Archive FAQ > Komen dan Kudos

Apakah itu komen?

Komen di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) adalah salah satu cara untuk meninggalkan maklum balas pada sesuatu karya. Pada bahagian akhir setiap karya, atau setiap bab sesuatu karya, ialah sebuah kotak teks di mana anda boleh memasukkan ulasan anda. Anda juga boleh meninggalkan komen pada artikel-artikel Berita AO3.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai lokasi komen di sebuah karya dan cara untuk mendedahkannya, sila rujuk kepada Di manakah komen-komen pada sebuah karya?

Harap maklum bahawa, seperti semua kandungan yang diterbitkan ke AO3, komen-komen tertakluk kepada Seksyen IV (Dasar Kandungan dan Penyalahgunaan) daripada Syarat-Syarat Perkhidmatan (ToS) laman web ini. Jika anda menerima sebuah komen pada kerja anda yang anda percayai melanggar ToS tersebut, anda boleh menghubungi Jawatankuasa Polisi & Aduan untuk melaporkannya.

Bagaimanakah saya menerbit komen?

Pada bahagian akhir setiap karya, atau setiap bab sesuatu karya, ialah sebuah kotak teks. Masukkan komen anda ke dalam kotak teks tersebut dan tekan butang "Comment" (Komen) di bawah kotak tersebut untuk menerbitkannya. Anda boleh menggunakan HTML untuk memformat komen anda. Untuk senarai tag HTML yang boleh digunakan, sila rujuk kepada Bagaimanakah saya mengubah gaya teks dalam komen saya?

Komen anda akan dipamerkan pada bahagian paling bawah, di bawah komen yang lain. Jika terdapat banyak halaman komen, komen anda akan dipamerkan pada hujung halaman terakhir.

Anda juga boleh membalas komen yang ditinggalkan oleh orang lain, yang akan membentuk sebuah jaluran komen. Pilih butang “Reply” (Balas) pada komen yang anda ingin membalas, dan masukkan teks anda dalam kotak teks yang muncul. Selepas anda siap menulis balasan anda, pilih butang “Comment” untuk menerbitkannya. Komen anda akan dilampirkan dengan segera di bawah komen yang anda balas. Untuk maklumat lanjut tentang pembalasan dan jaluran komen, sila rujuk kepada Apakah itu jaluran komen? Bagaimanakah jaluran komen berfungsi?

Di manakah komen-komen pada sebuah karya?

Komen terletak pada bahagian akhir setiap karya, di bawah senarai kudos; walau bagaimanapun, ia secara asalnya disembunyikan. Pilih butang "Comments" (Komen) di bahagian atas atau bawah karya untuk mendedahkan komen pada karya tersebut. Bagi kebanyakan pelayar web, pemilihan butang "Komen" di bahagian atas halaman akan menyebabkan halaman tersebut skrol ke bahagian akhir untuk anda.

Harap maklum bahawa sesuatu karya boleh ada banyak halaman komen; setiap halaman akan menunjukkan 20 utas jaluran komen. (Sila rujuk kepada Apakah itu jaluran komen? untuk maklumat selanjutnya tentang cara jaluran komen berfungsi.) Anda boleh menavigasi antara halaman komen dengan menggunakan butang “Previous” (Sebelum) dan “Next” (Seterusnya), ataupun nombor halaman secara individu, yang terletak di atas dan di bawah bahagian komen.

Work blurb juga akan memaparkan berapa banyakkah komen yang sesuatu karya menerima. Sebagai contoh, blurb sesuatu karya mungkin memaparkan “Comments: 9” (Komen: 9). Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai maksud nombor ini, sila ke Apakah itu "Comments: #"?

Bagaimanakah saya mengenalpastikan diri saya apabila saya memberi komen?

Sekiranya anda telah log masuk ke dalam Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) apabila anda sedang memberi komen, komen anda akan dipaparkan dengan nama samaran utama anda. Sekiranya anda ingin memberi komen dengan nama samaran yang lain, anda boleh memilih salah satu daripada menu “Comment as” (Komen sebagai). Sila rujuk kepada FAQ Nama Samaran untuk mengetahui lebih lanjut tentang nama samaran dan bagaimana ia berfungsi.

