Work Text:
‘From the moment we met, I fell for you.’
Ain merenung titisan hujan yang mengalir di gelas kaca kedai bunganya. Tangan menongkat dagu sambil helaan nafas perlahan, terlepas. Seperti kebiasaannya, tiada siapa yang mahu membeli bunga mahupun singgah di ruangan bawah bangunan itu.
Clink!
“Hello?”
Gadis itu bangun serta-merta. Bersama rasa teruja, dia menuju ke pintu kedai untuk menyambut pelanggan pertama setelah lima bulan dia menunggu. Saat bertentang mata dengan empunya suara, dia kelu lidah.
Dub!
Dab!
Jantungnya tiba-tiba laju mengepam darah. Seolah dia baru sahaja lari marathon.
Walhal, hakikatnya tidak.
“Miss, can I sit here for a while? My assistant stucked in a traffic jam so it might take some time to arrive.” Suaranya bagaikan melodi di telinga Ain.
Terbuai gadis penjual bunga itu, sesaat.
“Miss?” Ain tersentak dari khayalan. Matanya melirik penampilan lelaki itu. Kemas dan elegan dengan sut berwarna biru gelap di badan. Rambut blonde separas bahu (mungkin?) terikat kemas, menambahkan lagi kekacakan lelaki berkenaan.
“Sorry, what were you saying?”
Lelaki itu tertawa, kecil.
Ain kemam bibir. Pipinya membahang.
“Do you mind if I sit in here while waiting for my assistant? It’s unlucky day for me as I don’t bring any sweater to warm me up.” Oh. Ain laju angguk, membenarkan.
Adalah juga penemannya petang itu.
“Sir, come with me.” Ain bersuara. Membawa lelaki itu ke suatu sudut di mana ada tempat untuk pelanggan bersantai. Sebenarnya, kedai bunganya itu ada juga menjual brew coffee. Trend sekarang ini, di mana anak-anak muda mencari café hipster. Tapi, kedainya lebih kepada konsep coffee and calming ambience.
“Make yourself comfortable. I’ll bring you warm drink to lessen your coldness.” Ujar Ain. Belum sempat lelaki itu menghalang, Ain sudahpun berlalu pergi ke coffee station.
---
‘Took us just a second getting to know each other.’
“So, you’ve opened this kind of shop alone?” Ain pantas menggelengkan kepala. Dia menggosok belakang lehernya, kekok.
“Er..how to say..” Lelaki itu menunggu jawapan Ain. “I have one business partner. But she’s busy with her study now. Also, other part-time jobs she worked to pay for her fee.” Terang Ain.
“Wow! She’s a tough one, eh?”
“I’d say so.”
“Where’s her parent or..relatives?” Ain meramas-ramas apron kulit yang dipakainya. Cemburu pula rasanya bila lelaki itu lebih berminat bertanyakan tentang Anis.
“Doesn’t have one.”
“Why?”
“Sir, stop asking about her. I’m quite jealous here.” Kata-kata terakhirnya perlahan Sahaja nada yang dilontarkan. Biarpun begitu, halwa pendengaran si jejaka amat tajam. Dia senyum nakal tanpa disedari Ain.
“What’s your name?” Badan dikedepankan. Menunjukkan minat mahu tahu tentang gadis di hadapannya.
“It’s Ain. And, you?”
“Kozume Kenma. Just call me Kenma, it’s better.”
“Okay, sir – no, I mean, Kenma.” Wajah Ain merona kemerahan.
“Sounds lovely.”
“How – “
Clink!
Mata Ain dan Kenma terarah pada muka pintu kedai itu.
“Sir?”
Kelihatan seorang lelaki yang memakai sut formal berdiri di situ. Tahulah Ain apa maksudnya.
---
‘You and I were predestined ‘cause you love me and I love you.’
Sejak kejadian itu, Ain dan Kenma mula rapat. Lelaki itu akan singgah sekejap waktu tengahari ataupun sebaik sahaja waktu kerjanya tamat. Tidak boleh jika dia tidak menjenguk si gadis. Harinya terasa tidak lengkap.
Sehinggakan, kawan baik Ain, iaitu Anis mengenalinya.
Tapi..
“Where’s your prince charming today, Ain-san? Didn’t come yet?” Ain memuncungkan bibirnya, seraya menggeleng. Dia menanti sejak pukul 3 petang tadi. Kata Kenma melalui Kakaotalk sebentar tadi, dia akan sampai lewat kerana ada mesyuarat penting bersama pengarah-pengarah syarikat video game untuk membincangkan projek baharu.
“Don’t call him like that. He might misinterpret it.” Anis menjelir lidah, sengaja mahu mengusik.
Setelah itu, dia kembali menuju ke belakang kedai. Mahu melihat bunga blue poppy yang baru Ain tanam semalam. Stok yang baru sampai beberapa minggu sebelum itu tapi baru semalam Ain sempat berbuat sedemikian. Lagipula, selepas kehadiran Kenma di situ, ramai orang berkunjung dan melepak di situ.
Membuatkan Ain tidak lepas tangan.
“Aish..where’s this guy? It has passed two hours already.” Ain memerhati luar kedai. Mana tahu, kereta yang sering dinaiki oleh Kenma ada tapi dia yang tidak perasan. Perasaan risau mula menjengah.
