AO3 News

Post Header

Published:
2021-02-04 02:54:43 UTC
Original:
Upcoming changes to comments
Tags:

Dalam kemas kini kami yang seterusnya, kami akan melakukan dua perubahan pada bahagian komen di Archive of our Own - AO3 (Arkib Milik Kita). Perubahan pertama akan memberi keupayaan kepada kedua-dua pereka karya dan admin laman web untuk membekukan bebenang komen. Perubahan kedua akan memberikan admin laman web pilihan untuk menyekat komen pada artikel berita, sepertimana pereka boleh menyekat komen pada karya mereka.

Pembekuan komen

Pereka akan dapat membeku bebenang komen pada karya mereka menggunakan butang "Freeze Thread" (Beku Komen). Pembekuan bebenang menghalang balasan baru daripada ditambah ke komen atau mana-mana balasannya. Ia juga menghalang komen dalam bebenang daripada disunting.

Komen dengan balasan. Setiap komen mempunyai butang Freeze Thread.

Komen yang dibeku akan mempunyai penunjuk "Frozen" (Dibeku) dan butang "Reply" (Balas) akan disembunyikan. Pilihan "Unfreeze Thread" (Nyahbeku Bebenang) akan membolehkan pereka mengaktifkan semula balasan.

Komen dengan balasan. Balasan pertama dan balasannya dibekukan dan mempunyai petunjuk Frozen, yang kelihatan seperti butang yang ditekan. Ia juga mempunyai butang Unfreeze Thread.

Walaupun "Freeze Thread" pada mulanya menghalang balasan ke semua komen dalam bebenang, pereka dapat menggunakan "Unfreeze Thread" untuk mengaktifkan semula balasan untuk beberapa komen dalam bebenang secara selektif.

Admin AO3 juga akan dapat membeku komen pada artikel berita, dan pasukan Polisi & Aduan akan dapat membeku komen di mana-mana sahaja di laman web ini.

Tetapan komen artikel berita

Pada bulan Ogos, kami memberi para pereka lebih banyak kawalan terhadap sesiapa yang dapat memberi komen pada karya mereka, membolehkan mereka memilih antara membenarkan komen dari sesiapa sahaja, menyekat komen kepada pengguna yang berdaftar, atau menutup komen sepenuhnya.

Admin AO3 tidak lama lagi akan mempunyai pilihan yang sama semasa membuat dan menyunting artikel berita. Ini akan membolehkan pasukan kami untuk menutup komen pada artikel berita yang sudah lapuk dan mengelakkan artikel baru dibanjiri oleh spam (cth. iklan atau yang lebih biasa, siri pendek huruf rawak yang ditinggalkan oleh bot).

Sekiranya komen pada artikel berita ditutup, atau jika anda log keluar dan komen dihadkan untuk pengguna yang berdaftar, borang komen akan diganti dengan pesanan yang menunjukkan tetapan yang sedang digunakan.

Sekiranya anda tidak dapat memberi komen pada artikel berita, anda sentiasa dialu-alukan untuk menghubungi Sokongan dengan sebarang maklum balas.

Kami berharap kedua-dua perubahan ini dapat membantu pengguna dan sukarelawan yang membaca, menulis, dan menerima komen di AO3!

Edit, 12 Februari ,21:20 UTC: Komen pada siaran ini terpaksa dinyahaktifkan kerana perbincangan luar topik, trolling, dan gangguan pada siaran versi Bahasa Inggeris.