Pengenalan
Tutorial ini akan memberi anda panduan langkah demi langkah dalam pengimportan karya berasaskan teks ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) dan mengandaikan bahawa anda tiada pengetahuan sedia ada tentang cara menerbitkan karya di AO3. Tutorial ini juga mengandaikan bahawa anda sedang mengakses laman ini dengan skin lalai; sila izinkan perbezaan sekiranya penyesuaian laman anda adalah berbeza.
Perhatian: Anda mesti merupakan pemilik sesuatu karya untuk mengimportkannya ke AO3. Sekiranya anda bukan pemiliknya, anda masih boleh mereka rekod karya tersebut di AO3 dengan mencipta penanda laman luaran (Bagaimanakah cara saya menanda karya yang tidak diterbitkan di AO3?). Jika anda merupakan pemilik sesebuah arkib yang mempunyai karya-karya milik beberapa orang, sila rujuk kepada FAQ Open Doors.
Pengimportan Karya ke AO3: Apakah yang boleh saya import?
Kecuali dinyatakan sebaliknya, pengimport AO3 akan mencuba yang terbaik untuk mengesan kandungan karya dan tag-tag anda secara automatik.
Walau bagaimanapun, kejayaan fungsi pengimportan ini amat bergantung kepada laman asal dan keserasian karya dengan AO3. Rujuk kepada Apakah laman web yang boleh saya import dari? untuk lebih maklumat tentang sekatan.
Sekiranya karya anda tidak serasi dengan pengimport AO3, pertimbangkan opsyen untuk menerbit karya anda dengan mengguna bentuk Post New Work (Terbitkan Karya Baharu). Anda boleh mencari arahan untuk menerbitkan karya baharu di Bagaimanakah cara saya menerbitkan karya baharu? ataupun mengikut langkah demi langkah melalui Tutorial: Terbitkan Karya di AO3.
Bernavigasi ke Laman Import Karya
Untuk bermula, pergi ke laman Import Work (Import Karya):
- Log masuk dan pilih "Post" (Terbit) di bahagian atas laman, di sebelah nama pengguna anda.
- Pilih "Import Work" (Import Karya) dari menu.
Ini akan membawa anda kepada laman Import New Work (Import Karya Baharu), di mana anda boleh menambahkan pautan dan maklumat lain kepada kandungan karya anda. Sekiranya anda mengalami kerumitan, simbol-simbol tanda soal berwarna biru ? di sebelah nama bidang akan memberikan bantuan dengan lebih maklumat.
Menambahkan Butiran Import
Bidang Works URLs (URL Karya-karya) membenarkan anda memasukkan URL-URL karya yang anda mengimport dan menambah butiran tentang cara mengimport karya anda. Di sini, anda akan menyatakan jika anda mengimport karya bab tunggal, beberapa karya bab tunggal, atau satu karya dengan beberapa bab.
- URL (diperlukan)
- Masukkan URL karya anda di bidang ini:
- Jika anda mengimport satu atau lebih karya bab tunggal, masukkan URL untuk setiap karya di barisan baharu. Anda boleh memasukkan sebanyak 25 URL karya.
- Jika anda mengimport satu atau karya dengan beberapa bab dari arkib e-fiksyen (i.e. jika URL karya anda mengandungi teks: "viewstory.php"), masukkan URL tersebut untuk bab pertama setiap karya. Pengimport AO3 akan mengimport seluruh karya e-fiksyen secara automatik dengan sebanyak 200 bab dikekalkan. Anda boleh memasukkan sebanyak 25 URL karya, satu URL sebaris.
- Jika anda mengimport satu karya dengan beberapa bab yang bukan dari arkib e-fiksyen, masukkan URL setiap bab di barisan baharu. Anda boleh masukkan sebanyak 200 URL bab.
- Set custom encoding (Menetapkan pengekodan sendiri)
- Secara lalai, pengimport AO3 akan cuba mengesan pengekodan watak karya anda secara automatik. Sekiranya anda ingin menyatakan pengekodan karya anda secara manual, pilih sebuah pilihan dari senarai. Untuk lebih maklumat tentang pengekodan watak dan cara ia berfungsi, rujuk kepada "Pengekodan Watak Untuk Pengguna Baharu" W3C Internationalization (i18n) Activity, atau rujuk kepada pop-up bantuan untuk tip-tip tentang memilih sebuah pengekodan.
- Import as (Import Sebagai)
- Sekiranya anda memasukkan beberapa URL dalam bidang URL, nyatakan sama ada pautan tersebut adalah untuk memisahkan "Chapters in a single work (limit of 200)" (Beberapa bab dalam satu karya (sekatan sebanyak 200)) atau "Works (limit of 25)" (Beberapa karya (sekatan sebanyak 25)) yang berasingan. Jika anda hanya memasukkan satu URL dalam bidang URL, anda boleh mengabaikan setting ini.
