda menerbit sebuah karya dalam bahasa Sepanyol dan menggunakan tag seperti muerte temporal de personajes ia akan diterjemah dan dijadikan sama makna dengan tag canonical bahasa Inggeris Temporary Character Death (Kematian Sementara Watak).
- Jika anda menerbit sebuah karya dalam bahasa Cina dan menggunakan tag hubungan 沈巍/赵云澜, ia akan diterjemah dalam abjad Latin dan dijadikan sama makna dengan tag hubungan Shěn Wēi/Zhào Yúnlán
Mengapa saya tidak menjumpai tag yang saya mahu gunakan?
Tag mesti disertakan dengan sebuah karya atau penanda laman sebelum ia muncul di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Tambahan pula, hanya tag canonical akan muncul di ruangan auto-lengkap. (Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujukBagaimanakah tag canonical berfungsi?)
Jika anda tidak menjumpai tag yang anda mahu gunakan, anda boleh mencipta tag yang baharu sendiri. Sila abaikan cadangan auto-lengkap dan masukkan tag sepenuhnya. Pastikan anda menggunakan "Enter" di papan kekunci, atau masukkan tanda koma selepas setiap tag! Anda boleh mengulangi proses ini sehingga anda mempunyai semua tag yang dikehendaki. Sila rujukBagaimanakah cara untuk tag karya saya supaya senang dicari? untuk petua.
Apakah perbezaan jenis-jenis tag?
Setiap tag Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) terdiri daripada beberapa jenis yang berlainan. Setiap jenis tag menyampaikan maklumat yang berlainan kepada pengguna.
- Rating (Penarafan)
- Penarafan mengukur intensiti isi sesebuah karya dan memberikan pengguna idea terhadap kesesuaian karya kepada mereka. Tahap-tahap penarafan dan definisi mereka adalah seperti berikut:
- Not Rated (Tidak Dinilai)
- Ini adalah pilihan lazim. Untuk mencari, menapis dan fungsi-fungsi AO3 yang lain, ia mungkin akan berfungsi sama seperti karya eksplisit dan karya dewasa.
- General Audiences (Pembaca Umum)
- Karya ini sesuai untuk bacaan umum
- Teen And Up Audiences (Pembaca Remaja dan Ke Atas)
- Kandungan ini tidak sesuai untuk pembaca di bawah umur 13 tahun.
- Mature (Kandungan Dewasa)
- Karya ini mengandungi unsur-unsur dewasa (seks, keganasan, dll.) yang tidak seberapa grafik seperti kandungan berunsur eksplisit.
- Explicit (Kandungan Eksplisit)
- Karya ini mengandungi unsur-unsur dewasa yang eksplisit, seperti pornografi, keganasan grafik, dll.
Jika sesebuah karya tidak diberi penarafan yang bersesuaian, ia mungkin akan dilaporkan kepada bahagian Polisi & Aduan selaras dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan (Terms of Service) - Archive Warnings (Amaran)
- Pereka dikehendaki oleh AO3 untuk samada memberi amaran untuk—atau tidak memberi amaran untuk—senarai amaran umum: Graphic Depictions of Violence (Keganasan Grafik), Major Character Death (Kematian Watak Utama), Rape/Non-Con (Perogolan/Tanpa Persetujuan), dan Underage (Bawah Umur). Kami juga menyediakan pilihan untuk memberi amaran untuk kandungan-kandungan lain dalam Tag tambahan atau untuk tidak memberi amaran langsung. Amaran-amaran dan maksudnya adalah seperti berikut:
- Graphic Depictions Of Violence
- Karya ini mengandungi lumuran darah, grafik, keganasan yang diterangkan secara eksplisit.
- Major Character Death
- Karya in mengandungi kematian watak utama. Pereka karya mempunyai hak untuk menentukan samada seseorang watak itu adalah watak utama atau tidak.
- Rape/Non-Con
- Karya ini mengandungi unsur kegiatan seksual tanpa persetujuan.
- Underage
- Karya ini mengandungi keganasan grafik atau unsur-unsur kegiatan seksual oleh watak-watak berumur 18 tahun ke bawah.
Jika sesebuah karya tidak diberi tag yang bersesuaian dengan amaran yang berkaitan, ia mungkin akan dilaporkan kepada bahagian Polisi & Aduan, selaras dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan (Terms of Service). - Category (Kategori)
- Tag kategori menunjukkan jenis hubungan romantik dan/atau hubungan seksual yang digunakan di dalam sesebuah karya. Kategori yang ada adalah:
- F/F (F/F)
- Hubungan Perempuan/Perempuan.
- F/M (F/M)
- Hubungan Perempuan/Lelaki.
- Gen (Umum)
- Umum: tiada hubungan romantic atau hubungan seksual, atau hubungan tidak menjadi fokus dalam karya ini.
- M/M (M/M)
- Hubungan Lelaki/lelaki.
