AO3 News

Post Header

Published:
2021-08-24 21:41:00 UTC
Original:
Upcoming limit on tags per work
Tags:

Dalam beberapa hari akan datang, kami akan melancarkan perubahan kod di Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita) yang mengehadkan jumlah bilangan fandom, watak, hubungan, dan tag tambahan yang dapat ditambahkan pada karya. Had 75 tag ini akan berlaku untuk karya baru dan yang sedia ada, tetapi tiada tag yang akan dikeluarkan secara automatik dari karya yang sedia ada.

Mengapa letakkan had pada tag?

Meletakkan had pada tag akan:

  • membantu mengekalkan blurb karya pada kepanjangan yang sesuai, memperbaiki pengalaman anda dalam menavigasi senarai karya, dan
  • menggalakkan pengkarya untuk tag komponen-komponen penting pada karya mereka, memperbaiki kualiti hasil pencarian.

Mengapa 75 tag?

Kami melihat semua karya di AO3 dan menetapkan bahawa:

  • purata jumlah tag pada setiap karya adalah 17
  • bilangan kebiasaan tag pada setiap karya adalah 11, dan
  • kurang daripada 0.5% jumlah karya mempunyai lebih daripada 75 tag.

Dengan jumlah had ditetapkan sebanyak 75 untuk fandom, watak, hubungan, dan tag tambahan bagi setiap karya akan memberikan ruang secukupnya untuk kebanyakan majoriti pengkarya bagi menerangkan kandungan karya mereka dan juga memastikan blurb karya bersesuaian.

Mengapa penilaian, kategori, dan peringatan tidak dikira dalam had tag?

Penilaian, kategori, dan amaran sudah mempunyai hadnya tersendiri. Sesebuah karya hanya boleh mempunyai satu penilaian, dan jumlah kategori dan amaran yang boleh dimiliki oleh karya dihadkan dengan jumlah pilihan yang disediakan pada borang terbitan.

Apa yang harus saya lakukan jika saya mendapati karya seseorang mempunyai lebih daripada 75 jumlah fandom, watak, hubungan, dan tag tambahan?

Tiada apa-apa! Karya yang melebihi had tag tidak melanggar Syarat Perkhidmatan (Terms of Service) dan tidak perlu dilaporkan kepada pasukan Polisi & Aduan atau pasukan Bantuan.

Apa yang berlaku pada karya yang sudah diterbitkan yang mempunyai lebih daripada 75 jumlah fandom, watak, hubungan, dan tag tambahan?

Tiada apa-apa! Karya tersebut akan menyimpan semua tag.

Walau bagaimanapun, jika pengkarya ingin mengedit karya tersebut atau menambah bab, mereka perlu membuang beberapa tag fandom, watak, hubungan, dan/atau tag tambahan sebelum mereka boleh menyimpan perubahan mereka. (Mesej ralat akan memberitahu pengkarya berapa banyak tag yang mesti dikeluarkan.)