- Preferences (Pilihan)
- Post without previewing (Terbitkan tanpa prabaca)
- Secara lalai, kotak ini tidak ditanda, iaitu membenarkan anda membuat prabacaan dan mengedit karya anda yang diimport sebelum penerbitan. Tandakan kotak ini untuk membenarkan karya anda dilihat oleh pengguna lain sebaik sahaja diimport. Kami mengesyorkan bahawa anda hanya membuat sedemikian jika anda merupakan pengimport yang berpengalaman.
- Lock all imports to registered users only (Membataskan semua pengimportan kepada pengguna yang berdaftar sahaja)
- Secara lalai, kotak ini tidak ditanda, iaitu sesiapa sahaja pengguna tetamu atau pengguna AO3 boleh mengakses karya anda yang diimport setelah diterbitkan. Tandakan kotak ini jika anda ingin membataskan akses karya anda kepada pengguna AO3 yang berlog masuk sahaja.
- Override tags and notes (Override tag dan nota)
- Secara lalai, pengimport AO3 akan mengutamakan mana-mana tag atau nota yang ditemui di laman asal karya anda dan bukannya tag atau nota yang anda masukkan dalam bidang Tags (Tag-tag) di bawah. Contohnya, sekiranya anda masukkan "Avatar: The Last Airbender" dalam bidang "Fandom" (Fandom) di bawah, tetapi pengimport menentukan bahawa karya anda didapati dalam fandom "Avatar (2009)", tag fandom "Avatar (2009)" akan digunakan.
Sekiranya anda lebih suka maklumat yang anda masukkan secara manual untuk menggantikan tag dan nota yang ditemui, rujuk kepada seting ini untuk mendapat dua lagi pilihan:
- Use values extracted from the content for blank fields if possible (Gunakan nilai yang diekstrak dari isi kandungan untuk bidang kosong jika boleh)
- Dengan membuat pilihan tersebut, anda boleh mengekalkan bidang yang anda tetapkan secara manual, tetapi membenarkan tag yang dicari oleh pengimport untuk mengisi bidang yang lain. Contohnya, anda boleh enter Notes (masukkan Nota) untuk karya-karya importan anda, tetapi membiarkan bidang lain di bahagian Tag diisi secara automatik oleh pengimport, iaitu menetapkan Fandom, Characters (Watak-watak), Warnings (Amaran), dan sebagainya.
- Do not use values extracted from the content at all; use Archive defaults for blank fields (Jangan menggunakan nilai yang diekstrak dari isi kandungan langsung; gunakan nilai lalai Arkib untuk bidang kosong)
- Sekiranya anda lebih suka tidak menggunakan tag atau nota yang ditemui secara automatik, membuat pilihan tersebut. Pengimport tetap akan cuba menetapkan nama karya, ringkasan, nama bab (jika dipakai), dan tarikh penerbitan.
Memasukkan Maklumat Tag
Bahagian Tags (Tag-tag) adalah bahagian di mana anda boleh menetapkan tag-tag karya anda, termasuk Rating (Taraf), Archive Warnings (Amaran Arkib), Fandoms (Fandom-fandom), Category (Kategori), Relationships (Hubungan), Characters (Watak), dan Additional Tags (Tag-tag Tambahan). Sekiranya anda telah mencipta karya di AO3 sebelum ini, anda mungkin telah biasa dengan bahagian ini. Jika tidak, anda boleh merujuk kepada penghuraian yang terperinci di Tutorial: Terbitkan Karya di AO3 - Masukkan Maklumat Tag.
Sila ingat bahawa apa-apa tag yang anda masukkan di sini akan digunakan untuk semua karya import. Jika anda memilih untuk membiarkan bidang kosong dan pengimport tidak dapat mencari tag relevan di lama asal karya anda, kami akan menggunakan nilai lalai (e.g. "Not Rated" (Tidak Ditarafkan) atau "Creator Chose Not To Use Archive Warnings" (Pereka Pilih Untuk Tidak Menyatakan Amaran)).
Peringatan: Sekiranya anda tidak memilih pilihan "Override Tags and Notes" (Override Tag dan Nota) di bidang yang sebelumnya, apa-apapun yang anda masukkan di sini mungkin ditulis tindihkan ketika pengimportan.
Memasukkan Nota
Anda boleh memasukkan apa-apapun maklumat yang anda ingin ke dalam bidang Notes (Nota). Nota yang anda masukkan akan ditambah di permulaan karya anda.
Rujuk kepada Tutorial: Terbitkan Karya di AO3 - Nota untuk contoh-contoh.
Mengimportkan Karya Anda
Marilah kita berbincang tentang apa yang akan berlaku selepas anda memilih butang "Import" (Import).