Sekiranya anda tidak dilog masuk, ataupun anda tidak memiliki akaun AO3, anda boleh meninggalkan komen anonim, selagi pereka karya tersebut membenarkan pemberian komen anonim pada karyanya. Sila rujuk Bolehkah saya memberi komen secara anonim, atau sekiranya saya tidak memiliki akaun AO3? untuk maklumat lanjut.

Bolehkah saya memberi komen secara anonim, atau sekiranya saya tidak memiliki akaun AO3?

Pada asalnya, anda boleh memberi komen secara anonim pada mana-mana karya di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita); namun, pereka juga boleh menyahaktifkan fungsi ini mengikut keinginan mereka. Untuk mengetahui cara bagaimana untuk menyahaktifkan pemberian komen anonim, sila rujuk kepada Bolehkah saya menyahaktifkan fungsi pemberian komen anonim untuk karya saya?

Komen-komen anonim memerlukan anda untuk menyertakan nama dan alamat e-mel yang sah. Nama tersebut akan dipaparkan, tetapi alamat e-mel tidak akan. Anda akan menerima balasan di alamat e-mel yang anda berikan.

Bolehkah saya menyahaktifkan fungsi pemberian komen anonim untuk karya saya?

Anda boleh mengelakkan sesiapa yang tidak dilog masuk ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) daripada memberi komen untuk karya anda. Untuk berbuat demikian, pergi ke halaman Edit Work (Edit Karya) (sila rujuk kepada Bagaimanakah saya mengedit sesebuah karya?). Dalam bahagian Privacy (Privasi), pilih "Disable anonymous commenting" (Nyahaktifkan pemberian komen anonim). Kemudian, pilih butang "Post Without Preview" (Terbitkan Tanpa Prabaca) dan seterusnya pilih butang "Update" (Kemas Kini) untuk menyimpan perubahan yang dibuat.

Untuk menyahaktifkan pemberian komen anonim pada lebih daripada satu buah karya secara serentak, anda boleh menggunakan halaman Edit Multiple Works (Edit Beberapa Buah Karya). Rujuk kepada Bagaimanakah saya mengedit beberapa buah karya secara serentak? untuk mengetahui cara mengubah tetapan untuk banyak buah karya.

Apakah akan berlaku kepada komen yang pernah saya tinggalkan apabila saya memadamkan akaun saya?

Selepas anda memadamkan akaun anda, setiap komen yang pernah anda tinggalkan dengan akaun tersebut akan dikaitkan dengan nama pengguna "Account Deleted" (Akaun Terpadam). Perubahan ini mungkin mengambil masa sehingga seminggu untuk dipaparkan di Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita). Jika nama pengguna anda tidak dipadam dari komen selepas seminggu, sila hubungi Jawatankuasa Bantuan.

Sila ambil perhatian bahawa anda tidak akan dapat memadam sebarang komen selepas akaun anda dipadamkan. Sekiranya anda ingin komen anda dipadam dari AO3, pastikan anda memadamkannya sebelum memadamkan akaun anda. Untuk maklumat lanjut mengenai cara melakukannya, rujuk kepada Bolehkah saya mengedit atau memadamkan komen saya?

Untuk mengetahui apa yang akan terjadi pada kudos yang anda tinggalkan selepas akaun anda dipadamkan, rujuk kepada Apakah akan berlaku kepada kudos yang pernah saya tinggalkan apabila saya memadamkan akaun saya?

Apakah akan berlaku kepada komen dan/atau kudos yang pernah saya tinggalkan apabila saya menukar nama pengguna saya?

Apabila anda menukar nama pengguna anda, sebarang komen dan/atau kudos yang anda tinggalkan di bawah nama pengguna lama anda akan ditukar kepada nama pengguna baru anda. Perubahan ini mungkin mengambil masa sehingga seminggu untuk dipaparkan di Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita). Jika nama pengguna anda pada komen dan kudos anda tidak berubah selepas seminggu, sila hubungi Jawatankuasa Bantuan.

Apakah itu jaluran komen? Bagaimanakah jaluran komen berfungsi?

