Actions

Work Header

Rating:
Archive Warning:
Category:
Fandom:
Relationship:
Character:
Language:
Deutsch
Stats:
Published:
2026-03-30
Completed:
2026-05-09
Words:
1,965
Chapters:
9/9
Hits:
24

Long story short

Summary:

The death of B intrigued A

Chapter Text

Baru 4 hari aku tahu pasal kau dah mula bekerja di tempat yang terletak tak jauh dari kediaman kita berdua. Aku taktahu lah, Jo, kenapa aku masih fikirkan pasal engkau… sedangkan kita dah takde ikatan apa-apa. Sudah tidak berhubung apatahlagi berjumpa.

Tak lama lagi, aku akan pulang. Dalam sudut hati aku, aku nak bertembung dengan engkau sebagaimana kita bertembung di dalam alam mimpi. Tetapi tidaklah bertumpah darah macam dalam mimpi itu. Aku cuma mahukan ketenangan… Mungkin asbab aku mengundurkan diri secara tiba-tiba, menguburkan dendam, tetapi selepas beberapa bulan dan tahun, engkau masih ada. Engkau terus menghubungi aku. Aku hairan sampai ke harini. Sudah masuk 5 tahun lebih kita tidak bersua. Sudah aku sampaikan niat dan doaku pada Yang Esa. Biarlah Dia sahaja menentukan hati kita. Aku harap Allah tunjukkan perjalanan seterusnya mahupun ia lah penghujungnya, asalkan terletaknya noktah pada cerita kita.