Actions

Work Header

willingly

Summary:

"taknak pergi klinik." style menggeleng-geleng kepalanya seperti anak kecil.

"habis tu, sakit macam ni. nanti melarat." fadel memujuk.

"aku tak sakit. aku rasa…aku pregnant."

Work Text:

"heh, bangun. aku nak hantar kau balik."

suara yang tidak asing itu menjengah gegendang telinga style yang tadinya lena diulit mimpi. matanya dibuka perlahan, iris mengecil tatkala cahaya dari tingkap bilik fadel yang terbuka menerobos. dia mendesah kuat ketika dia duduk dan pinggangnya sakit.

"aku taknak balik! badan aku dah macam kena attack dengan haiwan buas!" marahnya tanpa melihat kepada gerangan yang sedang memakai baju di hujung katil. wajahnya mengerenyet tatkala melihat tubuhnya kini penuh dengan tanda-tanda merah dek gigitan singa di hadapannya waktu ini. 'dasar jantan tak guna.' bisik hatinya. 

"ni semua salah kau! aku taknak balik!"

"lah, aku pulak. semalam kau yang rela je." fadel tersengih nakal. "cepatlah siap, aku banyak kerja ni." sambungnya. style jarang-jarang melihat moodnya baik begitu. rupanya betullah kata orang, 'untuk menambat hati lelaki, tambat kont-'

"termenung apa? cepatlah bangun. aku nak bukak kedai pulak ni." fadel memutuskan benang fikirannya dari tadi.

"boleh sabar tak? gelojoh betul." style membaling bantal di belakang kepala lelaki itu. fadel hanya menjelingnya yang turun dari katil terbongkok-bongkok. "nak aku tolong ke? sakit sangat ke?" lelaki itu akhirnya bertanya.

"takyah! kau bukannya sayang aku pun!"

"bukannya aku tak sayang tapi kau tu, suka sangat buat drama." pujuk fadel lembut.

bukannya fadel tidak kisah dengan kesihatan style. style sahaja yang suka berlebih-lebihan sehingga fadel pun sudah tidak tahu mana satu sandiwara dan mana satu kebenaran. 

"dahlah, kau bukannya kisah pasal aku pun. dah habis pakai aku, kau tinggalkan je aku. aku sakit ke, apa ke, bukan kau kisah pun." bebel style penuh drama dalam perjalanan ke tandas yang jaraknya hanya beberapa kaki dari katil. fadel cuma menggeleng-geleng kepalanya, penat melayan.

tidak lama kemudian, fadel terdengar bunyi style seperti sedang mahu muntah di dalam bilik air. kakinya laju berjalan ke arah bilik itu dan membuka pintu yang tidak berkunci. kelihatan style yang sedang berlutut di hadapan mangkuk tandas. 

"kau okay? nak muntah ke?" fadel panik. rambut style yang menutupi dahi ditolak lembut.

"aku rasa loyalah." dahi style berkerut sebelum dia seperti mahu muntah tetapi tiada apa yang keluar. dalam mangkuk tandas juga tiada sisa muntah maksudnya style belum muntah lagi.

"kau masuk angin ni. jom aku bawak pergi sarapan lepas tu hantar kau balik. atau kita pergi klinik, tengokkan pinggang kau sekali." lelaki berambut hitam itu membantu style bangkit perlahan-lahan.

"taknak pergi klinik." style menggeleng-geleng kepalanya seperti anak kecil. "habis tu, sakit macam ni. nanti melarat." fadel memujuk, membantu lelaki bertelanjang dada itu duduk di atas katil semula. fadel menutup perut kekasihnya dengan selimut supaya tidak masuk angin.

kata bison, "kalau masuk angin, kena tutup pusat. angin masuk dekat situ." fadel tak tahu kesahihannya atau bison sekadar menebar fakta palsu.

"aku tak sakit. aku rasa…aku pregnant."

fadel terkedu sebentar sebelum dia merenung wajah style. lelaki itu mencebik sebelum bibirnya bergetaran. "kau dah buat aku pregnant." style menangis lalu menumbuk-numbuk bahu fadel sambil menghentak-hentak kaki.

"tapi kau- kau lelaki.." fadel mengurut kepala yang mulai sakit. dia tidak mahu menyakitkan hati style dengan kata-katanya tetapi dia tidak biasa berhadapan dengan situasi seperti ini. bukan tidak biasa, malahan tidak pernah! dia lebih sanggup ditugaskan membunuh perdana menteri daripada melayan perangai style yang begini.

"tu semua alasan kau sebab kau taknak jaga aku!" style tidak berhenti menangis, malah makin kuat. fadel khuatir bison sudah pulang dari rumah kant dan mendengar perbualan mereka. 

"aku taknak balik!! kau kena jaga aku!"

fadel menarik nafas, cuba menenangkan diri sendiri. dia tahu ini ulah style supaya dia tidak perlu pulang ke rumahnya. mungkin khuatir ayahnya bertanya macam-macam kalau dia pulang dengan keadaan begini.

"kau sebenarnya taknak balik, kan? kau tak sakit, kan?" fadel cuba memastikan.