- Multi (Pelbagai)
- Pelbagai jenis hubungan atau hubungan bersama pelbagai watak.
- Other (Lain-lain)
- Hubungan yang tidak mempunyai kategori.
- Fandom (Fandom)
- Tag fandom menentukan rujukan asal bagi karya tersebut. Karya dan penanda laman yang di-tag dengan sebuah fandom akan muncul di senarai tag canonical fandom tersebut.
Pelbagai tag fandom, yang diasingkan dengan tanda koma, berkeberangkalian akan dimasukkan ke dalam karya yang sama, asalkan fandom-fandom tersebut muncul di dalam karya yang dihasilkan. Karya-karya ini akan muncul di senarai tag fandom, dan boleh ditapis sebagai gabungan fandom.
Jika sebuah karya mempunyai tag fandom tetapi tiada unsur fandom tersebut muncul di dalam karya tersebut, ia mungkin akan dilaporkan kepada bahagian Polisi & Aduan, selaras dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan (Terms of Service). - Relationships (Hubungan)
- Tag hubungan menentukan hubungan di antara watak samada ia adalah hubungan romantik atau platonik di dalam sesebuah karya. Tag hubungan canonical lazimnya akan disenaraikan menggunakan nama penuh watak-watak yang terlibat (sebagai contoh, Elizabeth Bennet/Fitzwilliam Darcy atau Alphonse Elric & Edward Elric). Tag hubungan yang berlainan mesti diasingkan dengan tanda koma dan boleh melibatkan lebih dari dua watak, tetapi tag hubungan tidak boleh menjadi hubungan romantik dan juga hubungan platonik sekaligus. Untuk keterangan lebih lanjut untuk membezakan di antara hubungan romantik dan hubungan platonik di dalam senarai tag anda, sila rujuk Bagaimanakah cara untuk meletakkan tag pada hubungan romantik dan hubungan platonik?
- Characters (Watak-watak)
- Tag watak-watak menentukan satu atau pelbagai watak yang akan muncul dalam sebuah karya. Nama penuh (nama peribadi dan nama keluarga) diberi keutamaan untuk mengelak daripada kekeliruan. Watak-watak yang hanya mempunyai satu nama pengenalan lazimnya akan diketahui oleh fandom di mana nama fandom mereka akan diletakkan di dalam tanda kurungan selepas nama watak tersebut—sebagai contoh Gabriel (Ghost in the Shell), Gabriel (Good Omens) atau Gabriel (Supernatural).
Jika anda menyertakan watak asal, anda boleh memilih untuk menggunakan tag-tag yang sedia ada—masukkan "watak asal" untuk dimasukkan ke dalam senarai. Nama-nama watak yang berlainan mesti diasingkan dengan tanda koma dan anda boleh meletakkan seberapa banyak tag watak yang mungkin ke dalam karya anda
Tag watak canonical dicipta mengikut garis panduan yang khusus, jadi ia mungkin berlainan daripada apa yang anda jangkakan, bergantung kepada fandom. Untuk keterangan lebih lanjut tentang tag yang mana adalah canonical, sila rujuk Bagaimanakah tag canonical berfungsi? - Additional Tags (Tag tambahan)
- Tag tambahan (atau freeform) meliputi butir-butir yang tidak dinyatakan oleh kategori lain, termasuk apa-apa amaran untuk kandungan yang tidak diliputi oleh Amaran-Amaran AO3. Tag tambahan yang berguna menunjukkan butir-butir seperti genre karya tersebut, konsep fandom yang terdapat di dalam karya, komuniti di mana hasil karya dicipta untuknya, apabila karya yang dihasilkan berkait dengan rujukan asal, atau lokasi spesifik atau konsep yang berkenaan dengan fandom. Tag-tag ini juga digunakan untuk mengubah suai tag watak atau tag hubungan; sebagai contoh, Jesse McCree adalah tag watak canonical, tetapi untuk karya yang menggambarkan beliau sebagai seekor duyung, tag tambahan yang akan diletakkan adalah Merperson Jesse McCree (Jesse McCree duyung). Tag tambahan tidak terikat pada tag watak atau tag hubungan. Untuk keterangan lebih lanjut tentang bagaimana tag berkait dan menapis kandungan, sila rujuk Bagaimanakah cara untuk menggunakan tag bagi memmudahkan pencarian?
Bagaimanakah tag canonical berfungsi?
Tag canonical muncul di bahagian penapisan iaitu ciri khas di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita)—ini bermaksud ia akan muncul di bahagian auto-lengkap apabila mencipta karya atau penanda laman, dan juga apabila mencari dan menapis karya. Penyelaras tag akan membantu dalam memberi hubungan kepada tag dan memberi maksud kepadanya. Sebagai contoh, kami meletakkan tag watak kepada tag fandom dan menjadikan ia canonical supaya apabila anda menerbitkan karya untuk fandom tersebut, watak yang terdapat di fandom itu akan muncul dahulu di bahagian auto-lengkap.
