Archive FAQ > Tutorial : Mencipta Koleksi

Pengenalan

Tutorial ini akan membantu anda langkah demi langkah melalui borang Koleksi Baharu pada Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Tutorial ini menganggap bahawa anda tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang cara mencipta koleksi dan menganggap bahawa anda mengakses laman dalam
skin asal. Sila ambil kira untuk perbezaan jika penyesuaian laman anda berbeza..

Jika anda merancang untuk mengumpul karya bertema atau cadangan laman ditanda , maka tutorial ini dapat membantu anda dengan langkah-langkah yang anda perlukan. Jika anda merancang untuk menggunakan koleksi anda untuk menjalankan
cabaran, sila ke Tutorial Prompt Meme atau Tutorial Penukaran Hadiah untuk arahan langkah demi langkah tentang cara untuk menubuhkan cabaran selepas mencipta koleksi anda.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang koleksi, sila rujuk kepada FAQ Koleksi. Jika soalan anda tidak dijawab dalam Tutorial atau FAQ, sila hubungi Bantuan, dan kami akan mencuba sedaya upaya untuk membantu anda.

Anda boleh mengubah maklumat atau tetapan koleksi anda pada bila-bila masa di laman Tetapan Koleksi. Sekiranya anda kurang jelas cara untuk ke laman ini, rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk kembali ke laman Tetapan Koleksi?

Tutorial ini kerap merujuk kepada pemilik dan penyelaras. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranan-peranan ini, sila lihat Apakah perbezaan antara pemilik bersama dan penyelaras? dan Apakah tahap keahlian yang tersedia untuk koleksi? untuk penerangan yang lebih luas.

Menavigasi ke Laman Koleksi Baru

Anda perlu log masuk ke akaun AO3 anda untuk mencipta koleksi. Jika anda tidak mempunyai akaun buat masa kini, anda boleh meminta untuk mencipta akaun dari laman Permintaan Jemputan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk kepada FAQ Jemputan dan Akaun Anda.

Untuk ke laman Koleksi Baharu:

  1. Sila ke Papan Pemuka anda dengan memilih sapaan "Hi, (nama pengguna)!" dan memilih "My Dashboard" (Papan Pemuka Saya) daripada menu, atau dengan memilih imej profil anda.
  2. Pilih "Collections (#)" (Koleksi (#)) daripada menu di tepi laman atau di bahagian atas alat peranti mudah alih.
  3. Pilih butang "New Collection" (Koleksi Baharu) yang terletak di bahagian kanan atas laman pada desktop (atau dibawah pengepala "Koleksi [nama pengguna]" pada peranti mudah alih).

Header (Pengepala)

Bahagian ini merangkumi maklumat asas mengenai koleksi dan blurb. Hanya nama koleksi dan tajuk paparan wajib, namun dengan menyertakan maklumat tambahan, anda dapat membantu pengguna lain untuk memahami tujuan koleksi anda.

Owner pseud(s) (Nama Samaran Pemilik):

Jika anda mempunyai nama samaran, di sinilah tempat di mana anda boleh memilih nama samaran untuk digunakan sebagai nama pemilik bagi koleksi yang anda cipta. Jika anda tidak mempunyai nama samaran, bahagian ini tidak akan terdapat dalam borang.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai nama samaran, sila lihat FAQ Nama Samaran.

Collection name (Nama Koleksi):

Nama koleksi adalah pengenal unik yang akan muncul dalam URL koleksi anda (archiveofourown.org/collections/NAMA_KOLEKSI). Nama koleksi boleh mengandungi huruf, nombor dan garis bawah (walaupun ia tidak boleh bermula atau diakhiri dengan garis bawah), ia boleh mengandungi sehingga 255 aksara dan ia mesti unik di seluruh laman. Disebabkan oleh keperluan teknikal Arkib, nama koleksi hanya boleh dibuat menggunakan skrip Latin asas tanpa ruang atau diakritik, dan tanpa tanda baca seperti noktah atau koma.

Anda boleh menukar nama koleksi pada bila-bila masa, namun jika anda menukarkannya, sebarang pautan sedia ada ke koleksi tidak boleh digunakan lagi kerana nama tersebut adalah sebahagian dalam URL.

