Chapter Text
SAAT Anisah Dahlia menyeluk beg untuk mencari kunci kereta, dia terpandang satu figura yang tersandar di salah satu tiang laluan ke kawasan parkir kereta. Liur diteguk, kesat. Entah kenapa, dia merasakan ujian demi ujian menimpanya dalam minggu yang sama.
Parut luka di hati kerana perlakuan Farish Amsyar, seolah terbuka kembali. Namun, dikuatkan semangat agar mampu berhadapan semula dengan mimpi ngerinya.
“Nisa.”
“Am.”
Serentak.
Tatkala itu, berbagai emosi muncul di jiwa masing-masing. Apa yang pasti, seorang mahu memohon maaf, seorang lagi mahu melupakan segalanya.
“How'd you know I'm here? ” Anisah Dahlia yang memulakan bicara. Dia tidak kuasa untuk berlama-lama di sini.
“Rossa.” Ah. Gadis itu masih lagi berhubungan dengan Farish Amsyar. Padahal, mereka sudah lama tamat SPM.
Jika diingat semula, masuk akal. Rossa ialah orang terakhir yang lelaki itu jumpa. Ada satu ketika, di mana Anisah Dahlia bertanyakan khabar Rossa, gadis itu memberitahu tempat Farish Amsyar menyambung pelajaran.
“You're still contacting her.” Perlahan, tapi masih dapat ditangkap oleh Farish Amsyar.
“Nisa.”
“What? ” Kali ini, Anisah Dahlia mengangkat wajah. Bertentang mata dengan lelaki yang pernah bergelar kawan baiknya suatu ketika dahulu. Biarpun perasaan rindu menyelubungi hati, dia tidak sanggup memberi peluang lagi.
“I'm sorry. What I did was irreversible, and unforgiveable. I truly regret it.” Ucap Farish Amsyar. Kedengaran ikhlas, tapi Anisah Dahlia sukar mempercayainya.
“Kau apologize, then what? You think, we're besties again? ” Farish Amsyar kelihatan teragak-agak mahu mengangguk.
Anisah Dahlia memicit pangkal tepi dahinya. Saat ini, lidahnya kelu. Adakah lelaki itu menganggap masalah mereka, perkara yang remeh? Tiada hargakah nilai persahabatan mereka sejak kecil?
“Aku nak kita macam dulu. Mama rindu kau, sangat. Can't we be civil towards each other?” Balas Farish Amsyar. Dia tidak mahu berputus asa terlalu awal.
Anisah Dahlia berdecit, kasar. “Am, seriously? You hurt me! Badly. Kau tak sedar ke?” Membara api kemarahannya. Pengakhiran seperti ini, siapa sahaja suka?
Malas mahu memanjangkan cerita, Anisah Dahlia membuka langkah. Tiada guna buka kisah lama seperti ini. Mengundang perhatian orang yang tidak sepatutnya.
“Did you know, ibu nak kita kahwin?” Keras tubuh Anisah Dahlia. Waktu terasa berhenti berdetik. Tangannya menggeletar dan lututnya lemah.
A-apa?
Segala suara yang berada di sekeliling, semakin tenggelam. Dia hanyut dalam dunia sendiri. Saat tubuhnya terasa ringan dan seakan mahu melayang, ada satu suara yang dia kenali.
“That's enough, bro.” Menarik Anisah Dahlia dari mainan fikirannya. Dia menoleh ke sebelah kiri, separa mendongak.
Naufal Hayder.
“Who are you? ”
“Doesn't matter. Just so you know, that's not cool, what you did. Kau literally paksa dia, even when she's not ready.” Ujar si abang sepupu. Dibawa Anisah Dahlia ke belakang, mahu melindungi gadis itu.
Mata Anisah Dahlia, berkaca.
“Nisa..”
“Go.” Tegas Naufal Hayder, bersuara. Tidak boleh melawan, Farish Amsyar mengalah.
Dia memandang Anisah Dahlia, sekilas.