Lazimnya, tag yang paling tidak mengelirukan dan senang diakses dijadikan canonical dan tag yang lain yang merujuk kepada konsep yang sama akan dikaitkan kepadanya sebagai tag sinonim. Pencarian atau pemilihan tag sinonim akan menemukan hasil daripada tag canonical dan semua tag yang berkaitan dengannya. Tag hubungan canonical selalunya akan menyenaraikan watak-watak yang terlibat mengikut susunan abjad permulaan nama keluarga, dengan beberapa pengecualian. Sila rujuk Garis Panduan Penyelarasan - Hubungan (dalam bahasa Inggeris) untuk maklumat lebih lanjut.
Sebagai contoh:
- Pengguna memasukkan Shakespeare/Nobunaga, Shakesnaga, William Shakespeare/Oda Nobunaga.
- Penyelaras tag mencipta Oda Nobunaga/William Shakespeare sebagai tag canonical dan mengaitkan tag-tag yang sinonim dengannya.
- Oda Nobunaga/William Shakespeare akan muncul di bahagian penapisan dan di bahagian auto-lengkap Post New Work (Terbit Karya Baru). Pencarian dalam tag ini akan menemukan semua karya yang menggunakan tag-tag yang berkaitan dengan tag canonical, seperti Shakespeare/Nobunaga, Shakesnaga, William Shakespeare/Oda Nobunaga.
Terdapat tag yang tidak jelas yang tidak boleh diberikan kepada sebuah fandom yang spesifik, namun masih kerap digunakan di mana penyelaras tag perlu membuatnya canonical. Jika ini berlaku, kami akan menciptakan metatag yang akan mengumpulkan semua tag yang berkaitan. Sebagai contoh, tag Bianca boleh merujuk kepada watak Bianca dari Dragon Age, watak Bianca Reyes daripada Blue Beetle, atau watak-watak yang bernama Bianca yang lain. Jika pengguna hanya memasukkan Bianca, penyelaras tag akan menghubungkan kepada watak-watak Bianca yang lain yang diketahui, namun ia tidak mungkin dapat dihubungkan dengan fandom tunggal.
Terdapat juga tujuan lain bagi penyelaras tag untuk mencipta metatag. Untuk keterangan lebih lanjut tentang bagaimana ia berfungsi, anda boleh rujuk kepada Garis Panduan Penyelarasan - Metatags (dalam bahasa Inggeris).
Anda tidak perlu menggunakan tag canonical untuk fandom anda, watak-watak, hubungan, atau tag tambahan; namun, penggunaan tag canonical menjaminkan kemunculan karya dan penanda laman di bahagian penapisan dengan serta-merta.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang fungsi-fungsi tag yang berlainan, sila rujukApakah jenis-jenis tag yang ada?
Apakah jenis-jenis format untuk tag?
Tag-tag di dalam Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) boleh ditulis sehingga 100 aksara dan boleh mengandungi aksara daripada kebanyakan bahasa, nombor, jarak dan sesetengah tanda baca. Tag tidak boleh mengandungi tanda koma kerana ia digunakan oleh AO3 untuk mengasingkan tag. Ini bermaksud tag yang mengandungi tanda koma akan dipisahkan secara automatik, menghasilkan pelbagai jenis tag.
Ada beberapa kekangan teknikal dalam penggunaan diakritik atau huruf besar untuk membezakan tag sesama sendiri. Sila rujuk Mengapa huruf-huruf besar atau diakritik di tag saya berubah apabila saya menyimpan karya saya? untuk keterangan lebih lanjut.
Apakah “Tag Kegemaran” dan bagaimana cara menggunakannya?
Apabila anda log masuk, anda boleh menambah sebuah tag sebagai tag kegemaran yang akan muncul pada laman utama anda, memberikan anda akses pantas kepada karya-karya yang menggunakan tag tersebut.
Untuk menambah tag kegemaran, pilih tag yang dikehendaki untuk ke senarai karya tersebut dan tekan butang "Favorite Tag" (Tag Kegemaran) yang berada di bahagian atas laman. Anda boleh menambah sebanyak 20 tag kepada senarai tag kegemaran anda.
Untuk membuang tag kegemaran, kembali ke senarai karya-karya tag dan tekan butang yang sama, dimana akan menjadi "Unfavorite Tag" (Tag Bukan Kegemaran).
Bagaimanakah cara untuk saya tag karya saya bagi memudahkan pencarian?
Anda boleh tag karya anda dengan apa saja tag yang anda rasa sesuai dengan karya anda. Tag yang mempunyai konsep yang sama akan dikaitkan bersama oleh penyelaras tag kami, supaya pengguna dapat mencari karya anda dengan mudah apabila mereka menggunakan ciri khas kami iaitu pencarian, pelayaran, dan penapisan. Untuk penjelasan yang lebih mudah tentang cara pengendalian kami, sila rujuk Bagaimanakah tag disusun?