Display title (Tajuk paparan):

Ini adalah tajuk yang akan dipaparkan dimana sahaja koleksi anda disebut, seperti pada senarai koleksi AO3 dan karya terkumpul. Tajuk paparan boleh sama dengan nama koleksi. Namun, dalam tajuk paparan, anda boleh menggunakan jarak, aksara bukan Latin, simbol, tanda diakritik, dan semua bentuk tanda baca kecuali koma.

Nama koleksi tidak perlu sama dengan tajuk paparan. Sebagai contoh, koleksi 'hightownfunk2015' boleh mempunyai tajuk paparan 'Hightown Funk.' Tidak seperti nama koleksi, tajuk paparan tidak perlu unik, oleh itu 'hightownfunk2018' dan 'hightownfunk2021' boleh juga mempunyai tajuk paparan 'Hightown Funk.'

Parent collection (that you maintain) (Koleksi Induk (yang anda kekalkan)):

Jika anda ingin salah satu koleksi anda menjadi sebahagian daripada koleksi anda yang lain, anda boleh masukkan nama koleksi induk anda di sini. Sebagai contoh, jika anda ingin membuat sebuah koleksi karya yang berdasarkan Marvel Cinematic Universe, anda boleh mencipta koleksi kecil untuk setiap filem.

Sebuah pautan ke koleksi induk akan muncul dalam menu laman koleksi anda, dan semua pemilik dan penyelaras bagi koleksi induk akan ditambahkan sebagai pemilik dan penyelaras bagi koleksi kecil juga.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai koleksi induk, sila lihat Bolehkah saya mencipta sebuah koleksi untuk koleksi? dalam FAQ Koleksi.

Collection email (E-mel Koleksi):

Sebarang pemberitahuan atau mesej mengenai koleksi akan dihantar ke e-mel ini. Ciri ini berguna jika terdapat lebih dari seorang yang menjaga koleksi, dan anda ingin semua e-mel AO3 dihantar ke sebuah lokasi pusat, atau jika anda ingin bakal penyumbang atau peserta cabaran untuk mempunyai tempat bagi menghantar soalan mereka.

Ambil perhatian bahawa sebarang alamat e-mel yang anda masukkan di sini akan dipaparkan secara terbuka pada laman koleksi. Atas sebab ini, anda mungkin mahu mengelakkan daripada menggunakan alamat e-mel peribadi anda. Anda hanya boleh memasukkan satu alamat e-mel, oleh itu, jika anda ingin beberapa orang untuk menerima kemas kini, anda perlu mencipta alamat e-mel berkongsi atau senarai mel dan masukkan alamatnya di sini.

Jika anda memberikan e-mel, anda juga boleh minta untuk dimaklumkan apabila sebarang item baru ditambah kepada koleksi di bahagian Preferences (Pilihan) di bawah. Namun, jika anda tidak meletakkan e-mel, pemberitahuan bagi karya baharu atau penanda laman tidak akan dihantar walaupun anda memilih pilihan tersebut.

E-mel Penukaran Hadiah akan dihantar tidak kira jika e-mel diberikan atau tidak. Jika e-mel koleksi tidak diberikan, semua pemilik dan penyelaras akan menerima emel apabila bakal tugasan dijana, apabila tugasan dihantar, dan apabila pengguna meletakkan tugasan mereka.

Custom header URL (URL pengepala tersuai):

Dalam bidang ini, anda boleh meletakkan pautan imej yang akan dipaparkan di atas laman koleksi anda seperti sepanduk. URL imej mestilah URL lengkap dan berakhir dengan .jpg, .jpeg, .png, atau .gif, namun tidak boleh dihoskan oleh AO3 sendiri. seadanya; ia akan terpotong sekiranya saiz skrin lebih kecil daripada imej, dan akan berulang sekiranya lebar skrin lebih besar daripada imej.

Icon (Ikon):

Ikon adalah imej 100 kali 100 piksel yang membantu menggambarkan koleksi anda secara visual di AO3. Ikon ini akan muncul di laman koleksi anda di bawah imej pengepala imej, dan di sebelah blurb koleksi anda apabila pengguna melayari koleksi. Anda boleh memuat naik imej yang lebih besar atau lebih kecil, tetapi imej tersebut akan diukur semula kepada 100 kali 100 piksel, dan imej yang bukan bentuk segi empat akan terganggu. Imej perlu dalam format jpg, png, atau gif.