Hmm..
“Hey?” Baru sahaja Ain mahu mendail nombor Kenma, ada suara lelaki itu menegur dari belakang. Ain terus berpaling.
“Kenma! Gosh, why are you so late?” Ain dapat menghela nafas, lega.
Kenma senyum penuh makna. “So, I could buy you this?” Dia mengeluarkan kotak bersaiz kecil yang Ain selalu nampak usually ketika lelaki mahu melamar seseorang or vice versa.
“Wait..”
“Miss Ain, I know this is too soon. But, knowing you, suddenly made my whole life make sense. I was here because the universe chose us from the very beginning to be together. We’re meant to be with each other’s presence. My heart keeps beating for you every time we had spent. So, Ain..will you become my partner for the rest of our lives?” Mata Ain berkaca kerana terharu.
Mulut, ditekup.
Anis muncul dari belakang kaunter. Begitu juga, Kuroo, kawan baik Kenma.
“Yes! I would love to.”
---
‘You are my serendipity.’
Kenma berjalan berpegangan tangan bersama Ain. Malam itu adalah night date mereka. Urusan kedai bunga, Ain serahkan kepada Anis. Kawan baiknya itu baru sahaja tamat pengajiannya beberapa bulan lalu dan berjaya mendapat segulung ijazah. Jadi, Ain dapatlah berehat untuk jangka masa yang lama sebagai ‘pampasan’ yang diberikan oleh Anis.
“You cold?” Ain mendongak merenung Kenma bersama segaris senyuman.
Kepala dilentokkan ke bahu lelaki itu.
“Nope, I’m fine.” Kenma menatap wajah Ain, penuh rasa sayang.
“You’re pretty. I love you, Ain.” Walaupun ungkapan keramat itu sering sahaja meniti bibir Kenma, tetap Ain berasa malu.
“I-I love you, too.” Pipi Ain memerah.
Bak tomato.
Dia bukanlah seorang yang romantis. Tapi, bila bersama Kenma, dia cuba untuk meluahkan perasaan dalam hatinya. Tidak mahu kekasihnya itu terasa mahupun terluka.
“Did I ever tell you that you’re my serendipity?”
Kenma berhenti menapak. Dia mengalihkan badan ke arah Ain, begitu juga gadis itu.
Kedua-dua belah pipi Ain, ditekup. Sebelum satu ciuman melekap di bibir.
Mata Ain terbuka, luas. Tapi, dia tidak menolak.
“It’s been two years since we started going out.” Kenma berkata sebaik Sahaja wajah mereka dijarakkan. Dia memandang langit malam itu yang dipenuhi bintang-bintang.
Mesmerizing.
Dia menatap Ain, semula. Pipi Ain, diusap lembut.
“You’re also my only flower. That will always bloom even in the cold winter. My pretty flower, will you marry me?” Suara Kenma gemersik di telinga Ain.
Ini bukan kali pertama, Kenma berpuisi sebegitu.
Dia dilayan seperti permaisuri.
“Of course, I do! You’re my only world, that I can relied on.” Jawab Ain. Dengan pantas, dia memeluk tubuh Kenma.
Erat.
---
Bonus scene.
Anis menyembamkan wajahnya di meja yang berada di kaunter hadapan. Keluhan demi keluhan tidak terlepas dari belahan bibirnya. Air mata mengalir, tanpa disengajakan. Untuk kali keberapa untuk hari ini dia mengenangkan susuk tubuh lelaki yang telah sebulan meninggalkannya tanpa sebarang kata.
Sakit.
Tapi, dia sudah terbiasa.
Clink!
Anis bangun, perlahan. “Welcome!” Suaranya jelas sekali kedengaran lesu. Dia langsung tidak memandang siapa yang baru sahaja masuk.
Malas mahu ambil peduli.
“Hey, girl!”
Anis angguk. Dia berjalan keluar dari kaunter dan berdiri di hadapan pelanggan tadi.
“Err..so, I want to buy some flowers that convey my love towards the other person. Can you recommend something cause I don’t really familiar with them.” Anis menarik senyuman buat pelanggan tersebut.
“Yeah, sure.”
“Thanks a lot!”
Anis membuka langkah, menuju dari satu ke satu rak pasu bunga untuk memilih bunga yang bersesuaian dengan request pelanggan itu. Setelah beberapa minit, dia kembali ke kaunter.
“So, here it is.”
Gadis itu mendongak.
Dia kaku.
“K-Kuroo-kun?”
Pelanggan yang bernama Kuroo itu, sengih. Dia membuat aksi ‘ta-da!’ kepada Anis. Terletus tawa gadis itu melihat perlakuan Kuroo. Dia sememangnya kenal lelaki itu.
Kawan baik Kenma.
“Ayy..so, who’s the lucky girl?” Soal Anis sambil tangan lincah membalut White Carnation, Lavender Rose, dan Pink Carnation sehingga terbentuk jambangan bunga yang cantik.
“Wow, it’s gorgeous!” Kuroo memuji Ketika Anis menyerahkan bouquet itu padanya.
Anis senyum, bangga. Kembang kempis hidungnya.
“So, how much?”
“Free of charge. Go chase your love!” Anis berkata.
Kuroo ketap bibir.
“It’s for you, actually.” Jambangan itu dihulur pada Anis.
