Actions

Work Header

Lembaran Hidup

Summary:

Kehidupan penuh dengan cabaran dan halangan namun ia tak menghalang mereka untuk terus tersenyum dalam melaluinya.

Chapter 1: Kawan

Summary:

Fang tidak pernah ada kawan seperti Boboiboy, Gopal, Ying Dan Yaya.

(Dan disebabkan itu dia sangat menghargainya.)

Notes:

Timeline: BBB S3

Chapter Text

Bagaimana Fang berkawan dengan Boboiboy dan kawan-kawannya yang lain?

Okay, jadi, ianya bermula begini.....

.....Sebenarnya Fang pun tak tau macam mana dia boleh berkawan dengan mereka, serius dia pun tak faham.

Kemungkinan ia bermula apabila dia terpaksa bekerjasama dengan Boboiboy dan Gopal untuk mendapatkan semula saiz asal badannya.

Kemungkinan ia bermula apabila dia dan mereka pergi ke Kotak Markas Adudu untuk ambil penawar emosi Y darinya.

Entahlah, yang dia tahu, sedar-sedar je dia dah menjadi sebahagian daripada kumpulan Boboiboy.

Dan Fang boleh cakap dengan konfiden dia tak akan pernah menyesal berkawan dengan mereka.

Tetapi....

Dia tahu dia tak boleh duduk di Bumi lama-lama. Kerana pada penghujung harinya, dia hanyalah Alien yang menyamar sebagai Manusia dan bukan sebahagian daripada makhluk asal di sini.

Dan apabila abangnya kembali ingin membawanya pulang, dia hanya menurutkan sahaja.

Hatinya sakit kerana terpaksa berlawan dengan kawan-kawannya dan membelot kepercayaan mereka sebelum meninggalkan mereka.

Fang nampak muka sedih mereka dan dia boleh agak mereka terluka dengan perlakuannya.

(Dia menyesal sangat apabila perjumpaan terakhir mereka dengannya adalah sebuah pembelotan terhadap persahabatan antara mereka dan dia.)

Tetapi, dia tak nak kehilangan mereka.

Mereka adalah kawan pertama yang dia dapat yang bukan berkawan dengannya sebab harta keluarganya ataupun pangkat keluarganya, mereka kawan dirinya yang banyak keburukan ini tanpa mengira semua itu.

Dan dia sedar dia tak nak kehilangan mereka.

Dan disebabkan itu dia melawan abangnya dan Lieutenant Lahap walaupun dia tahu mereka lebih kuat dari dia dan kawan-kawannya, namun dia teruskan juga, dia paksa dirinya untuk terus berlawan untuk membuktikan mereka layak memegang kuasa yang tersimpan dalam jam kuasa yang dicurinya. 

Akhirnya, abangnya pun membenarkan mereka memakai jam kuasa yang mereka dapat setelah kalah dalam perlawanan.

Setelah selesai semua benda, abangnya mengajaknya pulang lagi sekali dan kali ini dia menolak.

"Okay, tapi jangan lupa telefon Abang atau Lahap kalau ada apa-apa masalah " 

" Boleh ke ni Abang? Tak kesah ke? " Fang ragu-ragu bertanya dengan Abangnya.

"....Abang sebenarnya tak nak bagi kau tinggal lama lagi kat bumi tapi lepas Abang tengok kau gembira berkawan dengan mereka Abang pun okay je la kalau kau nak tinggal lama lagi di sini"

"Terima kasih Abang!" kata Fang dengan gembira.

Dia peluk abangnya sebelum melajukan langkahnya keluar dari kapal angkasa abangnya.

Kaizo hanya menggeleng kepala dan tersenyum melihat adiknya pergi.