Ada beberapa perkara penting yang anda perlu ketahui jika anda hendak menggunakan ciri khas tersebut dan menarik minat pengguna-pengguna untuk melihat karya anda.
Cara yang paling pantas untuk menjamin karya anda agar senang dicari ialah dengan menggunakan tag yang sudah lama wujud di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Masukkan terma di bidang Fandom (Fandom), Characters (Watak-watak), Relationships (Hubungan), atau Additional Tag (Tag Tambahan), dan auto-lengkap akan memberi cadangan tag canonical yang sesuai. Jika anda menjumpai tag di dalam senarai yang sesuai dengan karya anda, anda dipersilakan untuk menggunakannya!
Namun begitu, ada ketikanya anda tidak akan dapat menjumpai apa-apa pada auto-lengkap yang sesuai dengan karya anda. Tidak mengapa; pengguna-pengguna di AO3 akan membuat tag-tag yang baharu!
Apabila membuat tag baharu, penting untuk mengetahui bahawa kesemua tag di AO3 adalah berkongsi—tiada tag yang serupa. Ini bermaksud bahawa jika seorang pengguna di sebuah fandom menggunakan tag ini Hiro sebagai tag watak, mereka akan menggunakan tag yang sama yang digunakan pada karya-karya lain yang mempunyai tag Hiro, dan sebaliknya. Apa-apa yang berlaku kepada sesuatu tag akan memberikan kesan kepada setiap karya yang menggunakan tag itu. Sebagai contoh, penyelaras tag tidak akan memaut Hiro secara langsung kepada Hiro Hamada dari Big Hero 6, walaupun ianya jelas bahawa itu yang anda maksudkan, kerana Hiro mungkin telah digunakan pengguna lain untuk watak Hiro Nakamura daripada Heroes. Jika anda membuat tag anda secara jelas dan spesifik semana yang mungkin, ia dapat memudahkan pengguna lain untuk mencari karya anda.
Berpegang kepada maklumat ini, anda boleh mengikuti langkah-langkah tersebut untuk memaksimumkan nilai tag-tag yang anda gunakan pada karya-karya anda:
- Masukkan tag anda di kategori yang betul apabila anda menerbitkan karya anda. Maksudnya, nama fandom perlu dimasukkan ke dalam bidang Fandoms, hubungan ke dalam bidang Relationships, dan nama watak ke dalam bidang Characters. Untuk mana-mana yang tidak sesuai dengan kategori-kategori tersebut, gunakan Additional Tags.
- Pastikan tag anda diasingkan dengan betul. Apabila anda memasukkan beberapa tag, ia boleh diasingkan dengan tanda koma atau anda boleh gunakan "Enter" di papan kekunci anda. Anda perlu ambil tahu bahawa kelakuan pengasingan tanda koma di sistem kami bermaksud anda tidak boleh memasukkan tag yang mempunyai tanda koma; ia akan diasingkan kepada dua tag.
- Pastikan setiap tag mempunyai hanya satu konsep (satu fandom, satu watak, satu hubungan, satu trope, dll.)
- Pastikan tag boleh wujud dengan sendiri (ini bermaksud, tiada konteks tambahan diperlukan untuk memahami apa yang dirujuk oleh tag tersebut). Sebagai contoh, watak Hiro di perenggan dahulu yang menyertakan penggunaan nama penuh watak untuk membezakan watak yang mempunyai nama yang sama.
- Gunakan bidang Additional Tags untuk memasukkan apa-apa tema, genre, trope, squick, trigger dll. yang anda rasa pengguna-pengguna perlu pertimbangkan jika mereka ingin melihat karya anda atau tidak.
- Semak ejaan dan periksa semula tag anda sebelum menerbitkan karya anda.
Demi meraikan AO3 mencapai 30,000 fandom canonised, penyelaras tag telah membuat senarai petua tentang cara untuk tag karya anda dengan tepat, yang mungkin dapat membantu anda. Anda juga boleh rujuk soalan-soalan lain di FAQ untuk maklumat lebih lanjut tentang apa-apa yang berkaitan dengan cara menggunakan tag yang menepati citarasa anda.
Bagaimanakah cara untuk menggunakan tag pada penanda laman?
Bookmarks (Penanda laman) secara automatik akan memasukkan kesemua tag yang digunakan oleh pengarang. Jika anda ingin menambah beberapa tag, anda boleh menggunakan bidang "Your Tags" (Tag Anda). Ketika anda mula memasukkan tag anda, cadangan akan muncul di bahagian auto-lengkap. Anda boleh memilih tag canonical yang sudah wujud daripada senarai ini atau abaikan cadangan tersebut dan masukkan tag sepenuhnya. Pastikan anda menggunakan "Enter" di papan kekunci anda, atau masukkan tanda koma selepas setiap tag. Anda boleh mengubah atau padam apa-apa tag yang anda sudah tambah dengan mengubah penanda laman anda.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang penanda laman, sila rujuk FAQ penanda laman.