Jaluran komen berfungsi seperti perbualan: seseorang meninggalkan komen, dan semua balasan seterusnya pada komen itu adalah sebahagian daripada satu jaluran komen. Contohnya, sekiranya seseorang memberi komen pada sesuatu karya seperti “Wah! Best betul, ada tak anda tulis karya lain?” dan anda balas menulis, “Ya! Ini pautan kepada salah satu buah karya saya yang lain!”, komen asal tersebut dan setiap balasan padanya ialah satu jaluran komen.

Sekiranya anda membalas komen yang lain, balasan anda akan dipaparkan terus di bawah komen yang anda telah jawab. Komen-komen tersebut akan diberi inden untuk menunjukkan bahawa mereka ialah balasan dalam jaluran komen yang sama.

Jaluran komen boleh terdiri daripada satu atau lebih komen. Sekiranya sesuatu jaluran komen mengandungi siri panjang balasan bersarang (di mana setiap komen ialah balasan berinden kepada komen sebelumnya), hanya lima siri yang pertama akan dipaparkan. Baki balasan bersarang akan dilumpuhkan dan sebuah mesej akan menunjukkan "(# more comments in this thread)" (# lebih banyak komen dalam jaluran ini).

Untuk mengaksesnya, pilih butang "Thread" (Jaluran) pada salah satu komen yang ditunjukkan. Ini akan membawa anda ke halaman baru yang memaparkan semua balasan, bermula daripada komen yang dipilih.

Bagaimanakah saya mendedahkan semua balasan kepada komen saya?

Untuk mendedahkan semua balasan pada satu komen tertentu, pilih butang "Thread" (Jaluran) pada komen tersebut. Ini akan membawa anda ke halaman baru yang memaparkan semua balasan, bermula daripada komen yang dipilih.

Untuk maklumat lanjut tentang balasan dan jaluran komen, sila rujuk kepada Apakah itu jaluran komen? Bagaimanakah jaluran komen berfungsi?

Apakah itu "Comments: #"?

"Comments: #" (Komen: #) dan "Comments (#)" menunjukkan jumlah komen yang telah ditinggalkan pada sesuatu karya. Contohnya, blurb sebuah karya mungkin memaparkan "Comments: 9". Di mana sebuah work blurb muncul dalam senarai dan hasil carian, anda boleh memilih nombor ini untuk membawa anda ke karya tersebut dan mendedahkan komen yang terdapat padanya, di bawah senarai kudos.

Balasan pada komen dan komen yang ditinggalkan oleh pereka karya sendiri turut dikira dalam jumlah ini. Untuk mengetahui berapa banyakkah jaluran komen individu yang telah ditinggalkan pada seluruh karya anda, tanpa mengira jumlah balasan, sila ke Apa itu Jaluran Komen? Bagaimanakah Jaluran Komen dikira? di FAQ Statistik.

Berapa panjangkah boleh saya tulis komen saya?

Panjang maksimum untuk sesuatu komen ialah 10000 aksara (termasuk sebarang pemformatan HTML). Untuk mengetahui pemformatan HTML yang mana yang anda boleh tambahkan kepada komen anda, sila rujuk kepada Bagaimanakah saya mengubah gaya teks dalam komen saya?

Sekiranya anda menulis komen yang melebihi 10000 aksara tersebut, ia tidak akan diterbitkan, dan sebuah mesej ralat akan ditunjukkan. Anda perlu memisahkan teks tersebut menjadi dua atau lebih komen yang lebih pendek.

Apabila menggunakan skin asal laman tersebut, bilangan aksara yang anda masih boleh gunakan dalam komen anda akan dipaparkan di bawah kotak teks komen.

Bagaimanakah saya mengubah gaya teks dalam komen saya?

Terdapat pilihan HTML yang terhad untuk kegunaan anda dalam pemformatan teks anda. Tag HTML berikut adalah dibenarkan:

a, abbr, acronym, address, b, big, blockquote, br, caption, center, cite, code, col, colgroup, dd, del, dfn, div, dl, dt, em, h1, h2, h3, h4, h5, h6, hr, i, img, ins, kbd, li, ol, p, pre, q, s, samp, small, span, strike, strong, sub, sup, table, tbody, td, tfoot, th, thead, tr, tt, u, ul, var

Bolehkah saya mengedit atau memadamkan komen saya?

