Bagaimanakah boleh saya menggunakan userscripts dengan AO3?
Userscripts boleh menambah dan mengubah halaman web dalam pelayar anda, membolehkan anda melakukan beberapa perkara yang hebat dengan Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) yang biasanya tidak dapat dilakukan. Harap maklum bahawa mereka tidak mengubah AO3 itu sendiri, hanya cara pelayar web anda berinteraksi dengannya. Selain daripada Firefox, kebanyakan pelayar peranti mudah alih tidak mempunyai pilihan untuk menggunakan userscripts, jadi malangnya alat ini hanya boleh digunakan pada komputer desktop atau komputer riba. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan bookmarklet di kebanyakan pelayar peranti mudah alih.
Anda memerlukan extension pelayar web untuk menggunakan userscripts. Anda boleh menggunakan mana-mana extensions yang anda suka, tetapi di sini adalah senarai beberapa extensions untuk pelayar yang paling popular dengan mana anda boleh bermula:
- Chrome: Tampermonkey
- Edge:Tampermonkey
- Firefox: Greasemonkey
- Opera: Tampermonkey
- Safari: Tampermonkey
Untuk penerangan terperinci tentang beberapa alat yang kami senaraikan di sini, anda boleh merujuk kepada pengguna AO3 Arduinna.
tutorial tidak rasmi .
Bagaimanakah saya boleh mengubah rupa AO3?
Untuk menukar rupa Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), anda boleh menggunakan kulit laman (untuk maklumat lanjut mengenai kulit, sila rujuk kepadaFAQ Rupa dan Interface AO3).
Adakah terdapat plugin enjin carian untuk AO3?
Pengguna Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) punk telah mereka pluginenjin carian untuk AO3. Untuk memasangnya, hanya pilih pautan "Arkib Milik Kita" dalam senarai ini dan sahkan bahawa anda ingin menambahkannya ke enjin carian anda. Plugin ini harus berfungsi dengan Firefox, Internet Explorer, dan Chrome, dan akan membolehkan anda mencari AO3 secara langsung dari kotak carian pelayar web anda.
Alat apa yang boleh membiarkan saya menyusun, menyaring, atau mengubah suai hasil carian saya?
- Untuk menyusun mana-mana senarai fandom kami, contohnyaall Movies (semua Filem), menggunakan nombor karya dan bukan abjad, anda boleh menggunakan bookmarklet Susun Semula Fandom carene waterman.
- Untuk mengecualikan kata kunci tertentu secara lalai apabila menggunakan penapis tag, pasangkan userscript Penapis Disimpan AO3 tuff_ghost, dan masukkan ke dalamnya istilah yang tidak diingini didahului dengan tanda tolak. Anda kemudian boleh memasukkan tag ini dalam kotak "Saved Filters" (Penapis Tersimpan), yang ditambahkan di atas "Search Within Results" (Carian Dalam Hasil).
- Sekiranya anda ingin pilihan untuk menyusun karya bukan sahaja dengan bilangan hits atau kudos, tetapi juga dengan nisbah kudos per hits,sukarelawan Penterjemahan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) Min mempunyai userscript peratusan kudos/hits untuk anda!
- Userscript AO3: Sejarah Kudos dan Dibaca membenarkan anda dengan mudah menentukan sama ada anda telah mengakses, memberi kudos, dan/atau bookmark karya di mana-mana senarai karya. Min telah membantu memberikan arahan tentang cara menggunakan skrip ini di halaman greasyfork mereka.
- Satu lagi userscript Min yang berguna adalah Penjejakan AO3, yang membolehkan anda menyimpan sebarang kombinasi carian atau penapis dan kemudian memeriksa mereka untuk penjodohan baru. Sila semak Keterangan Pengarang pada halaman Penjejakan AO3 untuk arahan.
Alat apa yang boleh membiarkan saya menyaring kandungan yang mencetuskan, menyerang atau tidak diingini?
- Koderfront end Sarken telah mereka userscript Blurb Blocker yang membenarkan anda menyembunyikan blurb karya dari senarai tag, hasil carian, dll. sekiranya ia mengandungi satu atau lebih istilah yang telah anda tentukan dalam skrip.
- Mengikut tema yang sama, koder front end tuff_ghost telah mengeklonkan userscript popular Tumblr Savior untuk diguna di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita): AO3 Savior membenarkan anda menentukan pencipta, tag, atau kata kunci ringkasan dan akan menyembunyikan semua kerja yang mengandungi satu atau lebih istilah ini.
- Sekiranya anda inginkan bahawa komen dan kudos dari pengguna tertentu atau pengguna anonim tidak muncul pada karya anda (atau mana saja di AO3!), anda boleh menggunakan userscript/ Hellban Peribadi tuff_ghost dan sama ada mengaktifkan sekatan tetamu atau memasukkan senarai nama pengguna. Ini sebenarnya tidak akan menghalang orang daripada memberi komen atau meninggalkan kudos, tetapi ia akan menyembunyikan apa sahaja yang anda tentukan dalam pelayar web anda sendiri.
Alat apa yang boleh membantu saya semasa menerbitkan karya di AO3?
Sekiranya anda menggunakan Google Drive untuk menulis karya berdasarkan teks anda, anda mungkin pernah menghadapi masalah format semasa menyalin dari Google Drive ke Rich Text Editor kami. Khususnya, huruf italik dan teks tebal tidak dapat dipindah dengan betul apabila teks disalin-tampal. Untuk menyelesaikan masalah ini, sukarelawan Penterjemahan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) Min telah mereka script untuk Google Drive yang akan mengambil karya anda dan akan menukar semua format asas kepada HTML untuk anda. Anda boleh menemuinya di contoh dokumen untuk diterbitkan di AO3 ini.