“I already refused it.” Setelah itu, dia berlalu pergi. Hilang sahaja kelibat Farish Amsyar, Anisah Dahlia menolak tangan Naufal Hayder. Membuatkan abang sepupunya memusingkan badan.
“Abang—”
“Save it.” Naufal Hayder garu kepala. Mata melingas sekeliling, berulang kali.
“I'll drive you home.” Beg Anisah Dahlia, dirampas. Dan, lengan gadis itu ditarik. Membawanya ke kereta milik Naufal Hayder yang terparkir tidak jauh dari bangunan akademik.
---
FIKIRAN Anisah Dahlia, bercelaru. Masih memproses apa yang baru sahaja terjadi. Menyedari itu, Naufal Hayder tidak langsung menukar gear untuk memulakan pemanduan. Risau akan adik sepupunya.
“So, he's your escape route? ” Soalan yang diutarakannya jelas sekali membuatkan Anisah Dahlia tersentak. Gadis itu merenung ke arahnya.
“Tak.”
“You sure? ”
“Abang, I'm tired. Lepas ni, Nisa kena menjawab lagi dengan ibu ayah. Just start driving, please.” Keluh Anisah Dahlia. Naufal Hayder menjongketkan sebelah keningnya.
“Bukannya abang buat salah pun.” Anisah Dahlia tergeleng, perlahan. Apa lagi cara yang dia boleh lakukan supaya tidak terbeban dengan semua masalah?
“We hate each other, right? ” Dahi Naufal Hayder, berkerut. Hairan mendengarkan soalan sebegitu.
“No..? ”
“Don't you remember, our big fight? The one which we start to hate each other.” Anisah Dahlia bertanya. Naufal Hayder mengusap-usap dagunya.
“Tak valid.”
“It is.”
Naufal Hayder menongkat sikunya di kepala tempat duduk Anisah Dahlia. Dia cuba menahan tawa.
“Nisa, you're the only one who decided that we hate each other. Actually, I was teasing you, back then. I think, you were sulking with me after that. And, still are. But, you find an excuse rather than admit it.” Wajah Anisah Dahlia merona kemerahan.
Irama degup jantungnya, tak sekata.
Melihat Anisa Dahlia masih diam, Naufal Hayder menambah, “Abang pun ego, dan sebab itulah kita tak bertegur sapa untuk masa yang lama. It is because I felt guilty for taking it too far. You're just a little kid. I'm sorry.” Hujung bicara, nadanya kedengaran kesal.
Tanpa disangka, Anisah Dahlia mengalirkan air mata. Entah sejak bila dia menahan emosinya. Naufal Hayder cuak.
“Abang salah cakap ke? I—”
“Nisa tak suka. I kept replaying what you said. It really wasn't a nice thing to remember.” Luah gadis itu. Sampai sekarang, masih terngiang-ngiang di telinga. Naufal Hayder menundukkan kepalanya.
“I am sorry..” Anisah Dahlia laju menyeka air matanya. Dia bukan meminta simpati.
“Even abang Naufal tak benci Nisa, what about your siblings? They were against you liking me. So, apa bezanya?” Naufal Hayder memikirkan jawapan.
“Tak boleh ke perasaan tu hilang? I'm immature, stubborn, hard-headed, and banyak lagi yang Nisa tak boleh describe. Can't you just choose someone yang satu level with your age? ” Terkebil-kebil, abang sepupunya itu mahu menjawab setiap soalan. Anisah Dahlia memintal hujung blouse yang dipakainya.
“I can protect you from them.”
“That's all you've got? ” Naufal Hayder menyandarkan tubuhnya ke seat kereta. Adakah dia terlampau ikutkan kata hati?
“I don't want to make it worse, so you should stop. Protecting me is not enough for our relationship to keep going.” Dan, perbualan mereka terhenti sampai di situ.