Apabila anda dilog masuk ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), anda boleh mengedit komen anda selagi tiada sesiapa yang membalas komen anda. Edit yang anda boleh buat terhadap komen anda termasuk mengubah kandungannya atau nama samaran yang diberi. (Untuk maklumat lanjut tentang cara mengubah nama samaran yang termasuk dengan komen, sila rujuk kepada Bagaimanakah saya mengenalpastikan diri saya apabila saya memberi komen?)

Anda juga boleh memadam komen yang anda telah tulis, tidak kira sama ada pelawat lain yang telah membalas padanya. Sekiranya anda memadam komen yang mempunyai balasan, komen yang dipadam akan digantikan dengan "(Previous comment deleted.)" (Komen sebelumnya terpadam). Dalam skin asal laman tersebut, terdapat butang "Edit" (Edit) dan "Delete" (Padam) pada komen yang anda boleh edit atau padam.

Sekiranya anda memilih butang "Edit", komen anda akan kemudian muncul dalam kotak teks dalam bentuk format HTML. Anda boleh membuat edit anda dan kemudian memilih butang "Update" (Kemas Kini) untuk menyimpan perubahan yang dibuat. Sekiranya anda menukar fikiran anda, pilih "Cancel" (Batal) untuk menutup kotak teks tersebut. Sekiranya anda mengedit sesuatu komen, pereka karya akan menerima pemberitahuan tentang komen tersebut yang telah diedit.

Jika anda memilih butang "Delete”, anda akan ditanya oleh lama tersebut "Are you sure you want to delete this comment?" (Pastikah anda ingin memadamkan komen ini?) Dari situ anda boleh memilih sama ada "Yes, Delete!" (Ya, Padam!) untuk mengesahkannya, ataupun "Cancel" untuk mengekalkan komen tersebut.

Jika anda tidak dilog masuk ke AO3 apabila anda meninggalkan komen itu, anda tidak dapat mengeditnya. Hanya pereka karya tersebut yang akan dapat memadamkannya, atau penyelaras AO3, jika perlu.

Bolehkah saya mengedit atau memadam komen yang ditinggalkan oleh orang lain pada karya saya?

Anda tidak boleh mengedit komen orang lain, tetapi anda boleh memadamkan komen yang ditinggalkan pada karya anda. Apabila anda dilog masuk, semua komen pada karya anda (termasuk komen anda sendiri) akan ada butang "Delete" (Padam). Setelah anda memilih butang "Delete" tersebut, anda akan ditanya, "Are you sure you want to delete this comment?" (Pastikah anda ingin memadamkan komen ini?). Seterusnya, anda boleh memilih sama ada "Yes, Delete!" (Ya, Padam!) untuk mengesahkannya, ataupun "Cancel" (Batal) untuk mengekalkan komen itu.

Sekiranya anda memadam komen yang mempunyai balasan, komen tersebut yang dipadam akan digantikan dengan "(Previous comment deleted.)" (Komen sebelumnya terpadam). Sekiranya anda ingin memadam keseluruhan sesuatu jaluran komen tetapi ingin mengelakkan teks "(Previous comment deleted.)" daripada muncul, anda perlu memadam setiap komen mengikut susunan kronologi terbalik. Dengan kata lain, anda perlu memadam jawapan yang terbaru (komen yang paling dalam), kemudian memadam secara mengundur sehingga anda memadamkan komen asal.

Sekiranya komen tersebut ialah spam yang ditinggalkan oleh sesebuah akaun tetamu, anda juga boleh melaporkannnya sebagai spam selain daripada memadamkannya. Untuk maklumat lanjut tentang cara melakukan demikian dan mengapa anda mungkin ingin melakukannya, sila rujuk kepada Apakah itu komen spam? Apakah yang boleh saya lakukan mengenai spam?

Bolehkah komen-komen dihantar ke e-mel saya?

Pada asalnya, sebarang komen yang ditinggalkan pada karya anda akan dihantar kedua-dua alamat e-mel yang disediakan untuk akaun anda dan peti masuk Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) anda. Anda juga akan menerima pemberitahuan e-mel setiap kali seseorang membalas komen yang anda buat semasa dilog masuk ke akaun AO3 anda.