Pilih opsyen "Make a copy…" (Buat salinan) dalam menu File (Fail), yang akan membuat salinan peribadi dokumen tersebut dalam akaun Google Drive anda. Kemudian cuma padamkan teks contoh dan gunakan dokumen kosong tersebut untuk karya anda. Apabila anda sudah selesai, gunakan menu "Post to AO3" (Terbitkan ke AO3) untuk menyediakan seluruh dokumen tersebut untuk ditampalkan ke dalam editor HTML. Tag HTML akan ditambahkan untuk anda! Dalam kebanyakan kes, ini lebih boleh diharap daripada menggunakan Rich Text Editor. Sekiranya anda sedang menggunakan peranti mudah alih, anda perlu membuka Google Drive dalam pelayar web anda dan menukarkannya kepada versi desktop supaya skrip tersebut boleh berfungsi.
Alat apa yang boleh membantu dengan mengakses dan memuat turun karya?
- Kadang-kala beberapa karya akan terdapat ruangan kosong yang besar di antara perenggan, kemungkinan kerana masalah dengan Rich Text Editor kami apabila menerbit dari pemproses kata. Anda boleh menggunakan bookmarklet Strip Empties Carene Waterman untuk mengeluarkan barisan kosong yang berlebihan antara perenggan secara sementara.
- Cuba userscript AO3 Malas tadevyish, yang menambahkan butang "latest chapter" (Bab Terkini) di tepi menu bab.
- Pembantu Muat Turun eBook AO3 memaparkan pautan muat turun untuk setiap karya pada halaman hasil carian, atau mana-mana halaman yang mengandungi senarai karya berbilang (seperti siri dan koleksi), supaya anda boleh memuat turun berbilang fail dengan cepat!
- Butang Muat Turun AO3 tuff_ghost akan menambah butang muat turn kepada setiap blurb di mana-mana senarai karya.
- Pengurus ebooks percuma Calibre mempunyai sepasang plugin, iaitu FanFicFare dan EpubMerge, yang apabila dipasang akan membenarkan anda memuat turun secara automatik siri Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) dalam satu ebook. (Ia juga boleh memuat turun semua pautan karya di mana-mana halaman AO3, jadi anda boleh memasukkan pautan kepada halaman karya penulis dan mendapatkan semua karya mereka dalam satu ebook.) Ia juga akan mengemas kinikan ebook-ebook ini apabila sesebuah karya baru ditambah ke siri tersebut. Terdapat juga panduanuntuk menggunakan plugin ini (yang telah ditulis semasa plugin tersebut dikenali sebagai FanFictionDownloader) dan Wiki FanFicFare.
Alat apa yang membolehkan saya memuat turun statistik saya dan maklumat lain dari AO3?
- Bookmarklet CSV Statistik AO3 Flamebyrd membolehkan anda memuat-turun statistik karya Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) (bilangan hits, kudos, bookmark, etc.) sebagai fail .csv, yang boleh diimport dengan rapi ke dalam spreadsheet untuk number-crunching anda sendiri.
- Sekiranya anda jika anda lebih suka menggunakan senarai semua karya anda, termasuk tajuk, tag, statistik asas, dan URL, anda boleh mencuba Bookmarklet CSV Senarai Karya AO3 Flamebyrd.
Alat apa yang boleh membantu saya menguruskan koleksi dan cabaran saya?
Koder front end Sarken telah mereka userscriptPenyusun Ringkasan Pendaftaran yang akan menambah pilihan penyusunan ke mana-mana halaman Sign-up Summary (Penyusun Ringkasan Pendaftaran) untuk cabaran. Ia membolehkan anda menyusun mengikut nama fandom, bilangan tawaran, atau bilangan permintaan dalam urutan menaik atau menurun.
Alat apa yang boleh memudahkannya untuk berkongsi kerja AO3 di halaman lain?
- Oleh kerana Flamebyrd, anda bolehmembina Bookmarklet AO3 > Pinboard anda sendiri untuk menambah karya dari Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) kepada penanda halaman Pinboard anda, dengan maklumat yang berkaitan sudah diisi!
- Untuk cepat membuat pos Tumblr atau Dreamwidth dengan semua maklumat karya yang telah diisi (menghubungkan ke karya anda sendiri atau mencadangkan karya orang lain di AO3), anda boleh mencuba Bookmarklet AO3 > Dreamwidth Flamebyrd atau Bookmarklet AO3 > Tumblr.
Bagaimanakah cara saya memberitahu anda tentang sesuatu alat yang hebat yang tidak disenaraikan di sini?
Anda boleh menghubungi Bantuan untuk memberitahu kami tentang alat yang anda fikirkan patut dimasukkan dalam FAQ ini. Untuk membantu mereka mengarahkan maklum balas anda dengan sewajarnya, sila nyatakan FAQ ini dalam penyerahan anda.
Di manakah boleh saya mendapat maklumat lanjut sekiranya soalan saya tidak dijawab dalam FAQ ini?
Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah dijawab dalam FAQ AO3 dan beberapa istilah umum dijelaskan dalam Glosari. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh merujuk kepada Isu Yang Diketahui. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Bantuan.