---
“SAYA ikhlas nak memperisterikan Nisa, Pak Teh, Mak Teh.” Di kala itu, Anisah Dahlia tidak tahu mahu sembunyikan wajah di mana. Hampir-hampir dia tersedak air mineral yang diteguknya. Sudahlah lengkap satu keluarga berada di ruang tamu, sedang menonton siaran berita bersama-sama.
Ibu dan ayah mempelawa Naufal Hayder tidur di rumah, semalaman. Memandangkan dia dan Anisah Dahlia sampai ke rumah betul-betul ketika azan Maghrib berkumandang.
Lima pasang mata memandang tepat ke arah Anisah Dahlia dan Naufal Hayder. Langsung tidak berkedip walaupun untuk sesaat. Apabila tiada suara yang keluar, ayah bangun dari duduknya.
“Syarif, bawa adik-adik masuk bilik.” Seolah petir menyambar, suara lelaki berusia hampir mencecah 50-an itu. Adik lelaki Anisah Dahlia, Syariff, cepat-cepat menurut.
Tinggallah, ibu, ayah, Anisah Dahlia dan Naufal Hayder di ruang tamu. Ayah menekan butang off di remote televisyen.
Hening.
Naufal Hayder duduk tegak. Menghadap bapa saudaranya. Langsung, tiada riak gentar terpamer di wajah. Anisah Dahlia pula yang panas punggung.
“Pak Teh, Mak Teh, saya sukakan Nisa dah lama. Jadi, saya nak minta izin pada Pak Teh dan Mak Teh, beri saya peluang untuk meminang Nisa.” Ujar Naufal Hayder, yakin.
Perut Anisah Dahlia, memulas. Bukan hendak ke tandas, tapi dia gelabah. Ibu masih tidak bereaksi manakala ayah merengus, kasar.
“Pak Teh—”
“Ayah—”
“Sudah!” Anisah Dahlia ketap bibir. Takut akan sebarang kebarangkalian yang mungkin akan terjadi. Dia menoleh ke arah Naufal Hayder. Abang sepupunya tidak tergugat.
“Abang Naufal, stop it!” Celah Anisah Dahlia. Bantal-bantal kusyen dibaling ke arah lelaki itu.
Bertubi-tubi.
“Nisa..” Ibu menegur. Kasihan pada anak saudaranya. Anisah Dahlia menggenggam bantal kusyen yang terakhir, erat.
“Ayah, abaikan apa yang abang Naufal cakap. He's not in his right mind.” Protesnya. Dia sempat menjeling Naufal Hayder, tajam. Namun, tidak dibalas oleh si abang sepupu.
“Naufal, Pak Teh tak setuju sama sekali. Anak Pak Teh ni masih muda, jauh lagi perjalanan. Pilihlah orang lain, ye? Banyak lagi bunga yang belum dipetik.” Ayah bersuara. Lembut tapi penuh amaran.
Naufal Hayder terdiam.
“Mak Teh boleh tolong carikan juga.” Tambah ibu. Anak saudaranya itu memandang anak gadis mereka, sayu.
“Saya boleh tunggu Nisa.” Ayah hilang kata.
Anisah Dahlia menyirap. Dia berdiri di hadapan Naufal Hayder. “Are you insane?! Kahwin dengan sepupu, is a taboo. Did you not learn it when we were young? Parents kita larang, kenapa nak pertahankan? Forget your so-called feelings and find someone else.” Kasar nadanya. Selesai sahaja melempiaskan amarah, dia berlalu untuk masuk ke dalam bilik.
Mengurungkan diri.
“Nisa..” Ibu mengikut dari belakang. Mahu memujuk si anak.
Naufal Hayder pula masih tidak berganjak dari tempatnya. “Pak Teh masuk bilik dulu. Kamu rehat dan fikir-fikirkanlah.” Ujar si ayah saudara.
Hilang sahaja kelibat lelaki itu, air mata yang ditahan Naufal Hayder sedari tadi, menitis jua. Tidak sangka, tentangan yang dia dapat teramat hebat. Inikah petanda untuk dia hentikan semua ini?
---
To be continued.