Anda boleh mematikan mesej pemberitahuan komen ke peti masuk AO3 anda, alamat e-mel anda, ataupun kedua-duanya. Sila rujuk kepada Bagaimanakah saya mengubah cara saya menerima pemberitahuan komen? untuk maklumat lanjut.

Sekiranya anda tidak menerima pemberitahuan ini walaupun tetapannya telah pun diaktifkan, ia mungkin terperangkap dalam penapis spam anda. Untuk memastikan bahawa pemberitahuan tersebut tidak disekat oleh pelayan e-mel anda, anda boleh menambah [email protected] kepada whitelist anda.

Sekiranya anda meninggalkan komen semasa anda tidak dilog masuk, atau sekiranya anda tidak memiliki akaun, balasan kepada komen anda akan dihantar ke e-mel yang telah anda beri semasa menulis komen tersebut. Untuk maklumat lanjut tentang memberi komen semasa anda tidak dilog masuk ke akaun AO3, sila rujuk kepada Bolehkah saya memberi komen secara anonim, atau sekiranya saya tidak memiliki akaun AO3?

Apakah itu komen spam? Apa yang boleh saya lakukan mengenai spam?

Sila rujuk kepada bahagian mengenai spam dan promosi komersial dalam Syarat-Syarat Perkhidmatan kami untuk mendapatkan definisi komen spam.

Komen spam biasanya merupakan komen anonim, bukannya komen daripada pengguna Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Sekiranya anda menerima komen spam dari seorang tetamu, anda boleh menandakannya sebagai spam. Apabila menggunakan skin asal laman tersebut, terdapat butang "Spam" (Spam) di sebelah bawah kanan setiap komen tetamu. Memilih butang ini akan menyembunyikan komen tersebut daripada pengguna lain, tetapi ia masih dapat diakses oleh penyelaras laman web.

Komen yang ditanda sebagai spam masih akan dikira dalam jumlah komen pada sesebuah karya, jadi dengan menggunakan kaedah ini, anda boleh menyembunyikan komen spam tanpa menjejaskan statistik komen anda. Walau bagaimanapun, sekiranya anda menghubungi Jawatankuasa Polisi & Aduan atau Bantuan dan meminta agar komen tersebut dipadamkan, jumlah komen akan berkurangan selepas ia dipadamkan. Untuk maklumat lanjut tentang statistik dalam AO3, sila rujuk kepada FAQ Statistik.

 

Selain itu, anda boleh memilih butang "Delete" (Padam) untuk memadamkan komen tersebut sama sekali; Walau bagaimanapun, perbuatan demikian boleh menghalang Jawatankuasa Polisi & Aduan daripada menyiasat komen itu. Untuk maklumat lanjut mengenai pemadaman komen, sila rujuk kepada Bolehkah saya mengedit atau memadam komen yang ditinggalkan oleh orang lain untuk karya saya?

Butang "Spam" tidak wujud untuk komen yang ditinggalkan oleh pengguna AO3. Jika anda menerima spam atau gangguan daripada pengguna AO3, sila rujuk kepada Apa yang boleh saya lakukan jika saya menerima komen spam/mengganggu/kesat daripada pengguna AO3? untuk cara mengambil tindakan.

Untuk maklumat lanjut tentang spam, sila rujuk kepada Dasar Kandungan dan Prosedur Aduan dari FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan kami.

Apa yang boleh saya lakukan jika saya menerima komen spam/mengganggu/kesat dari pengguna AO3?

Sila rujuk kepada Syarat-Syarat Perkhidmatan untuk definisi spam kami dan apa yang dikira sebagai gangguan.

Sekiranya anda menerima komen daripada pengguna Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) yang anda berasa melanggar Syarat-Syarat Perkhidmatan, sila hubungi Jawatankuasa Aduan. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana pihak Jawatankuasa Aduan menangani laporan yang diterima, sila rujuk kepada Dasar Kandungan dan Prosedur Aduan dari FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan kami.

Butang "Spam" tidak wujud untuk komen yang ditinggalkan oleh pengguna AO3; cara terbaik untuk menangani jenis komen ini sememangnya adalah untuk melaporkannya kepada pihak Jawatankuasa Aduan. Harap maklum bahawa jika anda memadam komen spam yang berkenaan, ini mungkin menghalang Jawatankuasa Aduan daripada menyiasat isu tersebut.