Bagaimanakah cara untuk meletakkan tag pada gabungan fandom dan fusion?
Anda boleh meletakkan tag pada karya yang mempunyai kandungan yang berkenaan dengan dua fandom yang berlainan atau lebih dengan setiap fandom yang berkaitan, diasingkan oleh tanda koma. Karya-karya ini akan muncul di senarai tag fandom dan boleh ditapis sebagai gabungan fandom. Anda juga boleh menggunakan tag tambahan Crossover (Gabungan Fandom) atau Alternate Universe - Fusion (Fusion) untuk menunjukkan bagaimana fandom-fandom tersebut berhubung di dalam karya itu.
Untuk penjelasan lebih lanjut tentang perbezaan di antara tag fandom dan tag tambahan, sila rujuk Apakah jenis-jenis tag yang ada?
Bagaimanakah cara untuk meletakkan tag pada Fiksyen Orang Sebenar?
RPF (Fiksyen Orang Sebenar) berfungsi sama seperti fandom-fandom lain, tetapi watak-watak di dalam karya yang di terbit adalah orang sebenar berbanding watak fiksyen. Anda hanya perlu meletakkan tag fandom yang sesuai, yang selalunya berdasarkan kumpulan yang dianggotai watak tersebut seperti kumpulan sukan, pasukan atau kumpulan pemuzik. Jika hubungan di antara individu tidak ketara (seperti pelakon dari rancangan TV atau francais filem, pilihan pelakon yang dipilih oleh peminat untuk francais, atau hos radio dari sebuah pusat penyiaran), tag fandom selalunya adalah faktor yang menghubungkan pelakon-pelakon bersama sekali dengan akronim RPF.
Sebagai contoh, Jeon Jungkook ialah seorang ahli musik, yang juga ahli kumpulan 방탄소년단 | Bangtan Boys | BTS. Ini bermaksud karya tentang beliau adalah RPF, tetapi kumpulan tersebut mempunyai ahli-ahli yang spesifik jadi ia tidak memerlukan akronim RPF. Tag untuk pelakon mungkin akan memasuki pelbagai jenis fandom RPF seperti, Lee Pace, seorang pelakon yang berlakon di dalam beberapa francais berlainan. Tag beliau termasuk dalam fandom Halt and Catch Fire RPF, Marvel Cinematic Universe RPF, Pushing Daisies RPF, The Hobbit RPF, danAmerican (US) Actor RPF. American (US) Actor RPF ialah tag yang terbaik untuk digunakan jika tiada lagi orang dari fandom yang lebih spesifik muncul di dalam karya anda.
Hasil kerja peminat tentang pelakon di dalam filem atau rancangan TV tidak perlu menggunakan tag fandom untuk filem atau rancangan TV. Apabila menggunakan tag di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), tag RPF patut digunakan untuk karya yang tidak berlaku atau melibatkan watak-watak dari alam fiksyen. Ini bermaksud, jika karya anda adalah tentang Jensen Ackles dan Jared Padalecki, tag fandom yang terbaik untuk digunakan adalah Supernatural RPF, bukan Supernatural, yang merupakan tag untuk alam fiksyen.
Untuk penjelasan tentang bagaimana tag anda disusun di sebalik tabir, sila rujuk Bagaimanakah cara untuk saya tag karya saya bagi memudahkan pencarian?
Bagaimanakah cara untuk meletakkan tag pada hubungan romantik atau platonik?
Hubungan romantik dan/atau seksual dinyatakan dengan menggunakan tanda pengasing garis miring (“/”) (sebagai contoh,Mickey Mouse/Minnie Mouse). Hubungan bukan seksual dan bukan romantik—seperti hubungan platonik di antara kawan-kawan, keluarga, rakan sepasukan, dll.—dinyatakan dengan tanda pengasing "&" (sebagai contoh, Hinata Shouyou & Kozume Kenma).
Tag hubungan platonik dan romantik adalah asing, jadi pencarian dan penapisan dengan Aerith Gainsborough & Sephiroth tidak akan menunjukkan karya yang mempunyai tag Aerith Gainsborough/Sephiroth melainkan kedua-dua tag diletakkan pada karya yang tertentu atau penanda laman.
Tag hubungan boleh mempunyai lebih daripada dua watak namun tidak boleh menjadi hubungan romantik dan hubungan platonik pada masa yang sama. Sebagai contoh, anda boleh meletakkan tag Envy Adams/Ramona Flowers/Kim Pine atau Mark Cohen & Thomas B. Collins & Angel Dumott Schunard, dan penyelaras tag boleh membuatkan hubungan itu sebagai canonical. Namun Katsuki Hiroko/Katsuki Toshiya & Katsuki Mari & Katsuki Yuuri tidak boleh dijadikan canonical kerana ia mencampurkan penunjuk romantik dan platonik.
