AO3 News

Post Header

Published:
2024-09-25 15:27:51 UTC
Original:
Choices Fanfic Archive is Moving to the AO3
Tags:

Sorortan Open Doors

Choices Fanfic Archive, arkib hasil fiksyen peminat Choices: Stories You play, sedang diimport ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).

Dalam artikel ini:

Penjelasan Latar Belakang

Disebabkan oleh komitmen lain, penyelaras asal Choices Fanfic Archive, Misha, telah memutuskan bahawa beliau tidak akan mengendalikan arkib ini dan sudah membuat keputusan untuk memindahkan kandungannya untuk memeliharanya.

Tujuan Online Archive Rescue Project (Projek Menyelamat Arkib Dalam Talian) Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) adalah untuk membantu para penyelaras arkib-arkib untuk menggabungkan hasil karya-karya peminat daripada arkib tersebut ke dalam AO3. Open Doors bekerjasama dengan para penyelaras untuk mengimport arkib-arkib mereka apabila para penyelaras kekurangan dana, masa, atau sumber-sumber lain untuk terus mengekalkan arkib-arkib mereka secara bebas. Ia amat penting bagi Open Doors bahawa kami bekerjasama dengan para penyelaras yang ingin mengimport arkib-arkib mereka, dan kami memberi kredit sepenuhnya kepada para pereka, dengan memberikan mereka kawalan sebanyak mungkin ke atas hasil karya-karya peminat mereka. Open Doors akan bekerjasama dengan Misha untuk mengimport Choices Fanfic Archive ke koleksi berasingan, yang boleh dicari di AO3. Sebagai sebahagian daripada pemeliharaan arkib secara keseluruhan, semua hasil karya dan imej pada masa ini dalam Choices Fanfic Archive akan dihoskan di pelayan OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif), dan dibenamkan dalam laman karya AO3 mereka sendiri. Pautan ke tapak lama akhirnya akan diubah hala ke koleksi di AO3, yang boleh dicari dan ditapis untuk mencari karya yang diimport secara individu.

Kami akan mula mengimport karya-karya daripada Choices Fanfic Archive ke AO3 tidak lebih awal daripada bulan September 2024. Walau bagaimanapun, import mungkin tidak akan berlaku selama beberapa bulan atau tahun, bergantung kepada saiz dan kerumitan arkib tersebut. Para pereka sentiasa dialu-alukan untuk mengimport karya-karya mereka sendiri dan menambah karya-karya tersebut pada koleksi buat sementara waktu.

Apakah maksudnya untuk pereka yang ada karya-karya di Choices Fanfic Archive?

Kami akan menghantar pemberitahuan import ke alamat e-mel yang kami ada untuk setiap pereka. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyemak salinan sedia ada bagi mana-mana karya sebelum mengimport. Sekiranya kami menjumpai salinan yang sudah ada di AO3, kami akan menambah karya tersebut ke koleksi dan kami tidak akan mengimportnya. Semua karya yang diarkibkan bagi pihak pereka akan termasuk nama mereka dalam barisan kecil dalam karya tersebut atau di ringkasan karya.

Semua karya yang diimport akan ditetapkan sebagai tatapan sahaja oleh pengguna AO3 yang telah log masuk. Sebaik sahaja anda menuntut karya-karya anda, anda boleh tetapkan karya-karya tersebut untuk boleh dilihat secara terbuka jika anda mahu. Selepas 30 hari, semua karya yang diimport yang tidak dituntut akan ditetapkan sebagai tatapan umum. Kami kemudiannya akan menutup laman tersebut secara kekal.

Sila hubungi Open Doors menggunakan nama samaran Choices Fanfic Archive anda dan alamat e-mel, sekiranya:

  1. Anda ingin kami mengimport karya-karya anda, tetapi anda memerlukan pemberitahuan dihantar ke alamat e-mel yang berbeza daripada yang anda gunakan pada arkib asal
  2. Anda sudah mempunyai akaun AO3 dan telah mengimport karya-karya anda sendiri.
  3. Anda ingin mengimport karya-karya anda sendiri (termasuk jika anda belum mempunyai akaun AO3).
  4. Anda TIDAK mahu karya-karya anda diimport ke AO3, atau TIDAK mahu karya-karya anda ditambah ke koleksi arkib.
  5. Anda berbesar hati untuk kami mengekal karya-karya anda di AO3, tetapi ingin kami mengalih keluar nama anda.
  6. Anda mempunyai sebarang soalan lain yang perlukan bantuan kami.

Sila sertakan nama arkib dalam tajuk e-mel anda. Sekiranya anda tidak lagi mempunyai akses kepada akaun e-mel yang dikaitkan dengan akaun Choices Fanfic Archive anda, sila Open Doors dan kami akan membantu anda. (Sekiranya anda telah menerbitkan karya-karya berkenaan ke tempat lain, atau mempunyai cara mudah untuk mengesahkan bahawa karya-karya tersebut adalah milik anda, itu sangatlah bagus; jika tidak, kami akan bekerjasama dengan para penyelaras Choices Fanfic Archive untuk mengesahkan tuntutan anda.)

Sila lihat laman web Open Doors untuk mendapatkan arahan-arahan mengenai

Sekiranya anda masih mempunyai soalan...

Jika anda mempunyai soalan lanjut, kunjungi FAQ Open Doors, atau hubungi jawatankuasa Open Doors.

Kami juga berbesar hati sekiranya para peminat dapat membantu kami mengekalkan kisah Choices Fanfic Archive di Fanlore. Sekiranya anda baharu dalam menyunting wiki, jangan risau! Kunjungi portal pelawat baru, atau tanya Fanlore Gardeners untuk mendapatkan tip.

Kami teruja kerana dapat membantu mengekal Choices Fanfic Archive!

- Pasukan Open Doors dan Misha

Komen yang ditinggalkan pada artikel ini akan dinyahdayakan dalam masa 14 hari. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, kebimbangan atau komen mengenai import selepas tarikh tersebut, sila
hubungi Open Doors.


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, dan Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.