Sekiranya anda menerima komen spam daripada akaun tetamu, anda mempunyai pilihan untuk menandakannya sebagai spam. Untuk maklumat lanjut untuk cara menangani isu spam daripada akaun tetamu, sila rujuk kepada Apakah itu komen spam? Apa yang boleh saya lakukan mengenai spam?

Bagaimanakah saya menyelaras komen pada karya saya?

Pengaktifan comment moderation untuk karya boleh dilakukan melalui borang penerbitan dan pengeditan: halaman yang muncul apabila anda menerbit sebuah karya baru, atau untuk mengedit karya yang sudah diterbitkan.

Untuk menerbit karya baru dengan comment moderation diaktifkan:

Pergi ke halaman Post New Work (Terbit Karya Baru) (untuk arahan penuh dalam perekaan karya baru, sila rujuk kepada tutorial Menerbit Karya Baru di AO3) dan skrol ke bawah ke bahagian yang dilabel "Privacy" (Privasi). Pilih Enable comment moderation (Aktifkan comment moderation). Isikan bahagian-bahagian lain seperti biasa, dan terbitkan kerja anda ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).

Untuk mengaktifkan comment moderation untuk karya anda yang sedia ada:

Pergi ke halaman Edit Work (Edit Karya) (untuk arahan penuh dalam mengedit sesuatu karya, sila rujuk kepada Bagaimanakah saya mengedit karya? dan skrol ke bawah ke bahagian yang dilabel "Privacy". Pilih Enable comment moderation kemudian tekan "Post Without Preview" (Terbit Tanpa Prabaca) untuk mengesahkan perubahan yang dibuat. Atau, sekiranya anda membuat perubahan lain yang anda ingin meninjau semula terlebih dahulu, pilih "Preview" (Prabaca) untuk menyemaknya, kemudian tekan "Update" (Kemas Kini) untuk mengesahkan perubahan yang dibuat.

Sebaik sahaja comment moderation diaktifkan untuk sesuatu karya, komen baru yang ditinggalkan pada karya tersebut tidak akan didedahkan kepada orang ramai sehinggalah pereka karya tersebut menyemaknya secara manual dan meluluskannya. Pengecualian untuk ini ialah komen yang dibuat oleh pereka karya, yang diluluskan secara automatik.

Sekiranya anda telah mengaktifkan e-mel pemberitahuan komen, anda akan dapat mengakses dan memeriksa komen individu terus melalui pautan di bahagian bawah setiap e-mel pemberitahuan. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana e-mel pemberitahuan komen berfungsi, Bolehkah komen-komen dihantar kepada e-mel saya? Anda juga boleh menyemak setiap komen pada karya yang anda reka dengan mengakses karya tersebut dan memilih butang pada bahagian atasnya yang berlabel "Unreviewed Comments" (Komen yang Belum Disemak).

Untuk menyahaktifkan semula untuk mana-mana karya anda, sila ke halaman Edit Work, skrol ke bawah ke bahagian "Privacy" dan nyahtandakan kotak di sebelah Enable comment moderation. Kemudian tekan "Post Without Preview" untuk mengesahkan perubahan yang dibuat.

Bolehkah saya mengaktifkan atau menyahaktifkan comment moderation untuk beberapa buah karya secara serentak?

Ya! Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan comment moderation untuk beberapa karya menggunakan halaman Edit Multiple Works (Edit Beberapa Karya). Untuk maklumat mengenai bagaimana untuk mengakses halaman ini dan mengubah tetapan untuk beberapa karya secara serentak, sila rujuk kepada Bagaimanakah saya mengedit beberapa buah karya secara serentak? di FAQ Penerbitan dan Pengeditan .

Apa yang akan berlaku kepada komen jika saya menyahaktifkan comment moderation?

Jika anda menyahaktifkan comment moderation untuk sesebuah karya, sebarang komen yang ditinggalkan pada karya tersebut bermula dari saat itu akan diterbitkan secara automatik, tanpa pilihan untuk menyemak komen-komen tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda menyahaktifkan comment moderation untuk karya yang mempunyai komen yang tidak disemak, komen-komen tersebut akan disembunyikan, dan anda masih boleh menyemaknya walaupun comment moderation telah dinyahaktifkan.

