AO3 News

Post Header

Jika anda mempunyai podfic, fanvids, atau karya yang lain yang menggunakan multimedia terbenam, para pengguna yang memilih untuk melayari Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita) dari HTTPS (eg. melalui sambungan pelayar) mungkin tidak boleh mengakses karya anda. Sebelum kami memindahkan AO3 kepada HTTPS, kami akan melakukan beberapa perubahan kepada penyematan audio dan video untuk mencegah isu yang berleluasa, tetapi terdapat juga langkah yang anda boleh ambil untuk memastikan karya anda dapat dilihat oleh semua pengguna

Masalah Yang Telah Muncul

Pelbagai pemain media dalam AO3 berfungsi menggunakan pautan HTTPuntuk membenamkan fail Flash untuk memain semula audio atau video. Sebagai contoh, ini merupakan kod bagi pemain audio yang menggunaka sebuah URL HTTP secara asalnya src:

&It;embed type="application/x-shockwave-flash" flashvars="mp3=MP3_FILE_URL" src="http://archiveofourown.org/system/dewplayer/dewplayer.swf" width="200" height="27" allowscriptaccess="never" allownetworking="internal”> &It;/ embed>

Jika seseorang menggunakan HTTPS untuk mengakses sebuah karya dengan kod seperti itu, pelayar mereka akan mengesan ketidaksepandanan antara halaman asal mereka (HTTP! Selamat!) dan kandungan yang sepatutnya dipaparkan (HTTP! Tidak Selamat!). Apabila ini berlaku, banyak pelayar akan err pada sisi keselamatan: mereka tidak akan memuatkan atau memaparkan media yang dibenamkan tersebut.

Kebanyakan pelayar bagi membenarkan pengguna untuk mengatasi perkara tersebut dan memaparkan kandungan tidak selamat, tetapi keupayaan untuk mengakses perkara tersebut berubah daripada pelayar ke pelayar, dan proses akan berubah dari satu versi pelayar kepada yang lain. (Sebuah carian web untuk “paparkan kandungan berlainan” bersama dengan nama dan versi pelayar anda akan menyediakan informasi yang anda perlukan. Bila-bila yang mungkin,ia lebih mudah -- dan lebih selamat -- untuk memberitahu pelayar untuk memuatkan fail menggunakan HTTPS.

Apa anda boleh buat

Untuk membantu pelayar tersebut, anda boleh menambah “s” kecil kepada bahagian berkenaan di fail terbenam anda, yang akan mencipta hubungan yang selamat kepada fail tersebut. Kebanyakan whitelisted pemain multimedi kita telah menawar sokongan HTTPS. Jika anda hanya mempunyai beberapa karya bersama audio, video, atau kandungan imej yang boleh berhubung kepada media luaran, anda boleh mengedit karya anda, mencari
src bahagian dan ubahnya daripada httpkepada https. Itu sahaja!

Ini akan memastikan semua orang boleh mengakses podfic, fanvid, karya seni, atau media lain anda walaupun mereka melayari AO3 dalam mod HTTP. (Pelayar lain sesuai dengan hal ini yang tidak sepadan.)

Apa yang akan kami lakukan

Oleh kerana kami tidak boleh mengharapkan semua pengguna untuk mengedit semua karya multimedia mereka dengan tersendiri, kami akan memastikan bahawa semua fail terbenam menggunakan perhubungan yang betul dengan melakukan proses “cari-dan-ganti” secara besar-besaran pada akhirnya. Oleh kerana kami hanya membenarkan fail terbenam dari beberapa laman web, kami boleh mencari karya yang terjejas dengan mencari pangkalan data kami untuk HTML tertentu. Kemudian kita dapat menjalankan beberapa perintah mudah untuk mengemaskini kod terbenam src dari http ke https.

Ini tidak akan menyentuh kandungan kerja anda dengan apa cara sekalipun, atau mengubah apa-apa pun mengenai kerja anda yang tidak mempunyai sepasang tanda petikan yang sangat spesifik. Apabila semuanya selesai, kandungan anda akan dapat diakses oleh pengguna yang menyemak imbas AO3 dalam mod selamat, jika tidak sebelum ini. \ o /

Kami merancang untuk melakukan ini pada 4 Oktober, sebelum kami beralih ke mod HTTPS pada AO3.

Untuk memastikan bahawa karya-karya yang dipaparkan dari sekarang tidak akan mengalami masalah ini, kami telah mengemaskini kod kami untuk memastikan fail terbenam menggunakan pautan https di mana tersedia dan diedit dokumentasi bagi pemain audio yang dibenam..

OTW merupakan organisasi induk untuk beberapa projek, termasuklah AO3, Fanlore, Open Doors, TWC dan Advokasi Undang-Undang OTW. Kami merupakan organisasi yang diuruskan oleh para peminat dan disokong oleh sumbangan dana yang dikendalikan oleh para sukarelawan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kami, sila ke laman web OTW. Untuk mengetahui tentang kumpulan penterjemah sukarelawan yang menterjemah pos ini, sila ke laman Penterjemahan.