Mengapakah huruf besar dan tanda diakritik pada tag saya bertukar apabila kerja saya disimpan?
Pangkalan data kami menganggap bahawa semua versi sebuah huruf adalah sama tidak kira sama ada ia huruf besar, huruf kecil atau mempunyai tanda diakritik. Sebagai contoh, Wiedźmin dan Wiedzmin dikira sebagai tag yang sama. Oleh itu, tag akan dipamerkan dengan huruf besar dan tanda diakritik yang dipilih oleh orang yang pertama menggunakan tag itu. Ini adalah had teknikal yang tidak boleh diubah oleh penyelaras tag.
Satu pengecualian adalah apabila penyelaras tag menjadikan sebuah tag sebagai tag canonical. Hanya pada masa itu adalah dibenarkan untuk menukar huruf besar dan/atau tanda diakritik untuk dijadikan sama dengan Wrangling Guidelines (dalam bahasa Inggeris).
Mengapakah karya saya muncul di dalam senarai tag yang tidak diguna oleh saya?
Untuk memudahkan pencarian, pelayaran dan penerbitan, kami akan menghubungkan tag yang merujuk kepada benda yang sama. Ini bermaksud anda mungkin akan jumpa karya anda di senarai untuk versi canonical tag tersebut, tetapi tag yang anda telah masukkan akan sentiasa menunjukkan karya anda dan masih boleh dijumpai di bidang pencarian.
Anda juga mungkin akan menjumpai karya anda yang disenaraikan di tag yang lebih umum, yang mungkin terjadi apabila penyelaras tag membuat pautan metatag untuk menghubungkan fandom yang berkaitan bersama. Sebagai contoh, karya yang diterbitkan dalam Tales of Destiny juga akan menunjukkan senarai untuk Tales of Series kerana Tales of Destiny berkait dengan (dan menjadikan ia subtag) Tales of Series. Ini adalah benar untuk semua metatag dan bermaksud anda tidak perlu meletakkan tag metatag fandom pada karya anda, namun anda masih boleh jika mahu!
Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Bagaimanakah tag canonical berfungsi? dan Wrangling Guidelines - First Principles (dalam bahasa Inggeris).
Mengapakah tag fandom saya tidak berada pada kategori media yang sepatutnya?
Apabila tag fandom yang baru dimasukkan ke dalam Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), ia akan secara automatik dimasukkan ke dalam kategori Uncategorized Fandoms (Fandom Tiada Kategori). Jika penyalaras tag masih tidak memindahkan tag fandom anda kepada kategori yang sepatutnya, ia akan muncul di sana.
Jika tag anda bukan di bawah Uncategorized Fandoms dan ia bukan di dalam kategori yang anda sangkakan (sebagai contoh, anda rasa ia sepatutnya berada di bawah TV Shows (Rancangan TV) dan di bawah Movies (Wayang)), ia mungkin adalah satu kesilapan yang dilakukan oleh penyelaras tag sukarelawan kami ketika mereka sedang menyusunnya. Sila hubungi Jawatankuasa Penyelarasan Tag melalui Borang Bantuan dan Maklumbalas atau melalui Twitter penyelaras tag, @ao3_wranglers, dan berikan butiran masalah yang dihadapi dan URL karya yang menggunakan tag tersebut.
Jika fandom anda tidak muncul langsung pada mana-mana kategori, ia mungkin bermaksud bahawa kami tidak dapat membuatnya untuk senang ditapis. Di bawah adalah beberapa langkah biasa untuk membantu menbuat tag fandom anda mudah ditapis.
- Masukkan fandom. Untuk pengkategorian tag, fandom dijadikan sumber media buat karya anda. Watak-watak atau hubungan yang dimasukkan ke dalam bidang ini akan disinonimkan dengan fandom yang berkaitan. Konsep lain yang dimasukkan ke dalam bidang ini mungkin tidak dapat ditapis.
- Masukkan nama penuh fandom anda. Singkatan perkataan mungkin tidak jelas, ini bermaksud bahawa kami tidak dapat menghubungkan ia kepada tag canonical fandom.
- Asingkan fandom dengan menggunakan tanda koma. Fandom yang diasingkan oleh jarak atau tanda-tanda lain mungkin akan bersatu dan menjadi satu tag. Tag tidak boleh dihubungkan bersama jika ia mewakili lebih daripada satu fandom atau konsep.
- Jika anda mempunyai gabungan fandom atau fusion, Masukkan setiap fandom secara berasingan. Jika anda mahu, anda boleh menggunakan bidang tag tambahan untuk menyatakan bagaimana ia berkait antara satu sama lain di dalam karya tersebut (cth. Crossover atau Alternate Universe - Fusion).
Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Wrangling Guidelines - Fandoms (Garis Panduan Penyelarasan - Fandoms) (dalam bahasa Inggeris).. Anda juga boleh merujuk Bagaimanakah tag disusun?, Bagaimanakah tag canonical berfungsi?, Bagaimanakah cara untuk saya tag karya saya bagi memudahkan pencarian?, Bagaimanakah cara untuk meletakkan tag pada gabungan fandom?, dan Bagaimanakah cara untuk meletakkan tag pada Fiksyen Orang Sebenar (RPF)?.
Apakah maksud "- Ambiguous Fandom" dan "- All Media Types"?
Imbuhan akhir "- Ambiguous Fandom" (Fandom Tidak Jelas) merujuk kepada nama fandom yang dikongsi oleh beberapa fandom yang tidak berkaitan. Nama fandom-fandom ini adalah tidak jelas kerana ia tidak ditentukan fandom tersendiri. Salah satu contoh adalah The Eagle - Ambiguous Fandom, yang boleh merujuk kepada wayang Eagle of the Ninth atau siri Ørnen: En krimi-odyssé (yang diterjemah kepada Bahasa Inggeris sebagai “The Eagle”). Oleh sebab sebuah karya diletakkan tag “The Eagle” boleh merujuk kepada fandom-fandom tersebut, tag ini dianggap sebagai “tidak jelas”. Jika anda hendak memastikan kesenangan untuk pengguna-pengguna lain untuk mencari karya anda, adalah sangat digalakkan untuk anda menggunakan tag-tag yang lebih jelas.
Imbuhan akhir "- All Media Types" (Semua Jenis Media) merujuk kepada metatag fandom yang menghubungkan beberapa fandom daripada francais yang sama: sebagai contoh, Les Misérables - All Media Types mengumpulkan buku, filem musikal, filem-filem, dan banyak lagi. Apabila anda meletakkan tag metatag pada karya dalam sesebuah fandom, sila ingat bahawa penggunaan subtag akan secara automatik memasukkan karya anda ke dalam metatag, supaya anda tidak perlu menambah metatag sendiri. Sebagai contoh, meletakkan tag Les Misérables - Schönberg/Boublil secara automatik akan meletakkan karya anda ke penapis Les Misérables - All Media Types.
Disebabkan perubahan pada Wrangling Guidelines (Garis Panduan Penyelarasan) (dalam bahasa Inggeris), tag baru seperti ini tidak akan dibuat lagi namun beberapa tag masih wujud di AO3. Untuk maklumat lebih lanjut tentang bagaimana tag canonical dibuat dan dihubungkan, sila rujuk Bagaimanakah tag canonical berfungsi?.
Mengapakah sesetengah tag diakhiri dengan "- Freeform" or "- Character"?
Nama tag mesti unik, dan setiap tag hanya boleh tergolong dalam satu kategori sahaja. Jika tag wujud di dalam satu kategori dan kemudian digunakan pada kategori lain, nama kategori tag baharu tersebut akan secara automatik ditambah sebagai akhiran seperti "- Character" (Watak-watak), "- Relationship" (Hubungan) atau "- Freeform" (Freeform).
Sebagai contoh:
- Buffyfan1 meletakkanBuffy the Vampire Slayer sebagai tag fandom. Tag baru dibuat.
- Buffyfan2 meletakkan Buffy the Vampire Slayer sebagai tag watak. Namun, nama tag tersebut telah wujud dan tidak boleh digunakan lagi, jadi ia ditukar kepada Buffy the Vampire Slayer - Character.
Bolehkah tag saya diubah oleh orang lain?
Dengan beberapa pengecualian, kami tidak akan mengubah suai semua tag anda pada karya atau penanda laman anda. (Tetapi anda boleh mengubah suai mana-mana tag anda pada bila-bila masa! Sila lihat Bagaimanakah cara untuk menyunting tag pada sesebuah karya? untuk maklumat lebih lanjut.)
Pengecualian yang disenaraikan hanya akan dilakukan mengikut Terms of Service (Syarat-Syarat Perkhidmatan (dalam bahasa Inggeris) dan Wrangling Guidelines (Garis Panduan Penyelarasan) (dalam bahasa Inggeris) laman ini:
- Kami mungkin akan menukar tag bahasa.
- Jika karya anda menggunakan tag bahasa yang salah dan anda tidak membalas kepada permintaan kami supaya anda menukarnya sendiri, kami mungkin akan menukarkan untuk anda untuk memastikan bahawa pengguna-pengguna dapat menapis karya secara tepat dengan bahasa yang dipilih.
- Kami mungkin akan menyingkirkan tag fandom yang salah.
- Jika karya anda menggunakan tag fandom yang tidak digambarkan di dalam karya anda dan anda tidak membalas kepada permintaan kami supaya anda menukarnya sendiri, kami akan menyingkirkan tag fandom yang salah itu. Ini kerana, karya-karya perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu tag fandom, jika tag yang salah itu adalah satu-satunya tag fandom yang ada pada karya itu kami mungkin akan menukarnya kepadaUnspecified fandom (Fandom yang Tidak Ditetapkan), jika tidak kami tidak akan meletakkan tag fandom.