"aku kata, aku pregnant!! aku mengandung!!!" style menjerit sekuat hatinya. mata fadel terbeliak. saat itu, bison membuka pintu bilik fadel dengan mata yang sama terbeliak.

"apa bising-bising ni?" tanya adik fadel itu dengan wajah panik.

"abang kau ni dah mengandungkan aku lepas tu taknak tanggungjawab!" style merengek dan menutup mata, berlakon seperti dia sedang sedih yang amat sangat.

bison mengalih pandang kepada fadel yang berdiri kaku di situ dengan wajah menahan malu. mereka saling berpandangan buat beberapa detik dengan rasa canggung.

"lantak koranglah, aku tak campur." ujar bison sebelum menutup pintu semula. fadel mengurut dahinya lagi.

"aku tutup hickey tu semua dengan make up, okay? lepas tu aku hantar kau balik, boleh?" fadel cuba berunding dengan lembut. style cuma menangis (atau pura-pura menangis) sambil menutup wajahnya dengan tangannya. bahunya terhincut-hincut.

'apalah nasib dapat boyfriend bongok macam ni.' fadel menarik nafas panjang-panjang dan melepaskan lewat mulut.

"yelah yelah, aku jaga kau hari ni. takyah balik." fadel akhirnya mengalah.

style serta merta berhenti menangis dan wajahnya bercahaya lalu berbaring di atas katil semula. tangan diletakkan di atas perutnya. "sayang jugak kau dengan aku dengan anak kita, ya." style tersenyum manis.

fadel berkelip-kelip melihat perubahan emosi kekasihnya namun lega dia sudah berhenti menangis. "macam-macamlah kau ni." senyum lembut dia simpulkan ketika style mengelus perutnya sendiri sambil melihat ke arahnya. 

entah kenapa, perbuatan bodoh itu buat hatinya rasa hangat. kalaulah fadel bukan pembunuh upahan (dan style boleh mengandung), fadel tidak keberatan ada anak dengannya. mereka akan membesarkan anak itu bersama-sama, dari jari kelingking anak itu sekecil batu kerikil sehinggalah anak itu membawa pasangannya ke rumah untuk bertemu mereka ketika rambut mereka berdua sudah memutih. fadel tidak akan keberatan.

dan perkara itu buat hatinya rasa hangat. apalah salahnya dia habiskan sehari ini untuk memanjakan kekasihnya itu.

fadel membaling bajunya kepada style. "pakailah, nanti betul-betul masuk angin pulak." style memakai baju hitam milik fadel. terlihat longgar di tubuhnya kerana fadel lebih berotot daripadanya. "aku bawakan sarapan, kau tunggu situ." sambung fadel. style mengangguk dengan senyum manis setelah dapat apa yang dihajati.

tidak lama kemudian, fadel datang dengan beberapa pinggan makanan di atas dulang. dia mengambil tempat di sebelah style. katil berkeriut perlahan tatkala dia mengesot mendekati lelaki berambut perang itu.

style menjenguk ke atas dulang itu dan dia melihat semangkuk oatmeal, sepinggan mangga kuning dan secawan susu. "wah, sihatnya." ujar lelaki itu.

"yang ni, bagus untuk untuk orang mengandung." fadel tersenyum, meletakkan dulang itu di atas paha style lalu mengelus perut lelaki itu lembut. style mengulum tawa. fadel terlihat serius tetapi ada senyum kecil di wajahnya.

"terima kasih." ucap style perlahan. "anak kita nak kau yang suapkan aku." sambungnya, terkekeh. mata fadel mencerun sebelum dia akur. lelaki itu menyuap makanan ke dalam mulut style dan mulutnya berganti-ganti kerana dia juga lapar. buah mangga yang disangka manis tetapi masam dan rasa oatmeal yang seperti kepingan kayu dinikmati bersama tanpa ada sebarang keluhan.

fadel sedar, dia tidak pernah sedekat dan secinta ini dengan sesiapa sebelumnya. saat style mengunyah, dia mencium pipi mulus kekasihnya dan bersandar di bahunya yang bidang.

"kau tahu, aku tak kisah kalau kita ada anak sama-sama." ujarnya perlahan tanpa melihat ke arah style.

style mengelus lembut surai rambutnya. "kalau kita kahwin, kau nak ambil anak angkat dengan aku?" tanya style tanpa mengharapkan apa-apa jawapan kerana dia tahu tidak mudah untuk fadel menjawabnya.

"mungkin..lepas aku dah settlekan masalah aku..lepas aku dah sedia..mungkin." jawab fadel.

"aku akan tunggu kau, sampai kau sedia." style mencium puncak kepala kekasihnya penuh cinta dan pengertian. "sorry aku buat perangai. lepas ni, kau hantarlah aku balik."

"habis tu, siapa nak jaga kau yang 'pregnant' ni?" fadel mengelus perut rata kekasihnya. style ketawa kecil. "ke kau nak aku bagi kau pregnant betul-betul?" sambung fadel, merenung ke wajah style.

"jangan nak mengada, pinggang aku dah sakit ni. aku suruh bison heret kau keluar nanti." style menolak tubuh fadel sambil ketawa dan fadel hanya tersenyum.

fadel tidak keberatan melihat senyuman ini, selamanya.

-tamat-