Untuk menambah ikon, pilih butang di sebelah, atau di bawah, tajuk "Upload a new icon" (Muat naik ikon baharu). Nama butang ini akan bergantung kepada pelayar anda; sebagai contoh, ia mungkin "Browse" ("Layari") atau "Find file" ("Cari fail"). Cari ikon yang anda inginkan kepada peranti anda dan pilihnya. Gambar mesti disimpan pada peranti anda; anda tidak boleh memuat naik atau memaut kepada ikon yang dihoskan di tempat lain.

Ikon koleksi juga mesti mematuhi polisi Ikon Pengguna kami. Anda boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dalam Syarat Perkhidmatan kami dan FAQ Syarat Perkhidmatan .

Icon alt text (Ikon alt teks):

Tujuan teks alt adalah untuk memberikan teks alternatif untuk imej tersebut. Ia menjelaskan kandungan imej tersebut jika ia tidak dipaparkan, atau untuk pengguna teknologi bantu. Teks alt ikon terhad kepada 250 aksara. Jangan gunakan alt teks untuk memberi penghargaan kepada pencipta imej, kerana pengguna akan diberikan alt teks atau ikon, tapi bukan kedua-duanya.

Icon comment text (Teks komen ikon):

Buat masa ini, teks yang dimasukkan dalam bidang ini tidak akan muncul di laman web ini. Sekiranya anda mahu, anda boleh menambahkan atribusi atau komen lain di sini untuk masa akan datang apabila ia dipaparkan. Jika tidak, biarkan kosong. Teks komen ikon terhad kepada 50 aksara.

Brief description (Huraian ringkas):

Ini adalah huraian ringkasan koleksi anda dan boleh mengandungi sehingga 1250 aksara. Pemformatan HTML boleh digunakan, dan akan dikira kepada jumlah aksara. Huraian akan muncul di laman koleksi anda dan merupakan sebahagian daripada blurb koleksi.

Sekiranya anda mempunyai lebih banyak maklumat mengenai koleksi anda daripada yang sesuai di sini, jangan risau! Akan ada ruang untuk perincian yang tepat dalam profil koleksi anda, yang akan kami bincangkan dengan lebih terperinci dalam tutorial ini.

Pilihan

Bahagian ini membantu anda menguruskan cara pengumpulan koleksi. Pilih pilihan yang sesuai berdasarkan keperluan koleksi anda. Kotak semakan terletak di sebelah atau di atas teks yang berkaitan, bergantung kepada saiz skrin anda.

This collection is moderated (Koleksi ini diselaraskan):

Sebuah koleksi tidak diselaraskan secara asalnya. Ini bermaksud pengguna-pengguna lain boleh menambahkan karya atau penanda laman kepada sebuah koleksi tanpa kelulusan anda selagi koleksi itu terbuka.

Dalam koleksi yang diselaraskan, hanya ahli koleksi yang boleh menambah karya atau penanda laman dengan bebas tanpa kelulusan anda. Pengguna AO3 lain masih boleh menghantar karya atau penanda laman, tetapi pemilik atau penyelaras perlu meluluskannya sebelum ia boleh muncul dalam koleksi. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai menambahkan pengguna ke koleksi, rujuk kepada
Bagaimanakah cara menambah ahli kepada koleksi?

Harap maklum bahawa pemilik dan penyelaras dapat menolak sebarang karya atau penanda laman pada bila-bila masa, sama ada koleksi itu diselaraskan atau tidak. Sila lihat Bagaimanakah cara mengeluarkan karya atau penanda laman daripada sebuah koleksi? untuk maklumat lebih lanjut.

This collection is closed (Koleksi ini sudah ditutup):

Setelah kotak ini ditandakan, tiada karya atau penanda laman boleh ditambahkan ke koleksi kecuali oleh pemilik atau penyelaras koleksi.

This collection is unrevealed (Koleksi ini belum dipamerkan):

Semua karya yang ditambah ke koleksi setelah kotak ini ditandakan hanya dapat diakses oleh pencipta, pemilik dan penyelaras koleksi, dan pentadbir laman AO3. Karya-karya yang tidak dipamerkan akan dipaparkan di seluruh AO3 dengan tajuk "Mystery Work" (Karya Misteri), dan mempunyai panji pengarang "This is part of an ongoing challenge and will be revealed soon! (Ini adalah sebahagian daripada sebuah cabaran yang sedang berlangsung dan akan dipamerkan tidak lama lagi!") Sila lihat Apakah maksudnya sebuah koleksi Terbuka atau Tertutup, Diselaras atau Tidak Diselaras, Belum Dipamerkan, atau Tanpa Nama? untuk maklumat lebih lanjut.