Salah satu kesilapan yang biasa dilakukan dengan tag fandom ialah meletakkan tag pada karya RPF (Fiksyen Orang Sebenar) dalam fandom fiksyen (atau begitu juga sebaliknya). Sila rujuk Bagaimanakah cara untuk meletakkan tag pada Fiksyen Orang Sebenar? untuk maklumat lebih lanjut. - Kami mungkin akan mengubah huruf besar pada tag.
- Kebanyakan tag canonical adalah dalam bentuk huruf besar jadi tag canonical yang bermula dengan huruf kecil mungkin akan ditukar kepada huruf besar untuk keselarasan..
- Kami mungkin akan menukar tanda diakritik.
- Kod Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) membaca “a”. “"à", and "å" sebagai huruf yang sama, jadi tag mungkin akan ditukar untuk menambah atau menyingkirkan tanda diakritik yang sepatutnya. Sila rujuk Mengapakah huruf besar dan tanda diakritik pada tag saya bertukar apabila kerja saya disimpan?
- Kami mungkin akan menukar imbuhan akhiran yang dijana oleh sistem.
- Kami mengelak daripada menggunakan imbuhan akhiran pada tag canonical, jadi kami mungkin akan menukarkan ia kepada pasangan yang bukan canonical. Sebagai contoh, anda mungkin perasan bahawa tag fandom Nero Wolfe menjadi Nero Wolfe - Fandom (Nero Wolfe - Fandom) oleh itu, tag watak Nero Wolfe - Character (Nero Wolfe - Watak) boleh hilang imbuhan akhirannya dan dijadikan canonical. Sila rujuk Mengapakah sesetengah tag diakhiri dengan "- Freeform" atau " - Character"? untuk maklumat lebih lanjut.
Saya rasa ada pengguna yang meletakkan tag yang salah pada karya mereka. Bolehkah ia diperbaiki?
Selain daripada keadaan spesifik yang dikemukakan dalam Bolehkah tag saya diubah oleh orang lain?, atau jika tag itu telah melanggar Syarat-Syarat Perkhidmatan, kami tidak akan mengubah tag pada karya atau penanda laman.
Jika anda rasa bahawa tag pada sesebuah karya telah melanggar Terms of Service (Syarat-Syarat Perkhidmatan) (dalam bahasa Inggeris), silahubungi Polisi dan Aduan.
Saya rasa ada kesalahan pada tag tersebut, apa yang saya boleh lakukan?
Jika anda terjumpa tag yang anda rasa diselaras dengan salah, anda boleh menghubungi Bantuan atau akaun Twitter ' penyelaras tag, @ao3_wranglers (dalam bahasa Inggeris). Jawatankuasa Penyelaras Tag akan mengkaji semula cara tag yang diselaras dan membuat perubahan yang sepatutnya. Ia tidak akan mengubah tag yang digunakan pada karya pengguna namun jika penyelaras tag bersetuju, bentuk tag pada bahagian auto-lengkap, bahagian penapisan dan RSS feed akan berubah.
Saya hendak mengendali sebuah cabaran dan saya memerlukan tag-tag yang belum wujud.
Jika anda sedang mengendali pertukaran hadiah atau prompt meme, anda boleh menggunakan Tag Sets (Set Tag) untuk membuat tag yang anda perlukan yang tidak ada dalam Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk FAQ Set Tag atau hubungi Bantuan.
Saya mempunyai satu soalan lagi tentang bagaimana untuk menggunakan tag pada karya saya.
Sistem tag di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) dibina berdasarkan tabiat peminat dan juga membekalkan kebolehan pencarian dan penapisan yang berguna. Jika anda mempunyai keraguan, anda boleh menggunakan tag pada karya anda yang paling senang difahami oleh anda. Jika anda ingin tahu tentang bagaimana tag disusun di sebalik tabir, anda boleh rujuk Bagaimanakah tag disusun?, Bagaimanakah tag canonical berfungsi?, dan Wrangling Guidelines (Garis Panduan Penyelarasan) (dalam bahasa Inggeris).
Anda juga boleh menghubungi Jawatankuasa Penyelaras Tag melalui Borang Bantuan dan Maklum balas atau melalui akaun Twitterpenyelaras tag, @ao3_wranglers (dalam bahasa Inggeris).
Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut jika soalan saya tidak dijawab di sini?
Untuk maklumat lebih lanjut tentang cara untuk menggunakan tag, sila rujuk Tutorial: Menerbitkan karya di AO3, FAQ Penanda Laman, danWrangling Guidelines (Garis Panduan Penyelarasan) (dalam bahasa Inggeris). Untuk maklumat lebih lanjut tentang set tag, sila rujuk kepada FAQ Set Tag.
Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah dijawab dalam FAQ AO3 dan beberapa istilah umum dijelaskan dalam Glosari. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh merujuk kepada Isu Yang Diketahui. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Bantuan.
