Actions

Work Header

Mob Psycho Seratus: Kampung AU

Summary:

Dimana angst menjadi angsa dan orang fikir Reigen si pemilik warung tu sebenarnya bomoh.
aka. AU dimana semua orang rude gila (kecuali Mob) dan berselipar jepun (termasuk Mob.)

Notes:

(See the end of the work for notes.)

Chapter 1: Warung Psychic Terhebat Abad ke-21

Chapter Text

"Ritsu, tengok ni!"
Ritsu cuba untuk mengabaikan panggilan rakannya itu dan menangkaskan lagi pergerakannya ke sekolah.
"WOI! Kepala tajam! Jangan palau!"
Ritsu pusing untuk menghadap Shou yang sedang bergayut dari sebatang pokok kelapa.
"Hah, Ritsu, kau fikir aku tak boleh panjat pokok juga? Kau nak berlagak apa lagi? Kuasa aku pun lebih kuat dari-"
"Engkau boleh senyap tak, budak bandar. Mana kira, guna kuasa untuk panjat. Lagi-lagi, pokok tu dah tak ada buah, nampak macam monyet saja panjat pokok tanpa sebab."
Shou menjelir lidahnya dan melompat turun dari atas pokok yang tinggi itu, dan mendarat di kakinya. Kasutnya tersangkut di akar pokok tersebut dan dia jatuh tersembam di tanah. Ritsu menahan ketawa.
"Hek eleh," kata Shou setelah bingkas bangun dengan muka yang merah padma, "At least, baju aku tak nampak macam kain buruk yang ambil dari alas meja kantin sekolah."
Ritsu menepuk bahu Shou dengan kuat sehingga tangannya rasa menyengat.
"Aduh- Eh, kau ni pun, Ritsu, kau nak pergi mana?"
"Pergi warung si Reigen itu lah, nak tengok abang aku itu okay ke tidak."
"Reigen? Siapa tu? Bunyi macam warung buat kopi serbuk je."
"Minuman dia, okay saja. Tapi aku dengar dia memang menyediakan khidmat psychicnya. Sebab itulah aku nak pastikan abang aku tiada apa-apa yang pelik jadi kepada dia."
Ritsu meneliti pemandangan di kawasan itu. Hanya rumah, jalan tanah, dan sedikit kedai-kedaian sahaja yang boleh dilihat. Ritsu menyambung, "Entah-entah, si Reigen itu ajar abang aku jampikan teh tarik ke apa."

Mereka berdua sampai di warung itu. Papan tanda yang berbaca "WARUNG PSYCHIC TERHEBAT ABAD KE-21" terpampar di hadapannya. Ada orang menganggap bahawa semua itu tipu helah, dan dia sengaja menunjuk-nunjuk supaya mendapat lebih banyak untung. Asalkan makanan sedap, mereka makan sahaja. Memang terpapar juga sijil kebersihan dan status halal makanan di warung it.
Ritsu terus masuk dan nampak Reigen tengah menggoreng maggi. Ritsu memerhati Reigen memasak maggi tersebut.
Selepas seminit dua, barulah Reigen menyapa Ritsu, "Oh, kau adik Mob, kan? Nak minum?"
Sebelum Ritsu boleh menjawab, Shou memotong, "Teh tarik satu, pakcik!"
Reigen menjeling ke arah budak berambut merah itu. "Panggil abang, lah. Jangan buat aku nampak tua."
Ritsu dan Shou tersengih. "Sensitif lah tu," kata Shou sambil mengambil tempat duduk dan menunggu minumannya.
"Hah, adik Mob nak apa?"
Ritsu nampak seperti nak makan sahaja Reigen. "Aku ada nama, lah. Ritsu. Dan aku datang sini bukan nak minum ke apa, tapi nak pastikan kau tak buat perkara pelik-pelik kepada abang aku itu."
"Hari ni kan, dia ada aktiviti kokurikulum dengan kelab dia itu," kata Reigen sambil menarik tinggi teh tarik itu. Ritsu menahan nafsu untuk menumpahkan air itu ke atas Reigen.
Sedang Reigen meletakkan air itu ke atas meja, Shou tiba-tiba kata, "Eh, mana duit aku? Ritsu, kau ada duit tak?"
Ritsu mengeluarkan dompetnya dari poket bajunya dengan rasa geram. "Kau tak bayar balik esok, siap. Dahlah anak orang kaya, duit tinggal pula."
Shou tersengih seperti kerang busuk. "Ya lah, Ah Long."

Reigen menonton sahaja kerenah dua budak itu. "Hah, kau pula Ritsu, tiada kelab?"
Ritsu menoleh ke arah Shou kerana tidak sanggup melihat muka Reigen. "Hari ini sepatutnya ada perjumpaan pengawas, tetapi ketua pengawas tiada. Jadi, saya balik lah."
Ritsu bangun lalu keluar dari warung itu, meninggalkan Shou berseorangan dengan Reigen. "Terima kasih, Pak Reigen."
"Aku dah cakap kan, panggil abang."
"Maaf, Tok Reigen."
"Budak bertuah," keluh Reigen. Kemudian dia menghalau Shou yang sudah habis meminum airnya itu untuk mengemas meja dan menjemput orang yang pulang dari kerja untuk minum petang.

Notes:

Jangan risau, the angsa comes later. or something.
idk where im going with this :^D