Untuk mendapatkan arahan mengenai bagaimana untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan comment moderation, rujuk kepada Bagaimanakah saya menyelaras komen pada karya saya?

Apa yang berlaku kepada komen sedia ada apabila comment moderation diaktifkan?

Setelah comment moderation diaktifkan untuk sesuatu karya, komen baru perlu disemak secara manual dan diluluskan sebelum mereka dipaparkan kepada orang ramai. Sebarang komen yang sedia ada sebelum comment moderation diaktifkan tidak akan terjejas.

Untuk mendapatkan arahan mengenai bagaimana untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan comment moderation, sila rujuk kepada Bagaimanakah saya menyelaras komen pada karya saya?

Apakah itu kudos?

Perkataan "kudos" berasal dari bahasa Yunani kuno, yang bermaksud "keagungan" atau "terkenal". Salah satu definisi moden ialah "pujian yang diberikan untuk sesuatu pencapaian".

Sebagai sebuah ciri Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), kudos ialah cara yang cepat dan mudah untuk membolehkan pereka mengetahui bahawa anda menyukai kerja mereka. Sebaik sahaja anda berjaya meninggalkan kudos pada sesebuah karya, sebuah mesej yang mengatakan "Thank you for leaving kudos!" (Terima kasih kerana meninggalkan kudos!) akan muncul.

Anda hanya boleh memberi kudos sekali untuk sesebuah karya, walaupun anda mempunyai banyak nama samaran di bawah akaun anda. (Apakah itu nama samaran?) Anda juga tidak boleh meninggalkan kudos pada setiap bab sebuah karya. Walau bagaimanapun, anda boleh memberi kudos pada setiap buah karya individu dalam satu siri, kerana setiap karya ini dikira sebagai karya berasingan.

Mengapakah saya tidak dapat mengakses semua kudos yang diberi kepada karya saya?

Untuk akses yang lebih mudah ke bahagian komen, hanya 50 pengguna terkini yang telah dilog masuk untuk meninggalkan kudos akan dipaparkan mengikut nama. Untuk mengembangkan senarai penuh pengguna yang telah meninggalkan kudos pada suatu karya, pilih "and # more user(s)" (dan # lagi pengguna) pada akhir senarai tersebut. Untuk melumpuhkan senarai tersebut semula, pilih "(collapse)" (lumpuhkan) yang terletak pada akhir senarai tersebut yang telah diperkembangkan.

Pengguna yang tidak berdaftar, dan pengguna yang tidak dilog masuk tidak boleh dikenal pasti oleh sistem, dan akan dilabelkan sebagai "guest" (tetamu). Kudos mereka dikira di bawah "as well as # guests left kudos on this work!" (serta # orang tetamu telah memberi kudos pada karya ini!)

Bolehkah saya menyahaktifkan kudos untuk karya saya?

Kami tidak menawarkan pilihan untuk menyahaktifkan kudos pada masa ini. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk tidak menerima pemberitahuan bahawa seseorang telah meninggalkan kudos pada karya anda. Untuk maklumat lanjut tentang pilihan untuk menyahaktifkan pemberitahuan kudos, sila rujuk kepada Bagaimanakah saya mengubah cara saya menerima pemberitahuan komen?

Sekiranya anda lebih inginkan agar tidak menerima komen dan kudos daripada pengguna Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) tertentu atau daripada mana-mana pengguna anonim pada karya anda (ataupun mana-mana saja dalam AO3!), anda boleh menggunakan Personal Hellban script milik tuff_ghost dan mengaktifkan sama ada sekatan tetamu, ataupun penyertaan senarai nama pengguna. Ini sebenarnya tidak akan menghalang orang lain daripada memberi komen atau meninggalkan kudos, tetapi akan menyembunyikan apa-apa yang anda tentukan dalam pelayar web anda sendiri.