Ciri ini sangat berguna dalam Penukaran Hadiah apabila anda tidak mahu peserta mengetahui apa yang mereka terima sebelum tarikh pendedahan. Anda perlu kembali ke laman ini dan nyahtandakan kotak semak apabila anda ingin mempamerkan karya-karya.

Harap maklum bahawa karya-karya hanya dapat ditambahkan ke koleksi yang belum dipamerkan oleh penciptanya, dan pencipta akan diberitahu jika karya dalam koleksi anda belum dipamerkan.

This collection is anonymous (Koleksi ini adalah tanpa nama):

Semua karya yang ditambahkan ke koleksi setelah kotak ini ditandakan akan dipaparkan sebagai tanpa nama ke seluruh AO3, dengan
panji pengarang "by Anonymous" (oleh Tanpa Nama). Anda perlu kembali ke laman ini dan nyahtandakan kotak semak jika anda mahu mempamerkan nama pencipta. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang dilakukan oleh tetapan ini, sila lihat
Papan Pemuka koleksi dapat memaparkan maksimum lima karya dan lima penanda laman. Secara asal, ini adalah item yang paling baharu dibuat atau dikemas kini. Jika anda memilih pilihan ini, item akan dipaparkan dalam urutan rawak yang berubah setiap kali laman dimuat. Ini sangat berguna dalam cabaran atau koleksi-koleksi besar yang lain, untuk memastikan semua karya atau penanda laman mendapat peluang untuk muncul di laman hadapan.

Send a message to the collection email when a work is added (Kirim mesej ke e-mel koleksi apabila karya ditambahkan):

Apabila anda memilih kotak semak ini, alamat e-mel yang anda masukkan di bahagian e-mel koleksi akan menerima amaran setiap kali karya atau penanda laman ditambahkan ke koleksi. Jika anda tidak memberikan e-mel di bahagian Header, anda tidak akan menerima notis e-mel walaupun kotak ini ditandakan.

Type of challenge, if any (Jenis cabaran, jika ada):

Bahagian ini memberi anda dua pilihan berbeza untuk jenis cabaran yang akan dihoskan oleh koleksi anda, jika ada. Koleksi tidak perlu menghoskan cabaran, jadi bahagian ini boleh dibiarkan kosong. Dua jenis cabaran yang ada sekarang ialah
Penukaran Hadiah dan Prompt Meme. Lebih banyak maklumat dan panduan berkaitan dengan cabaran ini dipautkan pada akhir tutorial ini.

Profile (Profil)

Di bahagian ini, anda dapat tambah perincian seperti peraturan koleksi, tujuannya, dan pesanan khusus untuk e-mel cabaran. Anda boleh memformat maklumat dalam bidang ini menggunakan markup HTML; lihat Memformat kandungan pada AO3 dengan HTML untuk maklumat lebih lanjut.

Jika anda membuat koleksi kecil dan bidang Introduction (Pengenalan), FAQ (FAQ), dan Rules (Peraturan) dibiarkan kosong, mereka akan mewarisi maklumat dari koleksi induk. Sekiranya anda tidak mahu perkara ini berlaku, anda boleh memasukkan maklumat lain dalam bidang ini, atau menggunakan ruang yang tidak putus ( & amp; nbsp; ) untuk memastikan bidang kosong.

Pengenalan:

Pengenalan memberikan maklumat mengenai koleksi anda untuk calon pengirim, seperti apakah koleksi anda dan fandom apa yang terlibat. Anda boleh memasukkan semuanya ke dalam Pengenalan, atau membahaginya antara ini dan dua bahagian lain: FAQ dan Peraturan. Maklumat yang dimasukkan di sini akan dimasukkan dalam laman Profil koleksi.

FAQ:

Adakah terdapat pertanyaan yang mungkin ditanyakan oleh seseorang mengenai koleksi anda? Anda boleh meletakkan jawapannya di sini. Bahagian ini boleh menjadi sekreatif atau sejujur mana yang anda mahukan. Maklumat yang dimasukkan di sini akan dimasukkan ke dalam laman Profil koleksi, dan juga akan menghasilkan pautan FAQ di menu koleksi.