Sekiranya anda tidak memilih pilihan "Post without Previewing" (Terbit tanpa Prabaca), karya anda akan diimport sebagai draf di AO3. Anda masih perlu menerbitkan karya anda untuk membenarkan pengguna lain mengaksesnya. Sekiranya anda hanya mengimport satu karya, pemilihan "Import" (Import) akan membawa anda ke laman Preview (Prabaca) untuk draf tersebut. Jika anda mengimport beberapa karya, pemilihan butang "Import" akan memberi anda senarai pautan kepada semua draf baharu anda yang diimport.
Jika anda ada membuat pilihan "Post without Previewing", karya anda akan diterbitkan dengan segera. Jika anda mengimport satu karya, pemilihan "Import" akan membawa anda ke lama karya tersebut. Jika anda mengimport beberapa karya, pemilihan "Import" akan memberi anda senarai pautan kepada semua karya baharu anda yang diimport.
Setelah anda puas dengan pemilihan dan tag yang anda masukkan, pili butang "Import".
Prabaca dan Mengedit Karya Anda
Pada ketika ini, karya anda sepatutnya sudah diimport dengan berjaya. Jika anda menemui masalah, sila rujuk kepada mana-mana mesej kesilapan atau kepada Bahagian Pengimportan Karya di laman Isu Yang Diketahui.
Seperti biasa, anda juga boleh hubungi Bantuan untuk bantuan.
Jika sebaliknya, tahniah! Karya anda yang diimport sekarang adalah seperti karya atau draf yang lain di AO3. Apa-apapun karya yang anda importkan akan ditambah ke senarai karya anda di Dashboard (Papan Pemuka). Apa-apa draf yang tidak diterbitkan yang telah anda importkan akan ditambah ke senarai draf, juga di Dashboard anda. Sila ingat bahawa karya draf akan dihapuskan secara automatik sebulan selepas tarikh ciptaan. Jika anda tidak ingin menerbitkan draf anda dalam satu bulan, anda boleh mengimportkannya sekali lagi pada tarikh yang lain.
Sekarang adalah masa yang baik untuk membuat prabaca dan mengedit karya anda:
- Pilih karya yang anda ingin edit. Jika anda telah mengimport satu karya, anda sepatutnya sudah berada di laman tersebut. Jika anda telah mengimport beberapa karya, pilih salah satu dari senarai.
- Pilih butang "Edit" (Mengedit) untuk ke laman Edit Work (Mengedit Karya) anda.
Pertama sekali, anda mungkin ingin memeriksa semula bahawa bidang kesanan automatik seiras dengan jangkaan anda: Work Title (Nama Karya), Summary (Ringkasan), Chapter Titles (Nama Bab), Tags (Tag-tag), dan Notes (Nota). Di bawah adalah beberapa lagi tetapan yang mungkin relevan dengan karya anda yang diimport:
- Post to Collections / Challenges (Associations section) (Terbitkan kepada Koleksi/Cabaran (Bahagian Perhubungan))
- Jika anda mengimportkan karya anda sebagai sebahagian koleksi atau cabaran, di sinilah anda perlu nyatakannya. Rujuk kepada Tutorial: Terbitkan Karya di AO3 - Terbitkan kepada Koleksi / Cabaran untuk maklumat lanjut.
- Set a different publication date (Associations section) (Tetapkan tarikh penerbitan yang berbeza (Bidang Perhubungan))
- Pengimport AO3 akan cuba mengiraskan tarikh penerbitan karya anda dengan tarikh di laman asalnya. Walaubagaimanapun, sekiranya kesanan automatik tersebut gagal, anda boleh menandakan kotak ini untuk menambah tarikh karya anda secara manual. Rujuk kepada Tutorial: Terbitkan Karya di AO3 - Tetapkan tarikh penciptaan yang berbeza untuk maklumat lanjut.
- Choose a language (Associations section) (Pilih bahasa (Bidang Perhubungan))
- Pilih bahasa karya anda dari senarai. Bahasa Inggeris dipilih sebagai lalai.
Untuk maklumat lanjut tentang laman Edit Work (Edit Karya), termasuk cara mengisi bidang opsyenal yang tinggal, cara simpan dan prabaca perubahan anda, dan cara menerbitkan draf yang disimpan, rujuk kepada Tutorial: Terbitkan Karya di AO3 atau FAQ Penerbitan dan Pengeditan.
Dari manakah boleh saya mendapat lebih maklumat sekiranya soalan saya tidak dijawab di sini?
Untuk maklumat lanjut tentang Penerbitan dan Pengeditan Karya, rujuk kepada FAQ Penerbitan dan Pengeditan atau mengikut cara langkah-demi-langkah di Tutorial: Terbitkan Karya di AO3.
Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang AO3 telah dijawab di bahagian lain FAQ AO3, dan beberapa istilah biasa telah ditakrifkan di Glossari kami. Soalan dan jawapan tentang Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda mungkin ingin merujuk kepada Isu-Isu yang Diketahui kami. Sekiranya anda memerlukan lebih bantuan, sila mengemukakan permintaan bantuan.