Ketahui bahawa ini ialah alat tidak rasmi yang dicipta oleh peminat AO3, dan oleh itu pasukan Bantuan tidak dapat memberi bantuan atau sokongan teknologi tentang penggunaan alat ini. Untuk alat ciptaan peminat yang lain untuk digunakan dengan AO3, sila rujuk kepada FAQ Alat Pelayar Tidak Rasmi.

Bagaimanakah saya mengetahui jika seseorang telah meninggalkan kudos pada salah satu karya saya?

Pemberitahuan untuk kudos yang ditinggalkan oleh pengguna yang dilog masuk atau tetamu akan dihantar ke pereka karya melalui e-mel sekiranya mereka mempunyai pilihan ini diaktifkan. Sila rujuk kepada Bagaimanakah saya mengubah cara saya menerima pemberitahuan komen? untuk maklumat lanjut. Pengguna yang dilog masuk yang meninggalkan kudos akan dikenal pasti melalui nama pengguna mereka. Pengguna yang tidak berdaftar dan pengguna yang tidak dilog masuk tidak dapat dikenal pasti oleh sistem dan akan dilabel sebagai "guest" (tetamu).

Sekiranya anda tidak menerima pemberitahuan ini walaupun tetapannya telah pun diaktifkan, ia mungkin terperangkap dalam penapis spam anda. Untuk memastikan bahawa pemberitahuan tersebut tidak disekat oleh pelayan e-mel anda, anda boleh menambah [email protected] kepada whitelist anda.

Bolehkah saya menyembunyikan atau memadam kudos yang saya telah beri atau terima?

Pada masa ini, kudos tidak boleh dipadam, tidak kira oleh pengguna yang memberi kudos atau pengguna yang menerimanya.

Sekiranya anda lebih inginkan agar tidak menerima komen dan kudos daripada pengguna Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) tertentu atau daripada mana-mana pengguna anonim pada karya anda (ataupun mana-mana saja dalam AO3!), anda boleh menggunakan Personal Hellban script milik tuff_ghost dan mengaktifkan sama ada sekatan tetamu, ataupun penyertaan senarai nama pengguna. Ini sebenarnya tidak akan menghalang orang lain daripada memberi komen atau meninggalkan kudos, tetapi akan menyembunyikan apa-apa yang anda tentukan dalam pelayar web anda sendiri.

Ketahui bahawa ini ialah alat tidak rasmi yang dicipta oleh peminat AO3, dan oleh itu pasukan Bantuan tidak dapat memberi bantuan atau sokongan teknologi tentang penggunaan alat ini. Untuk alat ciptaan peminat yang lain untuk digunakan dengan AO3, sila rujuk kepada FAQ Alat Pelayar Tidak Rasmi.

Apakah yang berlaku kepada kudos yang pernah saya tinggalkan apabila saya memadamkan akaun saya?

Selepas anda memadamkan akaun anda, sebarang kudos yang anda tinggalkan dengan akaun itu akan dikaitkan dengan tetamu dan bukan dengan nama pengguna anda. Perubahan ini mungkin mengambil sedikit masa untuk dipaparkan di Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita).

Untuk mengetahui apa akan berlaku kepada komen yang anda tinggalkan selepas akaun anda dipadamkan, sila rujuk kepada Apakah yang berlaku kepada komen yang pernah saya tinggalkan apabila saya memadamkan akaun saya?

Bolehkah saya meninggalkan kudos pada setiap bab bagi sesebuah karya berbilang bab?

Tidak. Sekiranya anda meninggalkan kudos semasa mengakses bab tertentu dari sesebuah karya, ia dikaitkan dengan karya tersebut secara keseluruhan. Sekiranya anda cuba meninggalkan kudos pada karya di mana anda sudah telah meninggalkan kudos, sistem ini akan memaklumkan anda dengan mesej "You have already left kudos here. :)" (Anda telah pun meninggalkan kudos di sini :) ).

Walau bagaimanapun, anda boleh memberi kudos pada setiap buah karya individu dalam satu siri, kerana setiap karya ini dikira sebagai karya berasingan.

Di manakah boleh saya mendapat maklumat lanjut sekiranya soalan saya tidak dijawab dalam FAQ ini?

Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah dijawab dalam FAQ AO3 dan beberapa istilah umum dijelaskan dalam Glosari. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh merujuk kepada Isu Yang Diketahui. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Bantuan.