Peraturan:

Adakah terdapat garis panduan yang harus dipatuhi oleh pengguna ketika menghantar ke koleksi ini? Sekiranya ada, anda boleh meletakkannya di sini. Beberapa contoh perkara yang boleh anda sertakan adalah:

  • Tarikh akhir penyerahan.
  • Jenis taraf yang anda inginkan pada karya atau penanda laman
  • Ukuran karya yang disyorkan.
  • Ciri-ciri seperti trop, tema, taraf, amaran, dan lain-lain yang berfungsi mesti atau tidak mesti disertakan.

Maklumat yang dimasukkan di sini akan disertakan dalam laman Profil koleksi, dan juga akan menghasilkan pautan Peraturan di menu koleksi.

Assignment notification message (Mesej pemberitahuan tugasan):

Apa sahaja yang anda masukkan di sini akan dihantar dengan tugasan dalam Penukaran Hadiah. Anda hanya boleh memasukkan teks biasa dalam bidang ini, tanpa pemformatan atau HTML. Mesej itu boleh menjadi peringatan mengenai garis masa pertukaran penuh, peraturan tertentu, atau hanya mengucapkan selamat maju jaya kepada para peserta!

Mesej akan dibaca seperti ini dalam bahasa Inggeris — versi yang diterjemahkan disertakan di bawah:

You have been assigned the following request in the [display title] challenge at the Archive of Our Own!
Recipient: [username (pseud)]
Prompts: [all of the recipient's prompts in full]
This assignment is due at: [date/time]
You can look up this assignment from your Archive Dashboard.
[Your assignment notification message]

Dalam Bahasa Melayu:

Anda telah diberikan permintaan berikut dalam cabaran [tajuk paparan] di AO3!
Penerima: [nama pengguna (nama samaran)]
Idea ringkas: [semua idea ringkas penerima secara penuh]
Tugasan ini dijangkakan pada: [tarikh / masa]
Anda boleh mencari tugasan ini dari Papan Pemuka AO3 anda.
[Mesej pemberitahuan tugasan anda]

Gift notification message (Mesej pemberitahuan hadiah):

Peserta cabaran akan menerima mesej e-mel apabila karya yang memenuhi permintaan mereka telah diterbitkan atau dipamerkan. Anda hanya boleh memasukkan teks biasa dalam bidang ini, tanpa pemformatan atau HTML. Jika anda ingin menambahkan teks tambahan ke bahagian bawah mesej, seperti mengucapkan terima kasih atas sumbangan mereka atau mengingatkan mereka untuk memberitahu pencipta betapa hebatnya mereka, di sinilah anda boleh meletakkannya.

E-mel akan dibaca seperti ini dalam bahasa Inggeris — versi terjemahannya disertakan di bawah:

A gift work has been posted for you in the [display title] collection at the Archive of Our Own!
[title] (# words)
by [username (pseud) or "an anonymous responder"]
Fandom: [fandom]
Summary: [box with summary]
[Your gift notification message]

Dalam Bahasa Melayu:

Karya hadiah telah diterbitkan untuk anda dalam koleksi [tajuk paparan] di AO3!
[tajuk karya] (jumlah perkataan)
oleh [nama pengguna (nama samaran) atau "penjawab tanpa nama"]
Fandom: [nama fandom]
Ringkasan: [kotak dengan ringkasan karya]
[Mesej pemberitahuan hadiah anda]

Actions (Tindakan)

Apabila anda berpuas hati bahawa semua maklumat yang anda masukkan adalah betul, pilih butang "Submit" (Hantar) (atau "Update" (Kemas kini) jika anda mengedit koleksi yang sedia ada). Jika anda mencipta cabaran, anda akan dihantar ke laman Challenge Settings (Tetapan Cabaran). Untuk mendapatkan bantuan dalam menyiapkan cabaran anda, sila rujuk ke Tutorial Prompt Meme atau Penukaran Hadiah.

Di manakah boleh saya mendapat maklumat lanjut sekiranya soalan saya tidak dijawab dalam FAQ ini?

Sekiranya anda memerlukan bimbingan mengenai bahagian tertentu koleksi atau penciptaan cabaran, sila lihat:

Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang AO3 telah dijawab dalam FAQ AO3, dan beberapa istilah umum dijelaskan dalam Glosari kami. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh merujuk kepada Isu Yang Diketahui. Untuk bantuan dengan koleksi khusus anda yang tidak diliputi dalam FAQ atau Tutorial ini, sila tambahkan AO3_Support sebagai pemilik bersama dan kemudian hantarkan permintaan Bantuani dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk membantu anda.